Fikir agama


Update terakhir:

Salam

Selalu kita dengar dari ceramah agama istilah ‘fikir agama’.  Apakah benda ini sebenarnya?
Fikir agama sesaat lebih mulia / afdal dari sembahyang sunat 1000 rakaat.  (Hadith).
So apakah makna fikir agama?Dari pengalaman dan pengetahuan saya yang serba sedikit , saya turunkan definisi ini untuk diri saya terlebih dahulu dan untuk pembaca sekalian.Fikir agama ialah fikir tentang:(i)                   Perintah tuhan kesemua-semuanya dari pagi , petang sampai ke malam setiap hari.  Apakah tanggungjawab kita sebagai mukmin/ mukminat/ muslimin / muslimat tanpa membezakan warna kulit, bangsa, Negara, kaum , dan sebagainya selagi kita mengaku kita adalah umat islam – umat nabi Muhammad s.a.w(ii)                Sunnah nabi besar kita dari pagi , petang , malam.  Amalan hidupnya setiap hari.  Muamalat baginda dengan orang ramai dalam urusan jual beli dan sebagainya.  Halal dan haram.(iii)               Tujuan hidup kita di dunia ini.  Adakah fikir kita setakat mencari makan sahaja? Ini fikir am semua makhluk Allah .  tidak ada kehebatan memikir cara ini.  Tujuan hidup mukmin lebih besar, lebih dalam dari itu setakat mengisi perut , lapar dan dahaga.  Binatang/ haiwan memikirkan mengenai perkara yan sama.(iv)              Sebanyak mana perintah Allah dan sunnah nabi telah kita hidupkan dalam rumah tangga kita.  Opis, organisasi kita. Sekolah kita. Jajahan taklukan kita.  University kita. Negeri dan Negara kita.  Orang bawah kawalan kita. Adakah semua ahli keluarga kita sudah menunaikan sembahyang 5 kali sehari?  Pembacaan dan penghayatan Al Quraan yang sebenar-benarnya.  Janganlah kita baca dan faham pasal rasuah dan riba dengan baik sahaja sedangkan kita tidak malu untuk terus memakan rasuah/ riba sepanjang masa.  Kefahaman agama kita setakat membaca dan faham sahaja.  Tahap ini adalah setara dengan yahudi dan nasaro.  Tidak lebih dari itu.   (v)                Kita kena fikir tentang nasib saudara saudara kita yang hanyut tanpa taufik dan hidayah.  Saudara ini tidak semestinya terhad kepada bangsa Malaysia sahaja.  Allah dan Nabi suruh kita fikir lebih jauh dari bumi Malaysia lagi.  Tengok sejarah islam 1400 tahun yang lalu.  Para para sahabatnya Abu Bakar Sidiq dan Omar Khattab r.a.  keluar ke seluruh dunia mendakwahkan kalimah Allah , menunjukan cara penghidupan sebenar orang orang islam. Melalui pengorbanan mereka ( isteri dan anak anak mereka telah ditinggalkan lama lama), orang Cina memeluk islam.  Dengan cara berdakwah orang India memeluk Islam.  Dengan cara ini juga bangsa melayu di benua Asia ini dapat juga nikmat islam sebenarnya.  Dengan cara ini , bangsa Eropah mengenali budaya dan kehidupan orang islam di Sepanyol.  Ramai orang sepanyol memeluk islam. Orang eropah pernah belajar matematik dari kitab kitab karangan pujangga matematik islam.  Tetapi ini semua sudah menjadi bahan sejarah kerana umat islam telah lupa 100% maksud hidup mereka.  Orang islam telah mengambil cara hidup lain selain dari cara hidup baginda Rasulullah s.a.w.  Oleh itu, kita boleh lihat orang arab dan melayu sibuk bermain bola.  Orang arab sibuk membina bangunan setinggi 1 kilometer tegak berdiri menuju ke awan. Orang melayu bercakar sesama sendiri - confuse dengan warna parti - biru / hijau.  Bila maksud hidup kita sudah lari dari landasan hidup sebenarnya, umat islam telah dihinakan dari segenap benua Asia, Afrika dan terus ke benua Arab.  Sudah hilang kehebatan dalam budaya islam pada pandangan orang orang kafir.  Kita menyanyi bagaikan burung dalam sangkar tentang kehebatan umat islam pada satu hari dahulu.  Lagu lagu ini tidak mampu pun kita beli satu keping cepati.  Untuk mengatasi tragedi ini, kita kena bangkit buat kerja dakwah seperti mana orang orang islam terdahulu sanggup memberi pengorbanan nyawa, harta benda, kasih sayang keluarga semata mata mengembangkan syiar agama islam seluruh dunia.  Bangkit serta merta.  Subhanallah.(vi)                 Buat kerja dakwah?  Tengok contoh orang dakwah tabligh.  Mereka ada program ( Maulana Zakaria, 1965).  Keluar 3 hari sebulan, 40 hari setahun , 4 bulan sekali se umur hidup.  Mereka ada silibus tetap iaitu membina kekuatan diri dengan 6 sifat utama.  Hakikat tauhid iman pada Allah, hakikat sembahyang, hakikat ilmu dan amal, hakikat ikram muslimin, hakikat ikhlas dalam niat dan semua amalan kita dan hakikat sanggup berkurban untuk agama islam dalam semua keadaan senang atau susah.  Allah Akbar!(vii)             Kita jangan pandang serong orang keluar dakwah.  Kenapa anda tidak memandang seperti itu kepada askar askar melayu yang bertugas ke Negara luar UNESCO waktu peperangan dan lain lain.  Semua ahli keluarga askar sanggup berpisah jika suami nya masuk ke hutan 3 bulan, 6 bulan hatta 2 tahun pun berperang dengan nyamuk, ular dan musuh komunis.  Askar melayu sanggup mati kerana UNESCO.  Mereka sanggup mati berjuang kerana Bangsa-bangsa Bersatu.  Jika mereka mati bertugas ..  kaum keluarga mereka dijamin kehidupan yang seterusnya oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan dunia.  Orang dakwah meninggalkan keluarga untuk maksud agama Allah.  Mana lebih agung agama Allah dengan tugas UNESCO?  Mana lebih besar pengorbanan kerja dakwah dengan pengorbanan bekerja di bawah panji (bendera) Bangsa-bangsa bersatu? Kalau kerajaan boleh tanggung kehidupan isteri dan anak anak askar yang terkorban berperang dalam UNESCO , adakah tuhan tidak mampu menjaminkan kehidupan seterusnya kepada ahli ahli keluarga tersebut?  Mana lebih besar kerajaan Allah dengan kehebatannya menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kerajaan Malaysia / kerajaan dunia ?   Ada jawapan tak?  Kalau tuan boleh beri jawapan , anda sudah ada fikir agama.  Jika anda masih belum mampu memberi jawapan kepada soalan di atas, fikir anda masih belum sampai ke tahap mampu berfikir seperti orang orang islam yang mana Allah telah janjikan syurga jannanul firdaus melalui sesaat kita memikirkan ke mana arah tuju kita dalam hayat hidup yang sementara ini.(viii)  Team/ Pasukan bolasepak Malaysia selalu meninggalkan keluarga mereka untuk maksud bertanding Piala itu dan ini di  seluruh pelusuk dunia.  Kaum keluarga tidak menganggap ini pelik kerana mereka meninggalkan ahli keluarga untuk sebiji bola dan satu piala berhari-hari lamanya.  Anak muda cina/ melayu/ india  sanggup meninggalkan satu keluarga untuk belajar degree, masters dan PHD di luar negara dalam tempoh masa yang panjang.  Bertahun-tahun lamanya.  Tidak ada orang kata pelik pengurbanan sebegini.  Tetapi kenapa pula orang yang mahu belajar fikir agama/ dakwah .. satu negara / satu dunia pandang buruk kepadanya.  Ini lah yang sedang berlaku dalam dunia islam sekarang ini. Dalam sesetengah keluarga ustaz/ ustazah pun mereka cop orang dakwah ..sudah hilang fikiran.  Sudah hilang pertimbangan.   Fikir kita macam fikiran orang orang yang tidak ada taufik dan hidayah.  Astagh firullah hal azim.    Bertaubatlah kalian semua.
Fikir agama terbentuk dengan kita keluarkan diri kita ke jalan Allah/ keluar dakwah ( Maulana Zakaria, 1965).  Saya menjemput tuan hamba ke Markazah Dakwah Sri Petaling setiap hari Jumaat/ malam Sabtu di sana. Ada majlis fikir iman dan amal.  Di sana, ada program khas untuk menceritakan fikrah agama secara mendalam.  Saya tidak mampu bercerita lebih lanjut dari ini.  Bila rasa, barulah kita tahu.  Contoh satu analogi.  Kalau tak khawin , manakan tahu nikmat perkhawinan ?  Kalau manusia tak makan buah durian, mana ke tahu kita tahap kemanisan dan kelemakan se ulas buah durian 101.  Insyallah kita akan berjaya.  Better late than never?    
Rujukan:
Ilya Ulumiddin ( Imam Ghazali )  1989Sahih Muslim  1990Radhius Solihin 1985Sahih Bukhari 2006Teaching of Islams -  Mualana Zakaria.  India:  Markazi Masjid New Delhi.  1965

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/fikir-agama.html