Fadhilat sabar


Update terakhir:

Salam

Sabar membawa berkat.

Fadhilat sabar adalah:

  1.  sabar separuh dari iman.

Tak banyak ..tetapi ada jugalah iman.

Tak banyak ..tetapi adalah unsur unsur iman dalam diri seseorang.  Ada iman , ada islam.  Insyallah..syurga.

  1.  Allah bersama-sama dengan orang orang yang sabar.  Innallah ha maahs so birin.

Subhanallah!

Tuhan tak bersama sama dengan orang kaya.

Tuhan tak bersama sama dengan Ketua itu dan ini ..

Tuhan tak bersama sama dengan orang berkulit licin/ kasak ..  tudung mahal pun ..tidakkkkkk.

Tuhan hanya berada di samping orang orang yang sabar.

  1.  Sabar subur , tak sabar masuk kubur (nasihat orang orang tua ku di Kelantan 1960 - 2000)

Saya rasa ramai dah kita melihat budak budak muda ..cepat masuk kubur ..kerana mereka berlumba-lumba haram  motorsikal  atas jalanraya yang tidak begitu sesuai.  Mereka berlanggar dengan bapak lembu, ibu kerbau atau batang pokok kelapa sawit dan macam macam lagi.

Sepatutnya ..mereka berlumba di Litar Sepang dibina khas untuk trek lumba kereta dan motosikal besar dan istimewa.  Banyak wang rakyat digunakan untuk litar tersebut.

Sabar subur ..  memang pun ..

orang baru berkhawin ..  setahun, dua tahun, tiga tahun ..hidup bersama ..baru datang ..  anak anak satu demi satu.  Dulu boleh tidur dengan senang , sekarang payah sedikitlah.  Anak anak sudah mula menangis … mahukan susu dan macam macam kerenah mereka.  Sabar?

Tanah dah mula subur.
Sebelum subur, adalah orang yang terpaksa ..berkerja keras 24/7; 365/12  begitulah.
Tak kira panas atau sejuk/  tak kira musim summer mahupun musim snow.
Baru nyaman dan aman pak?

  1.  Orang belajar   diploma/ sarjana muda / Sarjana/ Phd pun ..mereka kena sabar banyak banyak.
    Membaca, memikir, ambik tests, examinations, FYP, buat kajian, buat eksperimen, buat report dan buat journals dan thesis.

Lama kelamaan berkat ketekunan dan kesabaran ..tuhan kurniakan pangkat Dr/ Profesor/ Dekan/ Timbalan Dekan/ Rektor  dan macam macam lagi insyalah.  Untuk Menteri Besar ..tak payah kot?

tak pernah lagi saya membaca akhbar antarabangsa ..melapurkan otak si budak Abdul Kareem itu meletup sebab sudah kuat sangat belajar siang dan malam 3.5  tahun tanpa hentinya.  Tak pernah.  Yang saya tahu  otak dia meletup berkecai kerana ..dia naik motoskal besar dan terlanggar bontot lori treler 40 tayar ..adalah.  Apa pasal..kan saya dah bilang ..mintak ayah beli Myvi ..jangan naik moto wahai murid murid ku.  Sekarang apa boleh buat ..otak Abdul Kareem dah pecah .. tak nampak rupa lagi.  Semua tersepai atas lebuh raya bersaksikan panahan matahari.

Bendaalah  Dr/ Prof itu tak datang dari langit atau pun kolam ikan.

Dia datang dari satu satu institusi pendidikan dalam atau luar negara.  Lesen kepakaran ..orang kata.  Dengan ada lesen ini .boleh lah kita mengajar di universitas di Malaysia, Brunei, Indonesia atau ..mana mana pun boleh.  Jika ada rezeki .. Universiti Berlin boleh, Universitas Madinah boleh ..

Tepuk dada tanya selera.

Apa boleh buat.  Itulah cara nya.

Sabar ..belajar belajar dan terus belajar.

Banyak fadhilat ..jika belajar sampai mati.

Nak dunia, kena ada ilmu.
Nak akhirat , kena ada ilmu

nak kedua dua nya ..pun kena ada ilmu.

Semua hasil dari kesabaran kita semua.  Sabar berkat dari tahun   alif, ba dan ta.

Alif ialah agama;  ba  ialah bangsa  dan ta  ialah tanah air kita bersama.  Allahu Akbar!!

Sekian.

Walllahuaklam bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/03/fadhilat-sabar.html