hadith palsu ..so what ..hadith2 sahih yg ada ikut sangat ke?
Salam
Minggu lepas ..di Masjid Glugor ..khatib menegur ulamak ‘keyboard’.
jangan hentam orang ..nanti tuhan marah ..lagi pun ..kita kena jaga hati ahli masyarakat kita baik baik.
Minggu ni .. di Masjid USM ..khatib menerangkan banyak hadith hadith berkenaan dengan Nisful Sha’ban ..banyak yg dhaif (lemah) , palsu dan macam macam.
My comments:
-
ulamak ‘keyboards’ tak ada ilmu macam Mufti Perlis dan Mufti Perak. Tetapi .. kita tolong sampaikan juga mesej agama Islam yg suci. Bukankah .. nabi mintak kita sampaikan ..walaupun sepotong ayat. Salah kah?
-
masyarakat kita? mana ada ..sekarang orang orang luar ramai di dalam Malaysia. Adakah orang orang luar seperti pelarian Rohingya itu ..ahli masyarakat kita jugak?
-
Hadith palsu? hadith sohih pun ..ada orang kita tak ikut pun. Contoh Hadith Sohih .. jika kalian mendengar azan .. kena sembahyang berjamaah ..jika tidak .. tak sah solat mu itu.
Tetapi ..tak ramai pun orang solat asar dan zohor setiap hari di masiid masjid seluruh dunia. Why?
Iman kita semakin lemah. Iman is percaya adanya syurga / neraka. Sekarang masalah sosial menjadi jadi kerana - tak percaya sangat ada hari kebangkitannya .. ramai orang perempuan di dalam neraka .. ikut cerita Israk Mikraj.
If iman kuat .. tak akan ada kecurian di dalam rumah Allah itu sendiri. Sekarang ada orang AJK Masjid pun kebas duit yg di amanahkan oleh masyarakat kpd mereka. Kasihan bukan?
- Sepatutnya ..khatib ucapkan terima kasih kpd mereka yg berani bersuara .. sikit sebanyak lah.
Saya perhatikan .. sesetengah ustaz/ustazah .. skop perbincangan nya terhad, sempit. Mungkin pengalaman kurang ke arah .. kehidupan sosial ala iblis dan syaitan.
Jika ditegur elok elok dalam khutbah .. ramai orang kita nak ‘follow’ apa yg ustaz cakapkan itu tetapi kalau teguran itu macam nak marah jer .. ada orang tak berapa syok lah/ naik menyampah .. Lain kali mereka tak nak sembahyang jumaat lagi kerana .. upacara sembahyang jumaat berakhir terlalu lewat .. menjangkaui jam 200 ptg. Kami kerja kilang kilang jer pak imam….kasihanilah kami .. if tergesa gesa ..sampai kilang .. kami dimarahi oleh toke cina ..semua angkara pak imam juga. pak Imam tak apa lah ..boss pak imam adalah orang islam jugak. Tidak kami.
Sesi khutbah ini ..ringkas ringkas sudahlah .. org nak focus jugak ..mendengar teks khutbah itu ..tetapi if khutbah too long … orang ramai dah rasa resah gelisah. Mereka nak kejar pulang ke opis.
Pasal hadith palsu .. rasa rasa .. ada banyak benda lagi .. kita boleh sentuh. Contoh .. rezeki haram itu macam mana? solat akhir akhir waktu bagaimana ? contoh sembahyang asar jam 0715 ptg sedangkan maghrib is 720 ptg. Sembahyang Qodha ini adakah setiap hari ..?
Nak cantas ..orang orang kita mengamalkan sesuatu dari hadith lemah .. wak apa ..asalkan mereka beramal agama ..puasa sunat bulan shaaban ..sudah bagus dah aku rasa.
Sekarang .. ramai oranng ..tak amalkan dah ..puasa sunat apa apa pun.
Sekianlah.
Yang baik dari Allah dan yang salah .. maaf saya pinta.
Wallahu aklam bis sawabbb
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/05/perbandingan-teks-khutbah.html