Happy pun macam macam


Update terakhir:

Salam

Ada banyak tanda gembira. Subhanallah.

  1.  Dia sihat.  Makan tak berpantang itu dan ini.  Semua ok. Sayur pahit ok.  Kuah sup tulang banyak kolesterol pun ok.
  2.  Dia tidur nyenyak. Dlm rumah tidur, atas bas ‘Budaya’  tanpa air cond pun dia boleh tidur.  Satu sudut dalam masjid kampung yg mempunyai beberapa ekor nyamuk pun dia … mampu zzzzzz.
  3.  Dia boleh buat semua kerja tanpa memerlukan bantuan orang.  Naik tangga ok.  Turun tangga pun dia ok.  Dalam tandas dia freehand jer.
  4.  Tak ada nama dia dlm notebook  ahlong, bank bank 1Malaysia, penembak upahan atau siapa siapa.
  5.  Solat siang ok.  Solat malam pun dia ok.
  6.  Dia ada kawan.  Tak boleh cakap dgn manusia ..dia tak apa.  Dia mampu bercakap dgn binatang peliharaannya.  Miow miow ..jom miow ..your dinner is here.  Come ..miow miow miow.  Mana miow  ni.
  7. Dia ada isteri dan anak.  Jika isteri balik kampung lama lama, dia tak gelabah apa apa. Tak perlu sakit hati mengapa bini ambik extended holiday.  Dia boleh masak dan makan sendiri dengan anak anaknya.
  8.  Dia ada ibu ayah.  Ibu mengamuk, dia buat pekak jer.  Ayah berletir, dia jawab jugak ..ayah apa kurangnya ?
  9.  Dia ada jugak FB. Jika kawan melayu tak layan dia, dia link dgn kawan cina dan india. Topic sentence ialah ..syukur kita warga Malaysia. Susah senang kita bersama Ah Chong dan Muthu. Aku kaya jom kita makan roti canai berkuah dal sama sama.  Dalam kuah dal, kita  kasi tambah satu besar gula pasir. He he he.  Stail kelantan mesti tambah gula.
  10.  Dia faham sangat dah Allah pinjamkan semua ini untuk nya buat sementara sahaja.  Sebab itu selepas titik persaraan dia tak murung dan merasa gila.  Rileks jgn main dgn BPR /SPRM sudahlah.  Nahas tu.

Syukurlah.

Nak apa lg  bukan?  4  bulan keluar dakwah dlm agendanya.

Sekian.  R T M  rehat tunggu #atiiii.
Wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/tanda-happy.html