Gaduh gaduh
Salam
Tanah melayu tersohor kerana rakyatnya mengamalkan sifat dan sikap pemalu dalam semua aspek kehidupan mereka di rumah.
Sebenarnya malu itu iman.
Tak ada malu, tak adalah iman.
Bila iman tercampak, gugurlah iman. Kafir jadinya!
- Di Malaya, orang tak bergaduh terang terangan.
Apa tah lagi suami isteri?
Agak agaknya apa yg suami isteri bergaduh?
He..he..he..
Macam macam kan?
Mungkin isu pekerjaan.
Kedai perniagaan dibuka lewat.
Duit selalu hilang.
Bilik tidur tak berkemas.
Main dgn orang Vietnam yer?
Menipu bos di tempat kerja dan mscam mscam lagi.
Wal hasil bila bergaduh ..semua rahsia terbongkar.
Itu baru satu rumah tangga.
Bagaimana pula guru sekolah bergaduh?
malu bukan ..murid murid?
ada lempar lempar buku terus ke longkang sekolah.
kena pula buku yg tersadai dalam longkang ..adalah kepunyaan anak menteri.
mampus kau limah.
- sekarang menteri melayu pulak bergaduh.
Ada pasal kuasa. Ada pasal power. Ada pasal duit dan mcm mcm lagi.
seronok jika dibuat encycclopedia bersabit dengan malu dan tak malu ini.
- jom kita kelebeks prestasi menteri kafir di Jepun.
Jika keluar je berita menteri A main pompuan, cepat cepat dia menarik diri.
Tak payah bersumpah Al Quraan atau nama Allah pun.
Dia keluar parlimen jepun ..ada rasa malu untuk memimpin rakyat Jepun seterusnya. Tak sanggup keluar T.V hari hari nasihat kpd rakyat jelata itu dan ini.
Dia keluar dari parlimen jepun dgn ada perasaan tanggungjawab. Tak boleh main main pompuan jika berada di puncak pemerintahan.
Pengurus Besar Jepun, jika dituduh menipu, menyeleweng wang ..
cepat cepat dia membunuh diri.
Mengapa HarKADO san?
jawapan ringkas …aku rasa cukup malu. Tak sanggup aku berdepan dgn pekerja bawahan ku lagi. Begitulah. Tunduk tunduk Haik ..buat faedah apa Sszaki san.
Dengan adanya tamadun begini, baru orang respect kipas jepun.
Selipar jepun pun ada orang bawak dari Kelantan terus ke London.
Itu baru kipas dan sandal. Tinggi respect melayu kepada produk japan.
belum lagi kereta, kapalterbang, teknologi, komputer dan 1001 jenama lain buatan orang orang Tokyo dan Nagoya.
Satu dunia respect mereka.
mereka ada prinsip. Datang kerja ada peraturan dan nak panchung kepala kita orang pun ..ada stail tersendiri dengan pedang samurainya.
ha..ha..ha..
- Bagaimana bangsaku?
Tak cukup dengan Al Qurann, Khutbah Jumaat ..kita merujuk buku buku Dasar Ekonomi Baru. Tak cukup lagi, kita cari buku SatuMalaysia. O yes ..sebelum itu Islam Hadhari.
Macam macam kita cipta dan ceritakan dari kuala lumpur, langkawi, pontian, kuching dan Lahad Datu.
Sekarang what happeng?
Orang Pagoh lawan Orang Pekan.
ok ke?
tak malu ..Pak Menteri menteri semua?
Tak malu dgn orang melayu ke?
ok ke?
kalau menang dapat apa?
kau kalah ..puas hati puas hati kita ada prinsip. Kami tabik.
oleh itu pegang lah malu mu itu.
pegang kemas kemas.
Nanti jatuh.
Susah ..nanti.
kalau aku, cakap jer berterus terang. Susah apa.
kita silap besar. SORRY lah. Nok wak guanor. Gelap mato.
oleh itu biar orang lain memerintahlah.
Habis cerita.
Allah maha pengampun, mu kato?
salam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/malulah-sikit.html