Hari ke 23 Ramadhan dah kita ni
Salam
Syukur kita sudah memasuki hari ke 23 bulan Ramadhan.
Hanya ada 6 - 7 hari sahaja lagi .. kita akan kehilangan bulan Ramadhan mulia dan digantikan dengan Syawal bulan beraya sakan selama 1 bulan kalau di negeri inilah.
Jom kita buat muhasabah sedikit. Kita tahu ..pahala membaca Al Quraan bukan ?
1 huruf dari Al Quraan = 10 hasanah;
kalau bulan puasa .. dilipat gandakan sebanyak 70 kali (minima). maknanya 700 hasanah. Kalau kita baca “Alam .. dalam Surah alam ta ro kai ala .. Cerita Gajah .. ini sudah 3 huruf bersamaan dengan 2100 hasanah. Berbaloi tuan!”
Soalan 1 : banyak mana dah kita baca Al Quraan ? dah khatam Quran kau sayang? He..he,…
rugi bukan ..kita biarkan bulan ni berlalu dengan kita membaca … iklan cina jual langsir, plastik alas meja nak jamu kuih tunjuk tunjuk pada 1 Syawal nanti. Aghhh ..syaitan banyak betul lah ini.
Soalan 2: Banyak mana dah kita buat ibadat waktu malam?
Sembahyang terawih 8 rakaat dalam masa 15 minit. sahaja. Lepas itu kita pulang ke ruumah .. pekena kopi dan makan biskut ..tengok TV/ tengok bolasepak/ tengok Warga Emas beraksi .. macam amcam ..sambil usap usap perut isteri kita ..anak ke 5. He..he… rezeki kau banyak ni/ asyik dapat anak jer .. alhamdulilah.
aghhh ..rugi kita bukan? malam kita tidur lewat .. sebab program TV menjelang Raya ..makin hari makin sedap. Kita tidur dan tunggu isteri kejutkan kita makan sahur. Itu sahaja lah kualiti waktu malam bulan Ramadhan yg mulia ini.
Rugi kita. malam malam peluang terbuka luas untuk kita bersembahyang tahajud, witir dan buat doa doa banyak banyak. Jangan lupa fadhilat sembahyang Tasbeeh. Hapus dosa kita 80 tahun ke hadapan dan 80 tahun terdahulu dari tahun ini. Lumayan tuan/puan. Rebutlah. Prosedur cara cara sembahyang tasbeeh? He..he.. google jer/ sure ada punya.
Tak tengok .. semalam dah ada dah sahabat karib kita meninggalkan kita buat selama lama nya.
Soalan 3: (malas tanyalah).
Sekian. Ayuh ..kita buat sesuatu mahu tak? ..agar kita tidak tergolong dalam kalangan org org yg rugi siang dan malam pada masa Ramadhan datang ini.
Ingat .. mungkin Ramadhan ini adalah bulan Ramadhan terakhir untuk kita juga. Banyak accidents musim raya nor!
Wallahu aklam.
p/s: Saya ingatkan diri saya dahulu ini.. kalau tuan/puan hamba terbaca tulisan ini ..maaf banyak banyaklah .. kerana tak sengaja sebenarnya. Al Fatihah.
Selamat Hari Raya . Maaf Zahir dan Bathin.
Dr S.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/hari-ke-23-ramadhan-dah-kita-ni.html