Hari Pertempuran pelajar pasca siswazah
Salam
Kalau buat masters atau Ph.d
Hari pertempuran adalah pada dua tempat penting.
- Hari Viva
- Hari submit correction
Sebagai ayah ibu
Kami menjalankan tugas ini sahaja
Tak henti henti berdoa pada tuhan agar anak kami lulus dan berjaya.
Mengapa?
Banyak sebab. Antaranya
-
Itu jer yg kami tahu
-
Dalam kereta berdoa. Dalam masjid brrdoa. Di luar masjid berdoa. Waktu siang berdoa. Waktu malam pun kami tak henti henti berdoa.
Dalam kitab ada menyebut
Doa ayah pada anaknya ..insya allah semua diperkenankan. Ameen. -
Tempat paling best berdoa
Waktu dekat maghrib sekitar 645 ptg hingga masuknya maghrib.
Waktu solat tahajud.
Waktu solat dhuha.
Waktu iktikaf di masjid.
Waktu sebentar antara azan dan iqomah sesuatu solat fardhu
Tapi paling best
Waktu aku keluar dakwah tabligh 3 hari setiap bulan
Agar anakku berjaya.
Kami berdua duduk atas tikar sembahyang dan terus berdoa sepanjang sesi Viva Phd anakanda. Kalau 1 jam , sejamlah kami terus duduk zikirullah dan berdoa. Dua jam pun 2 jam lah sampai semua proses viva selesai.
Kalau 3 jam, kami terus bersabar menanti news
anakanda berjaya itu ini mempertahankan tesis phd nya di luar negara.
Alhamdulilah
tuhan maha adil.
jika kita berusaha
Kejayaan milik kita. Ameeen.
Jika anak berjaya, apa kesannya?
Senang.
- Menambah seorang lagi ilmuwan islam
- Amal jariah anak dan diri kita juga sebagai ibu ayah pada hari hari yg akan datang. Bayangkan terus menerus amal jariah ini sehingga berlakunya alam akhirat.
- Menguntungkan negara dan universitinya
- Memberi galakan pada adik adik dan kaum keluarga bahawa
Tidak ada yg mustahil.
Phd itu susah tetapi masih bolehlah.
- Harap anak dapat menolong kita waktu kita sudah beransur ansur tua dan uzur.
- Kebanggaan kami sekeluarga. Sebagai contoh anak MARA
- Berterusan ada darah guru , pendidik dalam keluargaku ini.
Kena buat pembetulan? Biasalah tu.
Selepas sesi viva ada pula tempoh pembetulan.
Ada internal examiner yg akan menilai mutu pembetulan.
jgn risau. Ikut semua rubrik itu. Jika diberi masa 6 bulan, 3 bulan, 1 bulan untuk tujuan koreksi
Bawa bertenang. Sabar n tabah mengharungi zaman pembetulan tesis ini.
Mungkin teori tak mantap lagi. Mungkin analisa tak tepat lagi. Yuk ,, perelokkan bu.
Sabar.
references ..hancurlah tu.
tapi jgn risau..tak ada lagi orang mati buat corrections ..tesis selepas titik viva.
saya doakan. Semua Ameeen.
Tak kaya tak apa.
Yang penting kita boleh duduk sama rendah
Berdiri sama tinggi dgn bangsa bangsa lain berkaitan dengan satu cabang ilmu kepunyaan Allah yg Maha Esa.
Sekian.
Itu jer nak cakap secara santai tetapi O.K alhamdulilah.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/03/hari-pertempuran.html