glamour punya pasal
Salam
Ramai orang mahukan kehidupan ‘glamour’ atau ‘kemasyuran’ dari muda sampai ke mati. Mereka beranggapan dengan glamour mereka dapat hidup senang bukan 1 generasi tetapi generasi yang akan datang. Oleh itu mereka berusaha bersungguh - sungguh mencipta kehidupan glamour. Bukan setakat anak anak saja yang bermati-matian mencari glamour .. tetapi ibu dan ayah mereka turut serta.
Ada beberapa sumber mendapatkan glamour. Pertama : kekayaan. Kedua: kejayaan dalam pelajaran atau nyanyian/ lakonan dan banyak lagi. Di sini saya fokus kepada dua bentuk sumber datangnya glamour. Bagi maksud mendapatkan kekayaan .. kita boleh lihat orang orang cina berniaga dari generasi pertama mereka di sini hinggalah ke hari ini iaitu generasi ketiga. Dengan kekayaan berbentuk perniagaan, mereka membina dinasti mereka dalam perniagaan dan perusahaan dan seterusnya. Bagi orang melayu pulak, jalan pintas ialah melalui perkhawinan seperti bintang filem melayu tiba tiba dipinang oleh kerabat raja B ( negara kecil tetapi penuh minyak ). He…he… jalan pintas ini tak perlu dipelajari di UM, UTM atau USM. Ramai orang ikut cara ini.
Stail melayu begini .. iaitu pencarian glamour ini tak bertahan lama. Mengapa? kecantikan wajah melayu/ kemerduan suara seseorang biduanita bukan boleh bertahan 40 ~ 70 tahun pun. Bila dah berkedut, suara burung kenari pun .. jantan peduli apa … maka tanpa diduga pasangan glamour ini akan bergaduh dan bercerai melalui mahkamah. Macam macam berita buruk / memalukan dapat diketahui orang bukan setakat oleh mahasiswa tetapi orang gelandangan di pusat metropolitan Kuala Lumpur/ di bandar Jerteh , Besut , Terengganu. Cerita mereka dalam akhbar dijadikan bantal oleh mereka yang tidak berumah ini tak kiira panas ataupun hujan.
Cara kedua .. rasa rasa …lebih mantap lagi. Tetapi .. kita tengok dahulu ayat ayat di bawah. Ada orang pandai / glamour belum diistiharkan secara resmi .. kejayaan PhD pun di United Kingdom.. mereka dah berkereta merxedes. Kenapa? memandu merc ke sana sini dalam pekan seperti PR / Sintok .. mereka berasa cukup seronok .. glamour katakan. kalau boleh yang ada lubang tingkap di atas kepala pemandu biar anak anak kecil mereka .. seronok keluarkan badan mereka dan merasa tiupan angin berderu ke atas muka-mukanya. Mula mula seronok itu .. ibu dan ayah maklumlah .. kereta mereka sahaja yang ada lubang bumbung merx itu. Tiba ..tiba ada beruk se ekor melintas di hadapan kereta imported ini. Apa lagi .. sang jantan brek secara tiba tiba ..dan bumb .. anak mereka terpelanting keluar dari perut kereta, melompat dari lubang keramat dan lantas jatuh ke tanah .. apa lagi? Semua orang susah. Itulah .. hadiah glamour tuan tuan hamba.
- Sebenarnya .. kejayaan hidup ini tak perlu glamour pun. Hidup simple pun bagus jugak. Tengok profesor di barat .. walaupun mereka tidak berpuasa ramadhan atau solat subuh dengan doa qunut pun..( setengah tengah itu ada Afghanistan, Pelestin, Syria …. di dalam bacaan qunut) mereka punya kehidupan allright punya. Simple tetapi gembira. Tak perlu banyak sangat insuran sekuriti yang perlu dibayar secara bulanan dan sebagainya. Bila kurang bayaran itu dan ini, jumlah hutang keliling pinggang pun dapat dihapuskan sekali dan selama lamanya.
Tak happy kah kau ..jika tak ada hutang? .. Tak ada langsung nate bergelar along nak buat appointment itu dan ini dengan engkau ? he..he..
Akhir kalam .. dari pemerhatian saya selama separuh century ini .. cari glamour melalui perkhawinan atau pembelian aset sementara .. tidak menjaminkan apa apa. Cuba rujuk .. Al Quran surah Al Mukminun. " Beruntunglah orang ..yang kusyuk solat …. “. Kusyuk solat itu lah ketenangan dan kebahagiaan. Kalau tidak ..tak kan lah rasulullah ..mengakuu bahawa .. solat is the coolness of my eyes. Bukan wajah isteri/ bukan tahap suara burung kenari dan sebagainya. Sebenarnya .. apa yang disebut rasulullah itulah kayu ukur untuk segala segalanya. Bukan glamour .. yg bersifat sementara ini.
Sekian. Buatlah ini sebagai renungan diri ini terlebih dahulu dan anak beranak kalian. Maaf jika ada ayat yang mana menyinggung rasa hati kecil tuan hamba.
Wallah hu aklam bis sawab. Al Fatihah.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/07/glamour-ke.html