five series pak?
Salam
Bila orang sebut bmw 5 series ..
Ini bermakna ..orang itu berumur 50 an.
51, 52 hingga 59.
Dipendekkan cerita ..orang tua.
Sifat orang tua ada 12.
Pertama ..senang kena sakit.
Demam batuk silih berganti.
Kedua ..lutut tak kuat untuk berlari sana dan sini.
Organ lain pun tak kuat juga. Kulit , kelopak mata tak setegang dulu dah.
Mata kabur.
Gigi mula tanggal satu per satu. Banyak tempias jika mengajar di hadapan kelas.
Ketiga, duit dan harta ada sikit sikitlah.
Dah 30 tahun kerja, tak kan tak ada rumah, kereta, motosikal, kuda?
Keempat, anak dah mula besar dan bekerja. Kerap melawat cucu kerana nenek ada di sana tu. Aduhai?
Kelima, ada menantu dan cucu. Atuk atuk … susu atuk.
Keenam, ada tok besan rata dan riti. Cakap elok elok. Jgn kasi malu?
Ketujuh, kalau bekerja gomeng …dah sampai pangkat guru besar, pk hem, ketua jabatan, dekan dan brigadier general. Kpn pun sibuk main handset entah entah pompuan indon ..contact contact bu?
Kelapan, godaan fitnah dan rasuah cukuplah besar.
Rasuah nampak cukup manis dan sedap.
Ramai org tua tumbang fitnah perempuan dan harta. Rasuah semua? Di sini, madublebah, madu kelulut semua telan. Kacip fatimah pun popular juga. Ulam ulaman jadi buruan. Dulu makan western. Sekarang ambil ulam cicah budu.
Kesembilan, minat sikit ke masjid.
Duduk di blakang jer baca Al Quraan slow slow.
Kesepuluh, sesak nafas tiba2 dan terus jalan.
Oleh itu org tua kuat exercise. Makan semua pantang. Minuman kurangkan gula. Why? Nak hidup lama.
Perkara 11i . Angkatan pop yeh yeh ini.senang sensitif.
jgn cakap kuat kuat. Jgn perli perli. Nanti atuk nenek cepat pulang ke kelantan lah.
dan akhir sekali, geng ni cakap braggings itu ini. Tenaga elekkk.
Sekian. Hang fikiag nor?
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/05/five-and-six-series.html