Hantar anak ke UIA P.J


Update terakhir:

Salam. Weekend (cuti hujung minggu ) yang lalu kami ke Klang. Pa lagi? Melawat anak yang dicintailah. Maklumlah si-ibu risau ingat .. macam-macam .. maklumlah tak pernah berpisah dengan si-anak ini. Sambil itu kami menghantar anak lelaki pulang ke UIA, P.J. Syukur, murah juga rezkinya dapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah perubatan pada bulan SEPTEMBER 2011 ini. Insyallah. Kos biasiswa MARA ke luar negara seperti Cork Universiti, Ireland untuk jurusan perubatan ialah mencicah RM1 juta. Tetapi di tanah air, kalau kerajaan membantu anak kami dengan kos pengajian kurang dari RM0.5 juta pun kami sudah cukup mensyukuri nikmat pemberian biasiswa itu. Alhamdulilah. 2) Fokus pertama. Lawatan ke Klang. Untuk pengetahuan Manak-anakku macam-macam ibumu memasak masakan yang kau suka. Abah beli roti jer. Cicah dengan kuah special yg ibumu sediakan untukmu wahai anak. Kau tahu tak ..mak mula memasak jam 0500 pagi lagi. Sambil-sambil itu dia menyiapkan nenekmu yang sakit kakinya untuk sama-sama melawat kamu kali ini. Untuk sampai ke Klang, kami tidur di Nilai. Rumah kakakmu. Syukurlah ada tempat untuk kami menumpang tidur ..menghilangkan penat driving. Harap ..nanti bila kau dah berjaya ..ingatkanlah ibu mu itu yang semakin tua ini. Macam-macam tugas ibu dan bapa sampai ke akhir hayat kami. Kadang-kadang ada ibu bapa yang sanggup bergolok bergadai semata-mata nak melihat kau berjaya. 3) Fokus kedua. Hantar abang kandungmu ke UIA. Kami semua feeling so happy hantar abang pulang ke UIA kali ini. Kami mampu membekalkan RM450 kali ini untuknya..harapan ..agar dia kuat semangat, tabah, sabar untuk belajar 1 lagi short semester di UIA Course Foundation Study ..hingga bulan Mei 2011. Dia kata .. kami belajar sejarah dan tamadun islam berserta sekali dengan ahli-ahli ilmu perubatan zaman dahulu kala. Macam-macam ilmu ini yer? Itu jerlah. Di sepanjang perjalanan kami asyik bercakap tentang nilai ilmu, nilai agama dan iman. Agar-agar anak-anak sekalian akan terus berjaya dunia dan akhirat. Kami ada juga mengingatkan mereka .. kami ni kais pagi makan pagi jer. Pegawai kerajaan. Mana boleh buat harta banyak-banyak. Ada sebuah rumah teres 2 tingkat di Kota Bharu dan mampu membeli 2, 3 buah kereta proton .. itu sahajalah harta yang ada. Yang lain .. kau lah ..mencarinya. Giliran anak-anakanda pula. Lainlah dengan segelintir pegawai- pegawai Kastam PKDM. Ada yang mana rumah mereka , bersepah-sepah wang toke' cina, india, eropah berlonggok di dalamnya. (Rujuk: Sunday Star 3 April 2011, Malaysia Edition). Tak cukup dengan wang kertas malaysia, mereka dapat jokong-jokong emas, jam emas, gelang emas dan banyak lagi benda-benda emas mirip harta karun Fir’uan Laknatallah. Sayangnya ..nikmat ..rasuah tidak ke mana. Bila ditangkap, habislah kerjaya kalian. Malu di dunia dan juga .. diakhirat semua/ setiap sen dan wang kertas akan dihisap oleh Allah Azajawajalla. Beringat-ingatlah anak-anakku sekalian. Semua lakonan manusia ini di atas pentas dunia. Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/hantar-anak-ke-uia-pj.html