FILEM dosti DAN MATEMATIK
Salam
Hari ni .. saya masih mengajar students yang mengulang subjek Maths IT 1. Topik Calculus. payah topik ni kerana ia melibatkan indices. Selagi pelajar tidak mahir mengenai kemahiran indices selagi itulah mereka mendapati usaha mereka menemui jalan buntu. Kenapa? jawapan mereka semua salah.
Macam-macam usaha sudah dilakukan. Diminta mereka selalu merujuk CDiCL yang disertakan di dalam web page saya tetapi ..saya bimbang mereka tidak mempunyai minat yang tinggi mengikuti topik indices dan sub topik yang berkaitan. Selalunya pelajar yang kurang cemerlang tidak mempunyai daya tahan yang tinggi seperti seorang hero hindustan yang terkenal di dalam filem DOSTI. Di dalam filem DOSTI kita akan melihat bagaimana seorang pelajar buta dengan semangat yang kental melakukan revisi matematik di tepi-tepi kaki lima, mengemis sana sini sesuap nasi, mencatit nota matematik di atas kertas akhbar harian sahaja dan lama kelamaan pelajar ini berjaya memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke universiti New Delhi. Amat hebat filem DOSTI ini termasuk lagu-lagunya yang evergreen didendangkan oleh Mohamad Ravi. OK? Pelajar melayu pula cepat putus asa dan cepat meraung meminta pertolongan dari guru mereka. Tidak nampak sebarang tanda mereka mahu melihat step step yang telah mereka lalui sebelum ini. yang mereka mahu pertolongan dari guru dalam kadar segera. Turut membimbangkan saya ialah guru-guru pun cepat hendak menolong pelajar-pelajar yang lemas ini. Sepatutnya mereka mempunyai kemahiran untuk mengawal keadaan di mana mereka meminta pelajar mereka lihat kembali langkah-langkah yang dibuat sebelum ini. Jika ada langkah kawalan seperti ini saya percaya .. ramai pelajar lemah ini akan mendapat sedikit sebanyak keyakinan bahawa matematik tidak lah sesusah mana dibandingkan dengan usaha mengejar kerbau yang gila terlepas lari dari kandangnya. Cubalah kita fikirkan bagaimana siksanya menangkap kerbau yang bedebah itu. Kita dah kasi dia tempat yang elok bersama-sama dengan makanan rumput yang enak-enak tetapi .. dia lebih gila nampak diluar kandang itulah tempat yang lebih selesa. Apa boleh buat. Kerbau itu kan gila. Adush..
Nanti di dalam penulisan saya yang akan datang saya akan menulis lagi ..teknik mengawal kelas di mana pelajar-pelajarnya merupakan mereka dari golongan kurang berupaya. Objektifnya ialah .. keluar dari kelas itu dalam keadaan selamat sejahtera.
Wallahualam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/08/filem-dosti-dan-matematik.html