Hari kerja macam cuti jer dan hari cuti macam kerja jer
Salam
Selalunya pada pagi Jumaat di johor, ada program Tazkirah selama 1 jam. Tujuannya cukup bagus seperti memberi kesedaran kepada staf bahawa kita akan disoal kelak oleh Pencipta Alam Maya sejurus selepas kita mati. Tetapi kebanyakan yang hadhir adalah kaum hawa. Mengapa yer?
Jawapannya senang sahaja kerana pada waktu malam tadi (Hari Khamis Malam Jumaat) kaum Adam dah menghadhiri program Yaseenan di masjid/ surau berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Tempoh masa program Yaseenan ini pun 1 jam dikapit oleh Sembahyang Maghrib dan Semabhayang Isya' berjamaah.
Logiklah kalau orang lelaki kurang sangat menghadhiri program Tazkirah kerana jam 0800 - 0900 pagi hari jumaat adalah waktu bekerja di mana ada pelajar dan orang ramai nak berurusan dengan kita. lagipun nanti jam 1200 temgah hari , orang lelaki akan ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat pula. Kerajaan Malaysia cukup baik dah memberi masa kepada staf lelaki islam selama 3 jam untuk makan tengah hari, ambik anak anak di sekolah (jika ada) dan terus ke masjid, rehat dan masuk ke opis jam 0245 ptg. Syukurllah . Terima Kasih Kerajaan.
Jika di buat kajian, nampaknya hari jumaat tidak produktif kerana banyak masa kerja digunakan untuk upacara agama dan sedikit-sedikit ‘sosial’. Tidak ketinggalan juga staf perempuan di bandar besar akan menggunakan masa itu untuk bershopping di mana-mana sahaja jika ada Sales. Oleh yang demikian, sambil menyelam minum airlah kaum hawa yg banyak diberkati oleh Allah Taala.
Saya rasa betul lah orang kampung mengatakan bahawa org bekerja kerajaan sangat bertuah. Waktu kerja nampak bercuti dan waktu bercuti nampak bekerja. Yang mana satu nampak betul? Apa pendapat pembaca pula?
2) Hari Sabtu dan Ahad jika ada peluang, saya akan ke opis untuk melangsaikan semua tugas paperwork dan tablework yan tertunggak. Kadang kadang saya menanda kertas assignnment pelajar saya dalam subjek matematik dan statistik. Kadang-kadang saya melayari internet ..baca berita-berita sana sini dan macam-macamlah.
Sebab itu saya bersetuju sangat kata-kata org org kampung ku bahawa - waktu bercuti kau bekerja / dan waktu bekerja kau cuti. He..he.. apa pendapat pembaca kalian?
Untung kan?
Tetapi saya selalu tazkirahkan diri saya sendiri, semua nikmat terutama masa yang terpakai untuk maksud servis rakyat atau masa ‘curi-curi sikit cari makan’ ini akan disoal oleh Allah Pencipta Alam sejurus selepas saya mati. Bila kita tazkirahkan atau muhasabah diri selalu selalu ..insyallah .. ada sikit unsur keinsafan yg datang menjenguk diri yg serba lemah / tak pandai ini. Ayat terakhir ini pedas ..tetapi bagus ditelan. Staf gomeng keno banyak soalan .. rasuah masa sejak dio mudo sampai tuo pencen .. ada tu yg mati gitu sajo/ tok leh wat apo apo doh.. mauk nerako lah mu!
Sekian.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/01/hari-kerja-macam-cuti-jer-dan-hari-cuti.html