Fadhilat makan
Salam.
Haiwan makan. Manusia pun makan.
Ikut kajian sekurang kurangnya 10 jam kita memikirkan pasal makan.
Jika kita makan tak ikut peraturan, kita tidak jauh berbeza dengan haiwan di rimba atau lautan.
Paling bagus kita makan ikut sunnah nabi.
Dengan cara itu semua masa memikir dan memakan adalah ibadah.
Bagaimana?
Senang jer.
-
mesti ada ilmu ..halal atau tidak makanan ini?
Kalau halal silakanlah makan. -
mesti tanam yakin bahawa bukan makansn berikan kita kenyang atau khasiat.
Hanya Allah yg berkuasa tentang perkara ini…
Ada orang makan gula jadi tenaga..
Ada makan gula jadi penyakit. Diabetes.
Di kemuncak diabrtes..anggota badan ada yang dipotong oleh doktor. Anggota badan tersebut ialah ..jari jemari, betis, tapak kaki dan .. doktor memotongnya agar tidak merebak ke anggota anggota lain.
-
makanan boleh mengeratkan silatul rahim. Kita mendapat kawan yang baru. Mana tahu kawan baru ini bakal pasangan hidup seseorang.
-
melalui makan memakan, ketua kampung dapat menyampaikan amanat kepada anak anak kampung yang lain. Amanat itu datangnya dari pak menteri.
Musim Pilihanraya Umum, banyak majlis makan minum di merata pelusuk negaraku ini.
manusia faham peranan majlis kenduri kendara ini. Syarat mulut ketua kampung kena manis manis selalu.
Kalau ketua kampung bernama Manis pun bagus jugak.
contoh mymanis bte gula. Ada?
- dari makanan, kita memperolehi banyak ilmu. Ada orang tua memberi nasihat sayur sayur sejuk tak bagus dimakan terlampau kerap. Tidak bagus untuk sang urat lelaki pak. Contoh, terung, timun batang, buah labu dan macam macam lagi.
melalui perbincangan sebegini kita mendapat sedikit ilmu tanpa kita bersusah payah berangkat ke luar negara.
- pasanglah niat dari makanan ini jika dapat tenaga yang baru …aku lebih taat pada mu Ya Allah. Niat ke masjid, haji umrah dan dakwah. Kadang kadang niat seseorang lebih elok dan cantik dari amalan nya yg sebenar.
wallahu aklam.
Sekian.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/fadhilat-makan.html