Hasil bacaan dari Dewan Masyarakat Ogos 2012
Salam
Pagi tadi alhamdulilah saya berkesempatan untuk membaca majalah Dewan Masyarakat terbitan bulan Ogos 2012 - banyak tulisan membincangkan hal-hal berkaitan dengan Pelan Transformasi Pendidikan Negara dari 2013 - 2025. Seronok juga membaca artikel di dalam majalah ini sambil isteri saya sibuk di dapur menyediakan sarapan dan .. / Objektif ialah negara mahu tiru kebolehan rakyat Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Mereka berteknologi tinggi. Oleh yang demikian kerajaan mahu membawa pelajar-pelajar kita mempunyai kebolehan yang setanding dengan orang-orang tersebut dari negara ' Matahari Naik' ini.
-
Salah satu perkara yang terkandung di dalam pelan Transformasi Pendidikan Negara ialah berkenaan dengan mutu guru yang ada dalam sistem pendidikan negara ini. Jika tak silap sayalah .. murid bermutu tinggi selalunya datang dari guru bermutu tinggi juga. Menggunakan ilmu logik matematik yang sama .. pelajar kita tidak dapat menandingi Singapura , Taiwan, Korea Selatan selama ini kerana guru guru yang ada dalam sistem perguruan adalah tidak bermutu tinggi. Untuk maksud ini , kerajaan sanggup memperuntukkan RM30 bilion ( DM, 2012 Ogos) untuk maksud menjayakan Pelan Transformasi Pendidikan Negara untuk menaikkan imej dan prestasi mutu guru, pelajar dan hasil kerja warga sekolah ini semua. Ini adalah satu dana peruntukkan yang sangat besar.
-
Maaf .. saya bermula dengan perkataan ‘maaf’ dari hujung rambut hingga hujung kaki bila saya menulis - Guru tidak bermutu kerana dua sebab. Pertama profesion guru sudah hilang kehebatannya dari perspektif dan pandangan ibu bapa, industri dan masyarakat keseluruhannya. Ada sesetengah guru tidak memberi 100% masa mereka di sekolah untuk memikirkan proses PnP di dalam bilik darjah, sikap murid murid di bawahnya .. dan kita tidak perlu pergi jauh .. di sekolah ada guru yang sedang berusaha gigih dalam dunia yang tidak ada kaitan dengan usaha warga guru bila mereka melibatkan diri dalam penjualan insuran, terlibat dalam MLM multi level marketing , bertindak sebagai agen jual rumah dan tanah dan ada guru guru terlibat dalam dunia tuisyen yang membawa pulangan wang yang jauh lebih banyak dari ‘gaji hakiki’ guru tersebut. Ada guru tidak segan silu dengan pelajar-pelajarnya bila membawa berkotak-kotak karipap segera, coklat manisan, dan juga kain kain batik menuju ke bilik guru. Kotak-kotak ini dikeluarkan dari but kereta mewah Honda Accord, Fiat dan Volvo. Dengan senario yang begini, tidak mustahilah hasil kerja pelajar kita tidak akan dapat menandingi pelajar Korea Selatan dan Singapura bermula pada hari semalam hinggalah matahari terbit di sebelah barat.
Kedua ialah , mutu ilmu yang didokong oleh guru guru tersebut. Melalui pengalaman saya bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di bawah Dr Wan Zahid Mohd Noordin (mantan Pengarah JPNK) ..1985 / 88, saya dapati ramai guru datang menghadhiri kursus - kursus di Pusat Sumbar Pendidikan Negeri dengan .. wajah yang tidak ceria/ seronok walaupun pendaftaran dibuat di waktu pagi . Mereka datang kursus kerana terpaksa. Ada juga yang datang berkursus komputer sebagai guru ganti kelab komputer kerana guru asal yang mana JPNK wajibkan hadhir ..mempunyai 1001 alasan ..mengapa dia tidak dapat hadhir ke PSPN berkursus komputer. Guru ganti ini kadang-kadang tak pernah pun pegang komputer dan melalui perbualan mereka mengaku ‘buta komputer’.
Sekarang pada bulan Disember 2012, dengan adanya teknologi hand set, broadband MAXIS .. tumpuan guru guru untuk berkursus pada peringkat yang lebih tinggi .. semakin hilang punca arahnya. Ini adalah kerana sikap guru yang merasakan bahawa ‘jawatan guru’ ini tidak akan menghasilkan kekayaan seperti orang lain di luar sana.
- Saya rasa langkah pertama yang paling drastik .. untuk membawa kejayaan Pelan Transformasikan Pendidikan Negara atau dalam kata lain mutu pelajar kita biar setanding dengan pelajar di Jepun ialah .. kerajaan mesti berani melucutkan/ buang guru guru yang sudah tidak berminat lagi untuk bekerja sebagai guru.
Tetapi saya percaya dan penuh yakin pihak kerajaan tidak berani melakukan syor saya ini kerana pihak kerajaan memerlukan sokongan padu guru guru ini untuk memangkah kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah. Untuk pengetahuan penjawat awam bergelar guru adalah kelompok paling ramai dalam piramid populasi warga kerja di Malaysia. Jadi pelan kerajaan mentransformasikan pendidikan negara merupakan satu lagi mimpi yang bernilai RM30 bilion harganya.
- Jika saya ada umur yang panjang iaitu 50 tahun dari sekarang, saya yakin lagu ini akan dimainkan lagi. Lagu apa? Prestasi pelajar Malaysia tidak dapat menandingi prestasi pelajar Jepun, Korea SElatan dan Taiwan sana. Betullah kata Tun Mahathir ‘melayu cepat lupa’. Ramai anak anak melayu diambil kerja sebagai guru kerana faktor pertama ialah mereka itu berbangsa melayu dan faktor lain seperti mutu ilmu, dan sikap .. adalah merupakan faktor sekunder sedangkan di negara Jepun .. faktor sikap mahu jadi guru 100% komitmen adalah faktor utama yang dimiliki oleh graduan jepun dan Korea Selatan. Oleh sebab itu Jepun boleh mengeluarkan jurutera juruteranya yang dapat mengeluarkan produk kipas angin, air cond, komputer untuk faedah populasi dunia amnya. Di rumah orang jepun , mereka tetap menggunakan produk hasil tangan mereka sendiri. Di Malaysia, kita juga mempunyai barisan jurutera Proton kita sendiri tetapi sayang seribu kali sayang . tak ramai orang kita menyokong hasil kerja jurutera jurutera yang mana dahulunya adalah murid murid guru guru ini sendiri. Oleh itu siapakah yang patut kita salahkan? Duit kerajaan menaja pelajar untuk mengikuti program Ph.D … di luar negara terlalu banyak sedangkan .. hasil dapatan mereka melalui penulisan tesis ialah .. SIKAP , SIKAP , SIKAP melayu kita sendiri merupakan penghalang utama agenda Pelan raksasa XYZ. Apa apa lah XYZ di sini could be that Pelan Transformasi Pendidikan Negara 2013 - 2025. XYZ adalah pembolehubah sahaja. Kita susah untuk berubah!
Sekian. Maaf sekali lagi dari saya yang merupakan seorang guru yang akan bersara.
Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/12/hasil-bacaan-dari-dewan-masyarakat-ogos.html