Hari Raya


Update terakhir:

Salam.

Minggu hadapan ..hari raya.  Insya allah.

Setelah berpuasa 30 hari .umat islam berhari raya. Syukurlah.

  1.  Sekarang ..fasa ketiga .. sesi berpuasa. Allah janjikan ..dia akan ampunkan semua dosa kita jika kita berpuasa dgn baik.  Puasa ini semata-mata untuknya, bukan?  Maka dia akan membalaskan susah payah kita berpuasa- tahan lapar, dahaga dan mcm mcm.   Insya allah dan Ameen.

Untuk fasa ketiga ini, Allah menyediakan 1 malam teristimewa iaitu malam Lai la tul Qadar..  1 malam ini bersamaan dgn 1000 bulan (83 tahun). Jangan lepaskan peluang ini ..tuan hamba.

Kita tak tahu ..Ramadhan tahun hadapan ada lagi atau tidak untuk kita semua.

Untuk itu ..banyakkan membaca  Al Quraan/ berzikir/ minta ampun @ taubat nasuha.  Berdoa bnyk2.  Berdoa biar Ph.D selesai dgn baik.  Berdoa muga muga anak dlm kandungan adalah sumber aset kita ke syurga.  Doakanlah macam macam ..pnjg umur dan mmurah rezeki.  Doakan agar ada jodoh tahun ini juga dgn orang yg ada kualitas serba serbi.  Insyallah.  Mintak jgn tak mintak dari Allah rabull alameen.  Tuhan semesta Alam.

Bagusnya ..niat iktikaf ..dan tinggal dlm masjid 10 hari terakhir bulan puasa ini.

Yang lebih bagus ..keluar dakwah 10 hari terakhir ini.  Pahalanya ..maha besar di sisi Allah Robbul Alameen.

  1.  Bagaimana dengan isteri dan anak anak di rumah?  Jangan bimbang ..bukannya kita iktikaf di masjid di Russia sana pun.  Dekat jer …  dekat dengan rumah kita, sebelah kampung.

Kita didik mereka ..jgn mengharapkan kita 100% dalam semua benda.  Biar  mereka dah terbiasa .. ditinggalkan oleh suami/ ayah buat satu masa yg pendek ( 3 - 40 hari).  Bila dah terbiasa ..mereka tidak akan susah jika kita diistiharkan ..mayat oleh pihak hospital pada bila bila masa.

Sekarang kita lihat ..ramai balu menangis ..  bila si suami tiba tiba meninggalkan nya buat selama-lamanya.

Melalui tangisan tersebut satu dunia akan sibuk .. melayan balu dan anak anak ..  untuk terus hidup di hari hari mendatang.  Benda ini banyak kita baca di akhbar ..Sinar/ Metro/ Utusan/ BH.  Satu episod sedih.

Kenapa ..kita tak jadikan satu amalan untuk berpisah sekali sekala dlm famili kita?  Biar semua anak anak dah terbiasa ..ayah masuk hutan; ayah pergi ke laut; ayah pergi kerja di Saudi Arabia dan ayah dah keluar dakwah tabligh 40 hari atau 4 bulan lamanya.

Bila berpisah ..  kita akan merindu seorang ayah/ ibu.  Rindu ini lah yg mahalnya.
Bila kita ditinggalkan tuhan memberi kita masa ..berfikir ..melihat balik ..kebaikan teman hidup kita selama ini. Mana kekuatannya dan mana pula kelemahannya?

Bila bertemu kembali .. rasa ‘berahi’ kita meningkat.  Sebab itu orang yg selalu berjauhan ..mempunyai anak anak yg ramai.  Sekali berjumpa .. berkualitas.  Terus jadi.  Percayalah?

Bukan setakat ramai jah ..berkualiti pula.  Tahan lasak dan .. konfidan.

Sekian. Fikir-fikirkanlah.

Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan bathin.  Jangan bertakbir raya seperti stail orang bersedih.  Bertakbirlah  dgn semangat waja.  Ayuh!

Wasallam.

 

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/07/hari-raya.html