Fikir Ummah (2)
Salam
Bismillah hi rah ma nir rahim.
Kalau kita menaiki sesebuah kereta (teksi) , penumpangnya suka sangat mendengar lagu-lagu dan berita di sana sini dari corong radio dalam teksi berkenaan. Dengan cara itu, perjalanan menggunakan perkhidmatan teksi adalah sesuatu yang tidak menjemukan. Jika sekiranya teksi berkenaan melalui satu banjaran gunung contohnya di Pagoh, Johor ..tiba-tiba ..suara penyanyi di dalam radio tiba-tiba hilang - sekejap ada sekejap tidak ada. Apakah yang dibuat oleh tuan punya teksi? Bijak. Dia akan cuba control knob / butang radio dan mencari stesyen lagu yang tadi. Dia akan buat sebaik mungkin supaya gelombang stesyen radio tadi dapat dikesan kembali. Jika tidak, dia akan kata ‘maaf , tak ada stesyen di sini’ merujukkan bahawa dia gagal mengembalikan gelombang analog stesyen radio ke dalam corong radio dalam teksi Protonnya. Aghhh .. boringnya! Stesyen dah lari. Tak masuk stesyen. Stesyen lari! Gilo ini! Kenapa tak tukar gelombang digital sahaja?
Kereta lari steering .. kereta akan masuk gaung. Habis penumpang dan pemandunya mati. Mati dalam gaung. Why? steering kereta / teksi tak betul jalan. Sepatutnya .. tuan punya teksi buat sedikit alignment ke atas ‘sterring ' tersebut. Insyallah selamat kita semua.
Dalam tubuh kita .. otak adalah organ terpenting. Jika otak betul, jantung kita akan pam secara betul. Darah dipamkan dengan baik dan lancar sekali. JIka otak kita tak betul .. orang panggil ..kita gila. Dari otaklah ..datangnya buah fikiran seseorang. Ejaan ringkas fikiran ialah FIKIR / hala tuju kita setiap hari.
Begitu jugalah . sekarang .. fikiran ummah islam satu dunia sudah lari. Dulu di padang besar Haji Widak .. Rasulullah s.a.w. berpesan supaya kita semua berpegang teguh kepada 2 benda dipanggil Al Quraan dan Al-Hadith. Kalau kita buat begitu, gelombang islam dan amalan agama islam dapat kita fahami dengan jelas dan kita dapat amalkan dengan baik. Suara gelombang adalah terang dan jelas. Dengan cara itu , agama islam subur berkembang dari Benua Arab menuju ke Malaysia , India, Pakistan, Mongolia, SEpanyol, dan keseluruh pelusuk dunia.
Tetapi sayang seribu kali sayang , musuh islam pandai menipu kita. Mereka tahu senjata ampuh kita adalah dalam agama. Doa mukmin! Bukan setakat kita yang tak bersekolah tinggi ditipunya , malah orang orang islam yang pandai dan tersangat cerdik pun habis ditipunya. Pak pak Menteri serta isterinya tersayang pun di Malaysia pun ditipunya. Bukan setakat di waktu siang musuh islam (yahudi dan nasaro) menipu kita .. malah di waktu malam gelap gelita pun dia menipu kita hidup-hidup.
Bagaimana? Musuh islam menghadiahkan kita teknologi. Satu teknologi television dan satu lagi teknologi computer dan internet. Semua ini hasil penyelidikan ala matematik, fizik, kejuruteraan elektronik dan macam macam ilmu .. tuhan juga yg beri ilham ini.
Melalui teknologi television, 99.9% rakyat Malaysia kita gila bola. Bersorak kita dari pukul 7 malam hinggalah ke tengah malam. Ustaz pun bersorak ..menyokong pasukan bolasepak Malaysia .. Pak Din jual ayam pun bersorak sama. Berjam-jam menonton TV dan tak cukup dengan itu, keesokan hari di warung kopi kedua-dua ustaz dan Pak Din akan bersembang lagi dan lagi pasal bola sepak. Satu biji bola menyatukan fikiran kedua insan yang mempunyai ala pendidikan yang jauh berbeza. Ustaz dari Mesir Al Azhar Universiti dan Pak Din dari sekolah kampong yang hanya tahu pasal ayam jantan dan ayam betina. Tengok banyak mana masa kita habis ..bercakap pasal bola. Ada itu .. penyokong setia ..pasukan bola mati .. di atas jalan raya ..meninggalkan isteri cantik dan anak anak kecil di kampong - kerana gila sangat nak menonton bola di Kuala Lumpur. Ada Pak Lebai yang mati .. bersorak gembira .. tiba tiba mati terkulai atas sofa ..kerana jantungnya pecah .. pasukan Malaysia kalah 3 – 0 malam itu dengan Singapura. Jantung Pak Lebai tak kuat ..tak leh terima hakikat ..pemain pemain bola sepak Malaysia semakin pondan sejak 2010 di Jakarta. Dengan orang Bangla pun seri, dengan Hong Kong kalah.. dengan .. sapa lagi .. entah? Asyik main yoyo jer. Tidak ada konsistensi.
Dengan teknologi komputer dan internet pulak , ramai umat islam perempuan .. gila kat Facebook. Siang malam main facebook. Banyak rahsia keluarga bocor melalui facebook. Ada anak dara tua, tertipu dengan kawan-kawan facebook dari Nigeria/ Aljeria. Kekasih mereka mempunyai hidung besar dan panjang. Dengan kitab surat surat cinta kasanova .. dari dunia Mediteranean ..anak anak pompuan kita ramai tergadai badan dan simpanan wang dalam bank. Ramai tertipu. Kes? Main internet dan facebook.
Dengan internet, ramai orang masjid .. dulu suka gi masjid ..sekarang suka baca .. google sahaja. Taip apa apa semua ada. Tak yah susah susah gi masjid. Why? Musim hujan lebat menggila ini. Musim tengkujuh di Kelantan dan Terenganu. Ombak laut gila la ni. Tak yah basah basah gi masjid. Nanti demam panas. Dah mula kurang mendengar bayan dari Ustaz Nik Aziz, Ustaz Hadi Awang bercerita tentang agama islam yg suci murni. Tak dengar dah .. hadith hadith dari kitab Bimbingan Mukminah dan Al Bukhari. Dulu miss waktu zohor dan asar sahaja, sekarang semua sembahyang malam dan awal awal pagi pun miss. Rugi besar dia belajar dengan Ustaz GOOGLE dari Israel dan Amerika Syarikat itu. Itu baru orang masjid yg kena tipu hidup hidup dengan teknologi computer dan internet. Belum kita ambik kira ..budak budak kampong dan abang abang askar pencen yg sibuk bawak teksi ambik adik adik missi di Hospital Kubang Kerian, Kelantan lagi. Ramai orang miss solat .. miss mendengar ceramah agama ..miss macam macam kerana ramai kita gila hand set, sms, computer yahoo dan gambar gambar .. ‘entah’ .. orang jawa panggil pornorogol di daerah Muar sana. Banyak rumah tangga rosak binasa - kes perceraian menjadi jadi terutama kalangan warga tua 50 – 65 tahun.
Dengan cara itu, orang kafir Berjaya menawan hati orang islam kita. Mereka Berjaya total 100% menawan hati pak arab kaya dengan minyak petroleum dan pak melayu yang kaya dengan sopan dan santunnya. Dulu orang melayu bersopan benar terutama anak anak daranya. Pijak ulat bulu pun , that ulat bulu tak akan mati. Tidak la ni! Belum pijak pun ulat bulu akan mati. Anak dara sudah bersifat ‘brutal dan heavy metal’.DEngan cara itu, fikir kita sudah lari. Fikir bahawa hidup ini adalah bersifat sementara. Akhirat jua kesudahannya. Bukan setakat kita .. ketawa melihat kartun dalam TV dengan anak anak cucu kita, bahkan kita masih ketawa ..semasa kita terjun dalam lubang kubur se masa kita membawa turun mayat saudara kita ke dalam liang lahadnya. Astahgfirullah hal azeem. Ketawa kita belum habis lagi di situ. Mengapa? Fikir kita sudah lari. Tak betul stesyen orang Kelantan kato.
Bila saya kata ..fikir kita dah lari .. sama lah dengan episode di paragraph pertama di atas .. bila tuan teksi tak Berjaya ..mendapat kembali ‘searching’ gelombang steyen radio di banjaran gunung Pagoh tadi. Dia tak Berjaya membawa penumpang penumpang nya .. mendengar lagu lagu dondang sayang di atas bukit gunung Pagoh sana.
Di saat Nabi Muhammad s.a.w. nak mangkat .. dia tak habis habis sebut ‘umati umati’ .. fikiran nya tak lari dari mengingati kita semua .. jaga fikir kita. Fikir tujuan utama kehidupan kita ini?Jangan buat fikir kita sama dengan fikir orang orang kafir ..yang berkesudahan dengan neraka jahanam sebagai tempat mereka ..selama lamanya. Oleh itu satu usaha dakwah dibangkitkan di dunia ini dengan nama ‘dakwah tabligh’ di Kuala Lumpur , Masid Dakwah Sri Petaling. Setiap petang jumaat / malam sabtu kita jumpa di sana.. di sana. Mereka cuba membetulkan fikir mereka dan dalam waktu yang sama .. mahu mengajak tuan tuan hamba (adik adik kakok) .. jom mari kita ubah fikir kita. Fikir kepada agama , fikir tentang kebesaran Allah dan kemanisan iman sejati yang akan menjaminkan syurga firdaus .. abadi abada. Anda tak sayang kepada anak anak tuan hamba? Sanggupkah anda melihat isteri dan anak anak gadis tuan hamba diheretkan oleh para-para malaikat ke neraka ..semata mata ..mereka lalai meninggalkan sembahyang, gila fesyen ketat ketat, tak tahu mengaji Al Quraan, malas bertasbihat dan menyebut Subhanallah, Alhamdulilah dan Allah Hu Akbar. Dengan cara dakwah ini .. fikir kita masuk ke dalam band bandwidth stesyen utama kembali. Semua line clear! Ayuh tuan hamba..selagi hayat dikandung badan ..kita belum terlewat lagi. Ayuh .. betulkan fikir kita! Allahu Akbar!
Wallahu hu aklam.
Pak Chik Sazali Ph.D ( cuba belajar belajar buat kerja nabi.. belajar belajar fikir fikir fikir para para nabi.. saya berstatus masih belajar sampai mati) . Maaf jika tersalah bahasa. Maklumlah .. masih belajar .. phd pelajar haluan dakwah
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/11/fikir-ummah-2.html