faedah berfikir


Update terakhir:

salam

Pernah tak tuan /puan fikir sejenak ..

Mengapa mantan PM Tun Mahathir dibayar elaun yang tinggi semasa menjawat jawatan ‘penting’ di PETRONAS?

Mengapa seorang Profesor dibayar gaji yang lumayan semasa berada di universiti?
Mengapa Doktor Pakar Jantung menggenakan bayaran yg tinggi kepada pesakitnya di hospital swasta?

Jawapan mudah ialah ..  nikmat otak yang mereka ada yg sentiasa memikirkan sesuatu untuk faedah negara, industri, masyarakat dan perkembangan ilmu di persada antarabangsa.

  1.  Ada orang penat menanam padi bermusim.
    Ada orang penat menjaga ladang sawitnya.
    Ada orang penat menjaga bisnesnya.
    Ada orang penat .. surveillance isterinya yg nakal di luar sana

Pendekata semua kita penat bekerja dan bekejar kejar ke sana sini.

Tetapi orang yang dikurniakan kelebihan berfikirpun ..  penat  tetapi cukup berbaloi.

Semua ini adalah kerana mereka mempunyai otak yang termaju sedikit dari penulis ini dan para pembaca budiman.

Prof Hawkings di Cambridge dibayar gaji dan  elaun yang tinggi walaupun  dia cacat. Tulisan, idea dan ceramahnya mempunyai tempat pd masyarakat intelektual tinggi fizik di seluruh dunia. Mendiang
Steve Jobs mendapat pendapatan yg tinggi semasa mengepalai industri komputer berjenama Apples. Dia adalah pencipta dan usahawan komputer yg luar biasa sekali. Hasil otaknya , semua benda boleh kita tonton melalui iphone 5,6 dan sebagainya. Hasil ciptaannya boleh kita muatkan dalam poket jeans yg serba ketat dan saiz iphone ini jauh lebih kecil, ringan dari se ekor lembu yg dimuatkan ke atas lori 2 tan untuk pasaran. Ironinya harga iphone setanding dengan lembu tersebut.

  1. Ini semua hadiah dari tuhan kepada kita yg dikurniakan nikmat otak luar biasa.

Jika memikir perkara dunia pun ..tuhan boleh hadiahkan nikmat wang dan keseronokan yg melimpah ruah .. apatah lagi jika ada insan yang memerah otak memikirkan nasib umat manusia seluruh dunia.  Fikir tentang kebesaran Allah yang Esa dan tujuan maksud hidup setiap orang daripada kita.

Fikir apa itu?
Fikir nasib umat sejurus kita mati. Apakah amalan yg boleh memberikan kita otomatik entri ke dalam syurga?  Mati boleh berlaku pada bila bila masa. Selepas mati kita dalam trek menuju ke dunia akhirat. Tak boleh mintak tolong dengan siapa siapa dah pun hatta kita rakan karib Obama Presiden Amerika. Tak takut kau?

Apakah amalan yang akan mencampakkan kita secara otomatik ke neraka jahanam?

Sebagai umat Baginda Nabi Muhammad s.a.w.  kita diminta berusaha keras untuk menyelamatkan diri dan anak isteri kita dari azab neraka dan membawa keluarga ke syurga.

Ini bukan satu perkara yang senang. Jom fokus.

  1.  Kalau musim hari raya pun ..ada ayah gagal membawa anak anak isteri ke kampung halaman ..  sekadar melawat sanak saudara setahun sekali ..

apakah nilai kebarangkalian ..dia mampu membawa anak anak isteri ke syurga?

Oleh itu kita kena memikirkan langkah terbaik untuk menyelamatkan diri kita sekeluarga.

Bagaimana dengan jiran tetangga kita?
Bagaimana dengan nasib kawan kawan kita di luar negara?  guru guru kita melayu, cina, india yang pernah menolong kita .. dulu kita sayang mereka .. mengapa sekarang kita lupakan mereka ..
Ini semua perlu kita berikan sedikit masa ..untuk memikir.

Apakah ganjarannya semua ini?
sepagi sepetang kita keluar di jalan Allah memikir nasib umat dan cuba sedaya upaya untuk maksud yang besar …fi sabilillah seperti usaha dakwah dan tabligh seluruh dunia  ..

ini adalah lebih baik dari beribadat seorang diri di Mekah di hadapan kaabah  di malam lailatul kadar pada bulan puasa yang mubarakkkk.

(Hadith:  ….)

  1.  Umat Islam bergelar umat terbaik kerana amalan-amalan tertentu.

Apakah itu?  Memikir agar umat islam dan semua umat selamat dari azab Allah sejurus selepas berlakunya kematian.

Melihat senario sekarang di mana

ibu membunuh anaknya
ayah membunuh ibu
anak membunuh ibu dan ayahnya
belia berzina seperti ..  haiwan tanpa malu
tahap maksiat sudah melebihi tahap ..   kaum Lut laknatullah ..
korupsi berlaku dengan terang-terangan
penipuan bermaharaja lela
kepura puraan menjadi satu kebanggaan
pegawai kerajaan malas memikir out of box; kerja pun berkira; bukan skop kerja aku mamat
budak berhingus di sekolah jer…paksa mereka fikir out of the box
alam rumah tangga panas, tension, stress, isteri menyampah dgn wajah suami , suami pun begitu juga berkali kali menyampah bila bergaduh

rasa rasa … tuan/puan/ abang/ kakak/ adik/ ibu/ ayah/ atuk/ nenek

tidak pentingkah kita bersatu tenaga memikir dan berbuat sesuatu agar .. Allah redha dengan kita .??.

insya allah.

Ganjarannya .. Allah Maha Mengetahui.

Kuasa Allah melebihi kuasa kerajaan Malaysia.
Kuas aAllah melebihi kuasa Kerajaan Arab yang kaya
Kuasa Allah melebihi kuasa Ketua Polis Malaysia, Amerika, Briatania …aghhh
kuasa Allah melebihi kuasa semua makhluknya pada bila bila masa

anda rasa Allah tidak mampukah memberi ganjaran yg terhebat bagi kita ker selepas kita kurbankan masa tenaga dan usaha untuk agamanya?

cuba tengok jika Allah uji kita dengan masalah jantung? Saluran jantung tersumbat
cuba tengok jika Allah uji kita dengan penyakit prostat, diabetes, gila babi, sawan babi, brg tak perform musim panas nahe musim sejuk pun nahe, kencing berdarah, barah payu dara, mata tiba tiba blur, mata terkeluar dari soketnya,

berapakah nilai agak agaknya untuk mengubati penyakit penyakit di atas? Murahkah ….rawatan rawatan berkaitan?

Adakah tuan rasa ganjaran , nikmat Allah kurniakan kepada kita selama ini .. berada pada tahap paling rendah, murah, lekeh, ..

atau macam mana tuan hamba? Sila kuantify. Berapa harga nikmat kita mampu mengawal pundi kencing kita? Boleh?

Ayuh ..marilah kita buat sesuatu secara beramai-ramai seluruh dunia semasa hayat di kandung badan.  Masih bernyawa ini.

Tidak ada orang lain yg akan menyelamatkan anak anak muda islam sendiri seluruh dunia kalau tidak kita. Zaman sekarang budaya zina menjadi jadi. Bukan setakat 1 pasangan berzina, perbuatan mereka dirakam tanpa segan silu. Dipos ke seluruh dunia. Syaitan iblis semua tonton anak2 islam 2x5 , 5x2 dah dgn anak anak mereka. Jom kita dah ada geng ke neraka yg mana bahan bakar neraka terdiri dari batu2, tulang2 dan manusia ini sendiri.

Oleh itu siapakah yg akan menyelamatkan anak anak kita kalau tidak kita? Perancangan org kafir cukup licik. Bukan setakat makanan saja mereka rusakkan , fikiran anak2 dibawa bersama. Siapakah yg akan menyekatkan semua ini kalau tidak tuan, puan, adik, kakak dan abang2 semua? Atau macam mana mu raso?

PM dan kuncu kuncu mustahil.
ustaz ustazzah ? Mereka pun macam kita sibuk anak kecil setiap tahun tak henti henti. Mungkin berahi sangat kot alah ini. Jika mat cina, mat hindu keluar pagi pagi, mereka pun turut sama. Ramai solat subuh atas lebuhraya. Merekz dapat ijazah serupa kita gak. Objektif makan gaji, bina rumah, beli tanah, shopping Tesco yg sama, hutang kereta, sokong team bola yg sama di hujung hujung malam …mereka payah nak buat sorang sorang usaha agama. Kita kena buat sama sama. Mu sikit, aku sikit…usaha dakwah kita buat sama sama.
bagaimana? Senang sahaja. Google sri petaling kuala lumpur.  Atau nak sedap google raiwind, pakistan. Maskaz tabligh di Aldgate East Mosque, London.

try?  Pergilah. Jemputlah. Ajak anak anak, sekapal ke sana. Gunakan semua perkhidmatan tambang murah AirAsia ke. Try?

Kalau setakat nak naik gunung kinabalu dan turun gunung yg sama ..kita sanggup membawa sekampung , berduyun duyun saudara mara  kita naik dan turun lurah yg sama ….tak kan untuk kebaikan manusia sejagat (elak diri dari azab Allah ) kita buat endah tak endah sahaja. Ayuh

Kita belajar cara dakwah yang Nabi Muhammad s.a.w pernah lakukan untuk kesejahteraan rahmahtul alameen

Kebaikan seluruh manusia putih, hitam, kelabu, kuning, pucat .. dan mcm mcm

jauhi lah azab api neraka .. Hanya kita sahaja yg dapat menjaga hal ehwal dunia. Jika kita aman, semua manusia lain di dunia aman.
Jika org bukan islam sahaja yg aman, kita akan dikejar2 sampai dapat. Ingat Bosnia satu masa dahulu 1980an.

Sekian.
Wallahu aklam bis sawab. Penulisan ini buah fikiran seseorang dengan izin pencipta jantung dan otaknya. Jgn risau. Tak perlu bayar apa apa. Jika tidak ditulis begini, masakan ada orang yg jauh sama sama turut memikirkan sesuatu. Allahu akbar. Tuhanlah yg mengerakkan jari, otak, mata, tangan, jantung, …fikir dan berani menulis sepatah demi sepatah agar ada tema, ada isi untuk tatapan semua. Tawakal tul allallllah.
 Biarkan ini sebagai saksi ya Robbb. Aku buat sekadar termampu untuk kebaikanku terlebih dahulu.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/faedah-berfikir.html