Hari sudah petang


Update terakhir:

Salam

Penat sedikit pulang dari opis.
Di rumah, saya disambut dgn minuman petang.
Adalah kueh mueh tradisional melayu dan kopi panas menanti. Kadang kadang ubi rebus dan pencicah kelapa parut.

Bila minum, hilang juga penat ini.
Ini satu nikmat bila isteri tak bekerja di luar pada zaman lani. Ada sijil pun, ngajar  anak ngaji AlvQuraan dan bantu anak dengan homework  sudahlah. Gaji aku kita bahagi dualah. See first?

  1.  selAlu tak banyak cakap kami berdua. Setakat senyum senyum begitu sahaja. Kalau berbual mesti berkenaan dengan anak anak yg sudi bertanya khabar orang2 tuanya. Sambil itu
    Isteri sudah pun menyediAKan satu bekas basuh tangan untuk aku.

Selepas solat asar…hanya baring baring saHaja.

Tengok warna langit ..tadi jam 1200 tengah hari biru terang sekarang sudah mulai suram.

Pelan pelan kaki langit bertukar warna. Kuning merah tiba tiba merah menyala.
Waktu ini jangan lepaskan peluang
Jika kita mukmin mukminat untuk mem
Baca doa dan 3 ayat akhir surah hassr.

70,000 malaikat menjaga kamu ..dari .sekarang sampai ke pagi.
Kena yakin amalan ini. Dengan janji ini kita selamat insya allah.

Pelan pelan matahari hilang.
Angin petang sudah tiada.

Kalau ada pun tak ada erti kerana para para Malaikat sudah berduyun2 naik ke langit membawa laporan prestasivamalan manusia masing masing.

Pekerja jujur baguslah.
Pemimpin bagus untunglah. Semua dakwat hitam. Lulus.

tetapi orang menipu ..jaga jagalah. Dakwatmu merah. Tuhan murka.
Rezeki mu tak halal kecuali kau mohon ampun dan maaf. Taubat bnyk bnyk.

Harapan ..esok ada umur lagi wahai tuhan.
Maaf jika ada yg kurang maklumlah
Zaman sekarang bnyk mahu lihat lAlu percaya itu dan ini.

Sekadar salawat pada junjungan nabiku yg mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Tadi dapat mesej kawan karibku ke Amerika.
Keluar dakwah negara jauh New Jersey.
Belanjanya besar azmi
Tetapi …insya allah aku ikut mu nanti.

Wahai tuhan terimalah aku lagi dan lagi untuk kerja para nabi yg suci.
Dakwah seluruh dunia. Kami umat nabi rahmatul alameen. Rahmat untuk diri ini dan diri makhluk manusia seluruh alam.
Sebelum nyawa hilang macam petang ini.
Bumi sudah gelap
Tanda … baki umur kita makin kurang dan kurang.

zikir bagus ..waktu susah ingat tuhan.
waktu senang jngan lupa tuhan mu sentiasa. Jika ingat Allah dlm kalangan manusia..jgn terkejut Allah sebut sebut nama kita dalam kalangan para malaikatnya yg taat lagi suci.

kalau mampu bilang pasal nikmat tuhan dibdalam apartment tinggi,
mungkin Allah bilang kita pula di langit yang tersangat tinggi.

Allahu akbar.
Ambik lah faedah 5 benda sebelum datangnya 5 benda wahai kawan
Nikmat sihat, kaya, muda, waktu lapang dan waktu hidup mu sebelum
datangnya waktu sakit melarat, miskin papa kedana, tua, waktu sibuk dan akhirnya waktu mati mu.

Rugi kawan dan taulan.
ayuh. Jgn berlengah lagi. Insaflah.
wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/04/hari-sudah-petang.html