Hati boleh sakit jika ..


Update terakhir:

Salam

Semua manusia diciptakan bersama-sama dengan sebuah organ bernama ‘hati’.

Dalam hati ada macam-macam contohnya  mengkagumi seseorang , hasad dengki, khianat mengkhianati dan kualitas busuk mendendami seseorang.

Itu baru 4 benda dalam hati seseorang manusia.

Sebenarnya banyak lagi ..benda boleh dimuatkan ke dalam hati.

  1.  Memory indah ada dlm hati.
    Memori pahit ada jugak dalam hati.  Bila dengar ustaz yg bengis berjalan menuju ke kelas tajwid .. hati gemuruh tiba tiba timbul tanpa disedari dan kadang kadang ..sifat gemuruh itu bertukar menjadi menyampah.  Mengapa yer?  Jawapannya .. ada pelajar dipukul kerana tak pandai mengaji Al Quraan. Aku teringat ustaz zaman 1960 -1970 menggunakan pembaris besar untuk merotan/ memukul punggung kami.  Oleh itu ada budak berotak kreatif memasukkan buku latihan dalam seluar sekolahnya.  Kuat ..ustaz pukul kami agar bacaan quraan kami berbunyi seperti mana Nabi Muhammad s.a.w. sebutkan.    Ada ke patut?  

Apa boleh buat .. ada orang lidahnya tebal mcm lidah buaya.  Manakan mampu dia sebut sesuatu huruf arab dari mukadam .. seperti org arab tulen dari padang pasir Sahara, suami Siti Khatijah r.an ha  ?

Dipaksa paksa pun .. payah ..maklumlah lidah ni ..bukan boleh ditukar ganti bukan?  Kalau ada di kedai Mydin ..sudah tentu kami yg nakal ini akan membelinya.  Zaman sekarang sudah berubah.  Ustaz/ustazah tidak digeruni lagi. Hati pelajar pun berubah.

  1.  Kawan baik di England 40 tahun lalu ..saya masih ingat dlm hati.
    Kebaikannya .. dalam banyak segi ..tetap terpahat dlm hati saya ini.  Tengok ..tempoh masa yg begitu lama pun ..tak hilang ..wajah kawan kita (mat salleh/ mek negro/ mek Korea ) .. oshh .. hebat sungguh keupayaan hati ini.  Dipaksa ..lupakan ..aghhh ..tak mampu ..  hilang wajah wajah kawan kawan berbibir besar dan lidah pun besar.

Tetapi dalam hati .. ada juga rasa benci. Ada rasa meluat. Ada jealous , dan kadang-kadang .. sampai ke tahap mahu membinasakan seseorang di sebabkan bisikan syaitan dan iblis melalui cuping telinga dan hati.  Ingat cerita model Mongolia itu?  sudah tentu ada orang hatinya ..mahu bunuh sahaja anak mongolia itu.

Oleh sebab itu Nabi Muhammads.a.w selalu menasihati kita ..umatnya ..jaga hati mu ..if hati bagus .. semua amalan mu akan jadi bagus dan mulia.  Tetapi cakap sahaja hati bagus tanpa berlatih secukup-cukupnya .. seperti juga ..mencurah air ke atas daun-daun keladi.  Tak membawa sebarang makna pun.  Beruk beruk dalam hutan pun mampu mendengar kaset ..mengatakan hati mulia itu bagus.  Walaupun mereka tak faham sepatah pun isi kandungan kaset itu, ibu beruk tidak akan apa apa kan anak anaknya.  Sungguh hebat kuasa Allah. Ditanamkan rasa cinta sayang dlm hati ibu beruk tersebut.  Bapak beruk tidak memperkosakan anak anak betinanya dalam apa keadaannya.   Lain pulak dgn manusia ini. Dasyat .. manusia sudah jatuh lebih hina dari beruk.  Bapak haruan sanggup memakan anak anaknya.  Gila!

Tadi aku terbaca .. dari satu kitab Bukhari ..untuk menunduk hati yg keras .. Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya ..  mengusap rambut anak anak yatim piatu dan memberi makanan kepada janda-janda miskin dan susah  bersama-sama dengan anak anak mereka.  Inshaallah hati keras akan bertukar lembut jadinya.  Bila hati lembut, banyak kebaikan akan muncul satu per satu dari seseorang hamba Allah itu.

Untuk keselamatan dan kebaikan bersama  ..ikutilah nasihat dari Imam Ghazali r.a. (kitab bimbingan mukminun)

berkawanlah dengan orang orang baik/  kalau tak dapat kebaikannya 100% ..sekurang-kurang nya kita dapat ..  nama hasil pergaulan kita dgn nya.  Harum semerbak!

dan elakkan dari berkawan dgn org org tak senonoh ..seperti cerita arwah adik itu ..yg cedera parah di Tapah, Perak  semalam 3 Feb 2014.  Tak dapat ‘dia’ ..silap silap rusak binasa kita ..  @ mati kita dibuatnya.

Dasyat!

Sekarang manusia ada yg sudah bertukar menjadi binatang.  Hati manusia bertukar menjadi hati binatang. Kadang-kadang repot kat polis pun .. ancaman ancaman dari si penjenayah ..  apakah yg polis dah buat untuk melindungi anak-anak kita?

Cuba tanya orang ramai ..jika kita wat repot kat balai polis kita dah hilang dompet mengandungi kad kredit itu dan ini .. selepas 1, 2, 3 tahun ..apakah tindakan polis terhadap laporan itu?  Apa perkembangan kes kita itu? Berjayakah mereka mengesan di mana dompet duit kita itu?

Anda tahu jawapannya.  Semua ini datang dari hati.  Polis bisik bisik dan mungkin berkata ..banyak lagi kerja aku nak buat nyor!  Simulasi percakapan itu ..datang dari lubuk hati.  Betul tak?

Sekian.
Wallahu aklam bis sawabb.  Yg baik dari Allah dan yang kurang enak ..semua dari kelemahan saya sendiri.  Perbaikilah hati kita ..ayuh?

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/02/hati-boleh-sakit-jika.html