faham dan tidak faham


Update terakhir:

Salam

Dunia ini bermasalah kerana  kita tidak faham banyak perkara.
Walaupun kita dari luar nampak jer faham, tetapi hakikat sebenarnya banyak benda kita tak faham .

Jom saya turunkan 10 perkara di sini.  Bacalah.

  1.  Ada dalam kalangan kita diberi hadiah sebagai tenaga pengajar dgn kerajaan. Tetap dan berpencen.
    Tugas mengajar adalah di rumah, sekolah, univrrsiti awam dan banyak lagi.
    Bila bertugas bawalah alat alat yang sesuai.
    Di sekolah sila bawa buku.
    Di universiti sila bawa notebook komputer.
    Tetapi ada orang membawa kueh, apam, akok, karipap, makjun, insuran, tiket untuk dijual di tempat kerja.
    Ini menunjukkan seorang itu tidak faham tugas sebenarnya di sekolah dan universiti.
    Dalam karier saya, ada saya ternampak seorang  guru membawa seekor kambing ke sekolah. Tujuan murninya menjual kambing kpd sahabat karibnya. Adakah ini satu status dia faham konteks skop  pekerjaannya?  Dasyat. Dasyat.  Sini semua boleh. KAMBING boleh masuk dlm kereta guru.  Allah Maha Kaya.

  2.  Trafik light ada 3 warna.  Merah berhenti.
    Kuning sila perlahankan kenderaan anda dan Hijau boleh jalan dah.
    Tetapi jika diperhatikan ramai pengguna jalan raya tidak memahami benda semudah ini.

Oleh sebab itu, bnyk kemalangan berlaku di Malaysia.
Musim perayaan banyak tragedi.
Musim bulan ramadhan banyak tragedi.
Wal hasil ramai kita tak faham 3 warna paling mudah. Bila tragedi ada isteri kehilangan suaminya.  Ada anak anak kehilangan ibu ayahnya.

itu baru warna lampu isyarat.  Belum lagi nombor nombor seperti 110km sejam.

mereka pandu kancil, myvi 200km sejam bu.

hancur.

  1.  Kes di tandas awam.
    Tandas mangkuk dan tandas cangkung.
    Bila masyarakat malaysia sudah biasa dgn tandas cangkung ..
    Stail dan fashion mencangkung tetap dipertahankan di mana mana jua.
    Walaupun mereka berada di dalam tandas menggunakan mangkuk.  Stail  punggung nak lepaskan najis tak mahu hilang ..nak naik mangkuk tandas jugak dan let go  let go.
    Oleh sebab itu, tempat duduk mangkuk tandas menjadi kotor, hitam legam, tapak kasut, basah dan menjijikan.
    Satu pengguna yang tak faham menghasilkan keadaan yg menjijikan, apatah lagi 100 pengguna tandas sehari di tandas awam tersebut.  Oleh itu tandas awam di negara ini cukup memalukan.

  2. Pintu tandas

selain kekotoran, lantai basah lecun,
pintu tandas awam cepat rusak.
Dibuat dari plywood rusak,
dibuat dengan besi macam pintu bank mungkin jugak rusak.
Mengapa?  Rakyat negara ini tak perlu pintu tandas kot.
Bukan pintu tandas jer yang rusak,
Sistem flush najis pun rusak.

mengikut rekod staf pembersihan tandas RnR di Lembah Klang
sistem flush dan pintu tandas di negara ini
hanya boleh bertahan selama 1 bulan sahaja.  11 bulan hancuqq.
Ini menunjukkan sistem pendidikan negara
telah gagal menghasilkan pengguna tandas yg cerdik senang boleh bahasa.

  1.  Waktu solat
    Sebelum solat, muazin menjalankan tugasnya melaungkan azan.
    Bukan 1 masjid  ada azan nya
    semua masjid ada azan masing masing.  Semua bilal berbayar.
    tak banyak, tetapi ada.

Muslim India melaungkan azan.
Muslim cina melaungkan azan.
Muslim melayu melaungkan azannya.
Jika didengar secara rapi, stail azan dan sebutan makraj berbeza sedikit.

tetapi mengikut rekod
tak semua umat islam bersolat di masjid.
Seramai ramai orang solat berjamaah di masjid,
ramai lagi solat di rumah.

seramai ramai orang bersolat di rumah,
ramai lagi tak bersolat langsung.
Ini menunjukkan ramai muslim, muslimah tak faham
satu benda asas.

Faktor pemisah antara muslim dengan orang kafir ialah
bersolat. ( hadith).

  1.  Dewan Peperiksaan.

Murid Darjah 6, ada peperiksaannya.
Murid Tingkatan 3, 5 dan 6 semua ada peperiksaan besar untuk nya.
Setiap kertas diperuntukkan masa yang tertentu.
Contoh 2 jam Kertas Bahasa Malaysia.

Kalau nak markah tinggi
dudukilah kertas itu mengikut masa yang diberi  sepenuhnya. Semaksima mungkin.

tetapi dlm keadaan sebenar,
ramai pelajar
tak faham
apa itu 2 jam masa peruntukkan tersebut.

ramai calon keluar awal dari 2 jam.
Ini menunjukkan ramai pelajar tak faham
banyak benda.

Soalan tak faham.  Tempoh
masa 2 jam pun tak faham.

sebab itu
kita gagal mereka cipta apa apa produk sebagai bukti kita umat terbilang.

  1.  Alam rumah tangga

kerja suami apa?
kerja isteri apa?

siapa isteri mu?
siapa memberikan mu izin untuk duduk berkelamin ini?

Soalan soalan ini cukup mudah.
tetapi ramai kita menghancurkan rumah tangga.  Bukti 50,000 pasangan muslim bercerai di negara ini sejak 2010 ..
Mengapa?

jawapan mudah.
Kita tak faham tugas utama masing masing.
kita tak faham ..berkhawin adalah amanah tuhan yang besar.

  1.  Rokok, merokok

banyak tempat ada papan tanda
jangan merokok di sini.

tetapi sana sini
ramai lagi orang merokok rata riti.
badan busuk.
jari busuk.
tetapi sang isteri sanggup cium si suami.

aduhai busuknya jari dan kuku youu.

Kotak rokok ada dah
amaran ini.
Merokok adalah merbahaya.

tetapi ramai YB merokok
ramai Pensyarah, guru, askar, polis, belia
merokok.

ramai yang mati
dgn candu rokok dlm darah masing masing.

mengapa mati?
mereka tak faham
bahasa mudah.

bahaya!

  1.  Jaga masa

Negara maju amat prihatin dengan masa.
masa adalah emas.
mereka bekerja ikut masa.
penjawat awam jepun malu jika memonteng kerja.
sifat malu ini
membawa mereka ke satu tamadun kejuruteraan yg hebat dan mempersonakan.
Jurutera jepun boleh mencipta kapalterbang perang.
pada tahun 1940an
mereka menawan satu asia tenggara.

pada tahun 1970an
motorsikal honda menawan pasaran motorsikal seluruh dunia

sekarang jepun menawan 100% rumah tangga.
kipas jepun.
selipar jepun
kueh jepun
mata jepun
drama jepun
lagu jepun
komik jepun  mangga
topi jepun
pak jepun

5S  pun jepun.
angguk angguk pun stail jepun.

ini membuktikan mereka faham
dan terus berjaya.

tidak kita.
murid lewat.
guru lewat.
doktor lewat.  Ekonomi
negara tumbuh …lewat sekali.

  1.  Semua manusia mati.
    Bila mati, semua harta ditinggalkan.

benda ini
ramai manusia tak faham.

orang kulit hitam confuse
orang kulit putih pun confuse
orang melayu lagi lagilah confuse.

tanda confuse?
banyak korupsi
banyak tipu menipu
rakyat kurang amanah.
Dengan arab nak mati pun, ada orang slow talk
Dermakan kami wang.  Tak banyak ..2 bilion ringgit sahaja.

penyakit ini berleluasa kerana
kita sakit iman yang sejati.
kita tak takut azab Allah.

takwa kita semakin menipis
halal haram ..kita tak peduli sangat

oleh itu
jom betulkan iman.

ayuh kita ke masjid, surau
belajar belajar pasal iman.
keluar dakwah
macam para para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

bertaubatlah banyak banyak.
minta ampun dgn tuhan yg maha kuasa

dulu islam kuat
sekarang pun tuhan boleh kuatkan kita kembali
dengan syarat
kita pulihkan status iman dan kefahaman kita masing masing.
yakinlah seyakin yakinnya.

ada faham tak?

sekian.
wallahu aklam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/faham-dan-tidak-faham.html