Gagal dalam sesi temubual


Update terakhir:

Salam

Ramai orang hairan mengapa ada orang itu ..  walaupun dia konfiden dgn sesi temubual dengan panel ..  keputusan interview tidak memihak kpd nya.  Mengapa  yer?

Berikut adalah satu spektrum kemungkinan:

  1.  pakaian anda hari itu kurang sesuai. Rambut tak bersikat dengan rapi.  Rambut kerinting ala ‘merino sheep’ tak terurus pun.   Gincu terlalu tebal dan ..  mata kuyu jer ..maklumlah ..baru sampai Putrajaya ..dengan bas ekspres SKMK dari Kota Bharu, Kelantan.  Bila mata layu, jawapan tidak menyakinkan.  Kenapa tak naik flight adik?  Investment …

  2. research proposal tidak tepat.  Ada orang buat proposal berbau education dari muka surat 1 hingga muka surat terakhirnya sedangkan panel mahu melihat proposal ‘pure computing’ atau ‘pure engineerring’  sahaja.

  3.  cara menjawab ..tak nampak sangat anda seorang profesional walaupun dah berkhidmat 5 - 15 tahun lamanya.

  4.  ilmu yg akan digali di peringkat PhD / masters itu ..  anda sendiri pun masih blurrrrr.

  5.  terikut dengan rentak panel ….  soalan provokatif dari panel ..anda lawan habis habis seperti pembangkang menyerang pihak kerajaan.

  6.  mungkin panel tak minat dengan anda di saat saat permulaan sesi interview lagi.  Contoh .. IC kita 03 kelate -    panel orang Perak ..pro MB Perak ..  soalan soalan banyak cuba melihat respons anda dengan hukum hudud dan sebagainya.

The best strategi ' cakap kat depa .. saya datang ke sini bukan sebagai Lebai / Tok Siak .. tetapi sebagai potential candidate for PhD bidang ekonometrik … jangan merugikan masa saya please ..  boleh tak? ‘.  tolong lahhhh…

  1.  menjawab soalan terlalu pantas dan cepat. Jika boleh bila diajukan 1 soalan ..  awak jawablah dengan slow tetapi menyakinkan .. kalau boleh ..  ada prooff / evidence sekali …. biar nampak anda canggih moreh lah hari itu.

  2.  duduk atas kerusi , dada ke hadapan ; jgn duduk membongkok …..biar nampak tinggi sedikit dari meja panjang ahli panel penemuduga itu dan jaga jari jemari anda.  Ada itu sibuk menggetel buah tasbeeh sambil sambil menjawab soalan dari panel ….  boleh tinggalkan semua accessories kat luar bilik temuduga bukan?

  3.  nampak nak laju jer ..  jawab soalan soalan dengan cermat.

  4.  jika dikritik .. cuba respons dengan ayat begini …wushhhhh ..bagus ini .. satu benda baru yg saya belajar pada hari ini … dari Prof Prof semua ….  syukur alhamdulilahhh ..

jika tuan prof berada dalam posisi saya ..  apakah yg patut yang buat ?

  1.  pasanglah senyuman itu .. lebar sedikit dari hari hari biasa … mana tau kelebaran senyum meu itu sebanyak  5.5 cm dari setiap sudut … panjang ..mampu menangkap ikan sebesar 0.5 juta Ringgit Malaysia untuk pengajian 3 - 4 tahun lamanya.. senyumlahhhh

  2. elak kan dari menggunakan ayat ayat begini ..nantilah saya discuss dengan orang rumah saya dahulu

Siapa suami Puan?  Mamat Komando ;  Leman MPKB

  1.  bertanyalah sesuatu … contoh soalan ..  bila boleh tahu keputusan temuduga ini tuan profesor ?
    Why?  nak jual kereta Myvi saya ..senang sedikit bila ada banyak masa memihak kepada diri saya.

Soalan lain?  Boleh tak saya naik pesawat selain dari MAS jika ke Kanada nanti McGill University ..

Why?  hishhhh ..takutnya … 2 buah burung MAS dah hilang profesorrrr …tak tahu ker?

  1.  ada orang keluar dari bilik temuduga dengan keadaan ‘happy happy sajo’’   .. jika boleh .. anda pun begitu jugalah.  Jangan menangis pulak .. memalukan lah you niiiii. Di rumah menangis,  Precint 4 pun  tingkat 5 pun ..menangis.  Hishhh!

Sekian.
Selamat Maju Jaya.

Wasallam.
Dr S

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/06/gagal-dalam-sesi-temubual.html