Hari Guru datang lagi


Update terakhir:

Salam

Jika tak silap , hari ini adalah Hari Guru.  Selamat Hari Guru kepada rakan rakan sekalian di universiti ini, politeknik KPTM , kolej komuniti KPTM, sekolah sekolah seluruh negara dan juga semua ibu bapa yang merupakan guru .. sebenar anak anak mereka.

SELAMAT HARI GURU semua.

  1.  Tugas guru - mengajar , mendidik dan macam macam lagi bukan?

He..he…

Tetapi sekarang sejak ada sekolah kluster dan bukan kluster ..tugas guru semakin banyak .. terutama guru guru muda yang baru menempah nama di persada PnP di sini.  Tahniah.

  1.  Sekarang guru muda terpaksa buat macam macam ..  bukan setakat mengajar sahaja tetapi membawa pelajar pelajar ke seluruh pelusuk negara .. sukan itu dan ini.  Pendek kata .. menimbulkan banyak .. isu kezaliman/ tidak ada cukup rehatdan masa  pada hujung-hujung minggu untuk membuat refleksi PnP / bebanan tugas yang tidak adil dan tidak ada penghujungnya/  dari pihak atasan sekolah .. kpd guru guru muda dan yang belum berkhawin ini.  Dan kezaliman ini terus berlaku dari zaman dahulu 1957 hinggalah ke hari ini 2013 di mana kerajaan memerintah itu dan ini atas dasar keadilan, kesamarataan, ketelusan, kelestarian  dan lain lain lagi.  Indah khabar dari rupa bukan?  Nilai nilai mulia ..hanya ditekankan kepada murid murid sahaja ..sedangkan .. dalam kalangan guru guru senior , zon pencen ..   ada ke ini semua?  Saya dengar ada guru guru yang tidak berpuas hati saban tahun .. hinggalah pada satu masa ..dia tumbang  di dalam bilik darjah sahaja dengan hati yang sakit, merana dan rosak hati.  Kasihan guru ini.. mulutnya berbuih sabun akibat kena stroke dan berbau  rokok pulak tu?  Selamat Hari Guru ..   cikgu-cikgi.

Bukankah .. orang zalim ..hukumnya apa yer?  Mengikut kitab-kitab .. agama islam.. Allah melarang kita menzalimi orang apatah lagi …guru guru muda ini merupakan anak anak kami juga.  Mereka ada . ,,,  ibu ayah yang memerlukan kunjungan , ziarah menziarahi secara fizikal dan mental juga.  Lokasi geografi pun .. ada yang berasal dari negeri negeri jauh dari tempat mereka bertugas.  Mereka ada komitmen sosial  sebagai anak , ahli kerabat juga .. dalam konteks menziarahi sanak saudara jauh dan dekat upacara nikah kahwin , tahlil  dan bermacam macam lagi.

Fokus kita sekarang beralih kepada guru guru senior seperti Tuan Pengetua, Timbalan Pengetua, Ketua Panitia dan macam macam .. jawatan senior.  Apa depa buat .. hah?  Kalau waktu cuti sekolah pertengahan tahun ..dan cuti sekolah akhir tahun .. apa mereka betul betul buat?  Lillah hi taala cuba tuan tuan jawab yer?  Kalau cuti hujung minggu .  apa depa buat …?  banyak kerja mereka ..telah diuruskan oleh guru guru muda ..  dari Januari hinggalah ke bulan 10 nanti. Bahkan markah pelajar kelas mereka pun ..orang lain yg taip, data entry dan macam macam alah lagi.   Orang kampung rasa ,.. ada guru senior ramai yg goyang kaki sahaja.  mungkin ada yg memikirkan projek bukan yang ada kaitan dgn sekolah pun.

Sekarang .. (salah satu contoh sahaja ini) …  banyak kerja mengawas peperiksaan .. diarahkan .. kpd guru guru muda .. untuk mengawas kertas SPM , STPM .. dan macam macam lagi seperti key in data markah peperiksaan dalaman berkomputer .. sedangkan ..guru guru senior .. ramai ahli masyarakat yakin ..mereka gi mesyuarat 2-3  hari di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan melancung sana sini .. konon konon atas nama menaikkan prestasi sekolah dalam proses pentaksiran dan penilaian sekolah ..  /// kita cuba klebek( check isi kandungan )  isi hati mereka ini .. adakah betul itu semua?

Jawapan mungkin
A:  sah   B:  tidak sah        C:  mengelat      D: pura-pura sibuk     E:  hanya tuhan sahaja yg tahu


Saya pernah membawa basikal buruk ke kedai basikal .. apek cina punya umur 60 ~ 70 tahun..
sambil sambil ..  melihat apek cina membaiki …   basikal anak saya ..saya seronok .. mendengar .. apek cina berbual bual ..dengan WAK JAWA ..di dalam kedai nya.

Salah satu dailog yg sempat didengar ialah

Apek:  ramai orang melayu hutang .. dengan saya ..sampai sekarang tak bayar bayar lagi.
Saya ada dengar ada ..yg sudah mati.  Ai ya.
WAK PARMAN:  biasalah apek .. kita semua akan mati.  Saya mati ..apek pun mati.  Betul tak apek?
Apek:  semua itu betuk ..  betuk .. tapi ..agama ada kata ..hutang wajib bayar ..
tak bayar hutang .. semua masuk api nerakak.  Betuk ka itu?
WAK : betul lah itu
Apek:  jadi .. gua rasa .. kalau melayu percaya itu punya tuhan ada ///    tolong bayar lah hutang gua.  HUtang gua itu adalah untung gua.  Tak bayar hutang ..mana gua mau cari makan.? Orang tak bayar hutang ..  mereka tak caya tuhan lah.
WAK:  alah apek ini …
Apek:  tapi wak .. lu tahu tak ..  org hutang itu ramai yg pergi mekah … haji , hajjah ,  ..pergi umrah macam pergi piknik jer..  tapi ..hutang gua ..depa tarak bayar lor


Intipati .. dialog itu ..antara orang kafir dengan WAK PARMAN ialah

kalau kita percaya ada nya tuhan ..

(i)  bayar lah hutang cepat cepat
dan

(ii) sempena hari guru ..  kalau kita merupakan..PENGETUA SEKOLAH, PENTADBIR SEKOLAH, satu barisan pentadbir sekolah ..jangan lah menzalimi  guru guru muda itu lagi dan lagi.

Kita berkongsilah  sama sama lah kerja-kerja berbagai jenis-jenis ini .

Tahun ini guru muda ..mengawas peperiksaaan ..  Mereka kehilangan 2 - 3 minggu cuti rehat ..cuti persekolahan..

Tahun depan .. giliran guru guru senior  berumur 35 - 45 tahun pulak lah

Tahun satu lagi -  giliran guru guru berumur 45 - 60 tahun pula.

Barulah adil .. barulah …kerja itu ada ketelusan, keikhlasan, syurga dan neraka ..

kalau tidak .. jom baca balik ..  dailog apek cina ..dengan WAK PARMAN tadi.

kalau lu caya ada tuhan nama ALLAH .. bayarlah hutang .. sebelum lu mati.
kalau lu caya ada tuhan nama ALLAH … berlakulah adil …   sebelum tuhan turunkan serangan angin ahmar(stelok) pada bila bila masa pada lu .  Tuhan tanyak kita tu .. ingat tu.

Selamat Hari Guru ..  kawan-kawan.  He..he.. ada hadiah dari Wak Parman?

Sekian.

Wallahhu aklam bis sawabbb.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/05/hari-guru-datang-lagi.html