Fadhilat ikhlas


Update terakhir:

Salam

Hari ini saya ingin menulis mengenai ikhlas.  Insya allah.
Sekarang melayu menyebut ikhlas, cina pun menyebut ikhlas dan india pun menyebut juga pasal ikhlas ini. Semua umat Nabi Muhammad s.a.w.  Muslim dengan syahadah mereka.

Baguslah kita buat setiap amalan semata mata kerana Allah bukan untuk nama, pangkat dan pura pura.

Mengapa pura pura ini?
Mengapa pura pura ikhlas ini?

Musim pilihan raya umum di Kelantan contohnya, 1980 - 2000, ramai orang besar menghulurkan bantuan dalam berbagai bagai bentuk.

Yang penting rakyat Kelantan diminta memangkah parti Dacing atau Kapal Layar sahaja dan bukan parti parti pembangkang seperti parti Bulan Purnama dan sebagainya.

Bila disebut memangkah dacing ..ini tidak mencerminkan keikhlasan.
Lagipun ..dari jauh rakyat dimaklumkan mereka boleh buat tuntutan dari ibu pejabat Dacinglah keesokkan harinya jika duit sudah habis ditabur malam tadi.  Santa Klaus!

Ingat tak cerita arab dengan sumbangan politiknya sebanyak RM2.6 bilion itu?
Dengan wang sebanyak itu, payah parti politik lain seperti parti buah cermai, langsat nak menang bila berhadapan dgn parti Kapal Layar kecuali di Kelantan, tempat tumpahnya darahku.

Allahu Akbar.

Fadhilat ikhlas

  1.  derma RM1 jika diberi secara ikhlas kepada fakir miskin, Allah akan membalasnya berganda ganda bergantung kepada keadaan terkini pemberi

1.1  orang kaya dengan gaji dan elaun bertubi tubi dengan derma RM1 lain status pahalanya dibandingkan dengan kita yang

1.2 memberi derma di saat saat di mana itu sahaja duit kita yang tinggal pada 24 hb , sedangkan gaji masuk 28hb. bulan ini

Ini bermakna ada orang dan anak anaknya sanggup berlapar 3 hari dan 3 malam bila mengorbankan RM1 untuk fakir miskin di atas.

Pahala bergantung kepada kesusahan yang masing masing alami.

  1.  pengurbanan ikhlas boleh menyebabkan turunnya hidayah dari Allah yg Esa.

Satu zaman yg lampau ..ada sahabat Nabi radiyallah anhu ..berniat besar untuk berkhawin.  Kawan kawannya semua dah berkhawin.  Dia pun terasa samalah maklumlah ..dia ini manusia biasa.  Untuk itu,
dia ada menyimpan sedikit wang untuk membeli kelengkapan perkhawinan.

Bila sudah merasa cukup dengan wang simpanan, dia pun bersiap siaplah untuk ke pekan Rabu ..

tiba tiba datang berita .. jihad diperlukan kerana kaum kafir sedang menyerang kota muslim dalam kadar segera dan ramai sahabat sahabat nabi yg telah terkurban. Mendengarkan berita ini, apa lagi ,,.
sahabat yg ‘geram khawin’ tadi terus  mengambil keputusan untuk membatalkan hajat membeli peralatan khawin dan menukarkan nya dengan pembelian peralatan perang.  Macam macam dia beli alat perang.

dalam keadaan begitu, dia memasuki medan perjuangan dan …tidak berapa lama lagi terdengar lah berita ..  menyayat hati ..  dia  telah turut shahid.

Hasil pengurbanan begini menyebabkan islam tersebar ke seluruh dunia termasuk Kelantan Darul Naim.
Pahala shahid ..Allah sendirilah yg akan membalasnya.

Subha nallah.

Begitulah ceritanya.

Yang penting kita kena ikhlas dlm bnyk bidang kehidupan kita

ikhlas mendidik anak,
ikhlas buat air semasa suami bergegas turun ke bawah untuk bekerja BOMBA
ikhlas beri bedak untuk isteri bergegas jugak turun untuk ke hospital ( Bidan)
ikhlas mengajar
ikhlas membimbing anak anak yatim piatu

ikhlas menanda assignment di politeknik, kolej komuniti , UTHM

ikhlas berniaga
ikhlas berkhawin
ikhlas melanjutkan pelajaran di semua peringkat termasuk Phd
ikhlas
ikhlas  skor bola ke dalam gawang JDT

sampai kita mati.
Boleh?

Sekian.
Doakan saya.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/fadhilat-ikhlas.html