Hantar anakanda pergi umrah 2012 March 25
Salam
Hari Sabtu yang lalu, kami mengambil sedikit kesempatan masa melawat anakanda Salwani dan keluarganya di Kempas, Johor Bharu berangkat ke Tanah Suci bagi menjalankan ibadat umrah.
kami mendoakan agar kalian:
(i) selamat pergi dan selamat kembali
(ii) memperolehi ibadat Umrah yang mabrul insya allah
(iii) dilindungi Allah dari segala masalah semasa berada di tanah suci mekah, madinah
(iv) mengingati kami di sini dan berdoa muga-muga Allah angkatkan kami lagi dan lagi menunaikan ibadat haji dan umrah pada hari hari yang mendatang
Ameen.
Selepas berada di kampung kempas kami berlepas ke bandar Sri Senayang, Seremban 2. Kami melawat anakanda kami yg ke-3. Beliau menyewa rumah di sana kerana tempat itu berdekatan dengan sekolah tempat dia mengajar di Port Dickson.
Walaupun saya gembira melihat anak pompuan , saya terkilan kerana tempat baru ini tidak mempunyai sebuah masjid pun yg berdekatan. 2 buah surau pun tidak lagi beroperasi. Dikatakan, surau surau itu sedang dibina dan tidak ada orang yg mahu mengimarahkannya.
Maaf saya sekadar memberi sedikit Komen-komen di sini seperti:
(i) bila manusia hanya memikirkan usaha untuk mencari makan dan minum , maka … banyak restoran ala-cowboy akan dibina sepanjang jalan dan tadika kanak-kanak , tempat transit tadika dan sekolah agama ditubuhkan di taman-taman perumahan. Objektifnya menyediakan .. makan-makanan bagi penduduk-penduduk di tempat berkenaan dan sudah tentu akhirnya .. RM ringgit malaysia.
(ii) bila manusia kurang memikirkan kepentingan agama, maka , manusia akan menunaikan sembahyang secara bersendirian sahaja. Oleh itu tidak ada semangat usrah, jamaah, fikir isu-isu agama setempat dan lain-lain lagi. Oleh yg demikian, pembinaan surau, mengimarahkannya dan membina masjid tidak menjadi satu keutamaan dalam kalangan masyarakat sebegini. Kasihan mereka. Oleh itu satu usaha dakwah hendaklah dihantarkan dalam kadar segera ke tempat ini. Saya percaya jika ramai jamaah jamaah dakwah masuk ke kawasan elit dan tidak elit ini , maka masyarakat setempat akan dikurniakan oleh Allah satu bentuk fikir bahawa .. selain makan minum mereka perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh hati .. membina masjid, surau dan lain-lain lagi .. identiti masyarakat islam setempat. Kita sedia maklum bahawa ..jika ada kawasan perumahan yg baru dibina yg tidak jauh dari bandar-bandar utama Seremban dan Kuala Lumpur .. akan ada usaha pihak lain yang akan dimasukkan maklumlah..tenaga-tenaga kerja buruh buruh indonesia lelaki dan perempuan amat-amatlah diperlukan. Mereka adalah komponen, komposisi buruh yang cukuplah ramai. Dewasa ini malaysia dikejutkan dengan isu murtad dan krisntianisasi seperti apa yang berlaku di Indonesia. Awas anak-anakku.
Saya dimaklumkan semasa saya sedang menjamu selera (sarapan ) di tepi warung ala kow boy ini bahawa .. Menteri Besar Negeri Sembilan akan merasmikan Taman Sri Senanyang ini pada 1 APRIL 2012. Alhamdulilah nasib baik PRU13 akan berlangsung tidak lama lagi. Kalau tidak , entah bila .. fasiliti seperti masjid , surau , tadika islam, sekolah agama rakyat akan diberi keutamaan.
Sekian.
Muga-muga .. ini memberi sedikit kesedaran kepada saya dan ahli keluarga dan kawan-kawan mereka di Taman Sri Senanyang SHOW VILLAGE.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/03/hantar-anakanda-pergi-umrah-2012-march.html