Gangguan Seri ke_II


Update terakhir:

Salam

Kita selalu dikujungi salesman/ saleswomen dan …  semua ada awalan sales.

Gangguan yang saya ingin ketengahkan kpd pembaca budiman ialah pengaruh salesman ini.  Bagi mereka yang belum pernah terdengar jawatan prestij ini ..  istilah salesman bermakna ..orang yang menjual macam macam kat rumah kita semasa 90% keadaan kita tak bersedia.

  1.  Untuk makluman ..  salesman dibekalkan dengan 1001 jenis ilmu ..  pokok pangkalnya ..  sales kena closed.  Bila sales closed, mereka akan dapat duit, percentage, peratusan komisyen dan lain-lain lagi.  Oleh sebab salesman mempunyai 1001 jenis ilmu selok belok menembusi telinga dan hati kita .. mengikut kajian statistik .. ramai bakal pembeli terlentok begitu sahaja.  Tanda kalah ..dan duit dia pun bye bye lah kpd salesman tersebut.

  2.  Salesman banyak terdapat di Pudu Raya satu masa yg lalu.  Mereka menjual macam-macam barangan.  Dari serbuk tongkat ali hinggalah sabun basuh kain .. pendek kata ..rimas kita dibuatnya.  Maklumlah kita baru jer landing .. kat kedai makan ..tiba - tiba satu pasukan salesman menghampiri kita .. dari segenap penjuru.  Akhir kalam .. duit kita pun melayang.  Walaupun umur kita baru jer 34 tahun , kita terbeli serbuk tongkat ali ..  tanpa kita sedari.  Trajedinya ..kita belum khawin-khawin lagi.  Persoalannya ..  mengapa saudara beli?  Jawapannya ialah ….kita kalah dengan pujuk rayu penjual @ salesman itu.  He..he..

  3.  Di Malaysia, jawatan salesman terbuka luas kpd semua insan yg ada bakat dalam segi pujuk rayu, autar, kempen, promosi dan ..  dalam kata ringkas ..pandai bercakap cakap dlm 3 atau 4 dimensi.  Contoh salesman Prudential Insurans.  Mereka ini diberi latihan yang canggih dan mantap.  Untuk mengatasi masalah gangguan makhluk begini .. elok eloknya .. kita lari dahulu sebelum mereka datang.  Jika mereka menang, banyak ribulah duit kita terbuang.  Mengikut kitab agama .. orang beli insurans ini tidak percaya .. qadha dan qadar tuhan.  Aduhai ..  dah lah duit kita banyak yg habis.. orang islam chop kita ..  awak tak percaya tuhan ke?

  4.  Bila ini berlaku .. kita punya perasaan dan emosi .terganggu.. why?  kita telah diganggu oleh salesman insurans.  See?

  5. Di opis ini, ada juga salesman yg datang melawat saya.  Pertama kumpulan jual buku teks , rujukan dan macam macam melibatkan akademik.  Kedua ..kumpulan salesman ..  Prudential Insurans.  Payah nak lepas dari gangguan mereka ini ..kerana mereka cukup pandai .. dia tahu pergerakan kita 24/7 melebihi isteri kita sendiri.  Kumpulan ketiga ialah ..  salesman mencari .. penderma duit untuk kidney organ (sakit buah pinggang)..  selalunya ..ini melibatkan pengunaan kad kredit .. aduhai/  macam macam lagu kita leh buat pasal salesman bertuah ini.

  6.  Gangguan dari penjual MLM … macam-macam brand ada.  Amway, Cosway dan No Way.  Barangan mereka cukup bagus …bayangkan pil vitamin 30 biji mencicah RM99.99 ..ini bermakna sebiji vitamin RM99/30 =  RM 3   lebih sebiji.  Ada perasa limau, ada perasa strawberry dan macam-macamlah.  Mengikut kajian ..  jika kita pergi beli sendiri vitamin itu kat farmasi .. mungkin 30 biji vitamin harganya tak sampai pun RM30.  Murah bukan?  So poket kita diganggu lagi.  Tadi feeling terganggu ..sekarang poket kita pula yg terancam , terhakis ..dan macam-macam lagi lah gangguan.  A u zu billahhh.  Diebabkan gangguan ini ..ramai famili tak mampu menyimpan duit walaupun RM100 sebulan walaupun kedua dua ibu bapa bekerja kerajaan.  Tahniah!  JIka dikekalkan prestasi ini ..mungkin waktu pencen .. tak ada duit cash untuk digunakan waktu kecemasan.

  7.  Akhir sekali gangguan dari program ‘Jom Heboh’.  Disebabkan kempen kerajaan dan TV ..cukup berkesan .. ramailah keluarga melayu gi stadium sana dan stadium sini ..untuk berJOM HEBOH.  Dulu tak sembahynag maghrib pun sekarang sejak dekat dekat dengan PRU ini .. macam macam agenda disediakan dalam kontek JOM HEBOH; makin ramai famili tak menunaikan ibadat maghrib pada hari itu.  Ada satu keluarga .. mati dalam nahas jalan raya .. kes nak join JOM HEBOH di waktu waktu maghrib di padang besar dan kecil.  So gangguan is ..  otak anak beranak sepatutnya relax .. cool ..tetapi kesan dari kempen JH dan TV . maka satu kematian berlaku.  Bukankah ini satu bentuk ganggguan tuan hamba?  Ada orang ajak kita bersosial ..  dari maghrib dah keluar rumah, bawa anak anak daranya pula itu .. semata mata nak dengar Saleem nyanyi lah .. nak tengok Apek berlawak jenaka lah..  akibatnya ..ramai keluarga tidak sembahyang ….  dan banyak beli belah yg tak perlu berlaku pun pada peringkat titik awalnya lagi.

So fikir-fikrlah .. tuan hamba.  Jaga diri dari gangguan di atas.  Di Amerika Syarikat , dah ada banyak kes .. orang muda membunuh kawan kawan sekelas nya termasuk profesor , guru guru dan ibu bapa sendiri kerana akibat gangguan salesman menjual senjata api, bom tangan dan macam macam lagi.  Ini berlaku kerana gangguan pembelian terancang atau tidak dirancang sama sekali.  See?

Sekian. Buatlah ini sebagai renungan bersama.  Ayuh … jauhkan diri kita dari terkena tekanan dari sang salesman di atas.  Ucapkan Selamat Bahagia tuan hamba , cium tangan mereka dan Good Bye.

Wallllahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/02/gangguan-ii.html