Hebatnya pencipta agung ini.
Salam. Saya mulakan dengan Bismillahi Rahma nirrahim. Manusia adalah makhluk tuhan terbaik jika dibandingkan makhluk lain. Mengapakah begitu? Jawapannya ialah tuhan kurniakan akal , otak, fikiran, perasaan kpd insan seperti tuan tuan hamba. Syukurlah kita diciptakan tuhan sebagai manusia. Ada melayu, cina, india, dayak, iban, orang asli, orang arab dan orang afrika. Dijadikan begitu supaya kita sedar bahawa ada pencipta yg agung bernama Allah Azawajalla. Bila sebut pasal pencipta..mari kita tengok kehebatan manusia bergelar pelukis. Dia melukis wajah manusia..dulu wajah melayu matanya bulat, lepas tu dia melukis wajah cina matanya sepet, then dia melukis wajah india dgn hidungnya mancung dan matanya ..bulu matanya lebat sekali. Ada masa itu kening orang india dilukisnya bercantum dari kanan ke kiri. Hebat lukisannya itu. Dipamerkan dlm galleri lukisan di London. Kadang kadang hasil potrait berwajah melayu membawa pulangan yg lumayan kpd pelukis itu. Harga portrait mencicah rm1 juta kerana wajah melayu itu Tun Mahathir rupa rupanya. Disebabkan ..populari pelukis..di london..jom kita upah dia melukis wajah tun 1000 kali. Apakah yg akan terjadi? 2) Betul. Satu ketika nanti ..pelukis agung akan merasa bosan boring ..fed up ..muak..menatap wajah yg sama. Mengapakah begitu? 3) Pembaca pembaca yg budiman, Allah tak pernah bosan menciptakan wajah melayu. Dia tak kenal apa itu boring dan fedup. Dia terus mencipta manusia dgn wajah wajah berbeza dan ada kalanya ..wajah melayu Tun ada di Afrika Selatan. Pelanduk 2 serupa. SUBHANALLAH.Setiap kali disiapkan ciptaan manusia..Allah sempurnakan ciptaannya dgn nyawa, perasaan dan kasih sayang. Salah satu insan teristimewa bernama ibu. Jika seorang ibu melahirkan anaknya sebesar tapak tangannya dan kaki bayi sebesar 2 jari ibu tersebut..tuhan campakkan rasa kasih sayang kpd ibu tersebut. Subhanallah. Alhamdulilah Allahu Akbar. Dengan anugerah kasih sayang..ibu membesarkan kita. Ibu sanggup tidak tidur bermalam malam lamanya..jika bayi sakit dan macam macam lagi. Sebenarnya kasih Tuhan Allah adalah 70 kali ganda dari kasih sayang ibu. Allah tak mahu kita susah di akhirat nanti. Dia tak mahu kita berduyun duyun dicampakkan ke neraka dgn api yg panas. Oleh sebab kasih sayang Allah menurunkan beribu-ribu nabi nabi dan rasul termasuk Rasullullah s.a.w. Mereka dihantarkan ke sini untuk memberi peringatan kpd kita semua ..taatlah perintah tuhan mu yg telah menciptakan kamu dari air mani lelaki pompuan yg yg ‘kotor’ .. dan dari proses biologi dan nafsu .. manusia diciptakan. Untuk apa kita dilahirka? Ada usaha besar untuk kita umat Nabi Muhammad s.a.w. Seorang ayah tahu apakah usahanya..seorang guru ada usahanya tersendiri, seorang askar TUDM di Butterworth tahu usahanya.. so soalan RM10 juta .. apakah usaha yg dipertanggungjawabkan kpd kita umat Muhammad s.a.w. Adakah sekadar membina kehidupan sampai ke puncak kekayaan yg hakiki? adakah usaha kita terhala kpd membesarkan kebun sawit kita sehingga besar jauh mata memandang .. adakah itu syarat kejayaan di sisi pencipta yg agung? Orng islanm yg cerdik ..tahu ..tanggungjawab kita tak lain tak bukan ..serupa dgn usaha nabi besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Yes ..berdakwah serupa mcm baginda rasulullah. Kita makan minum biar serupa dengan cara baginda amalkan, nikah kahwin anak anak kita biarlah serupa dgn cara nabi langsungkan ke atas anak anak nya ..juga. Mengapa ..dakwah ..usaha agama kita kena buat ikut selera kita pulak? sekarang anak anak muda suka muzik … adakah usaha dakwah .. kita sesuaikan macam muzik jugak? Jauh terpesong kita tuan tuan hamba yg dimuliakan. Sebab ..kita pandai pandai menjalankan dakwah .. ikut selera kita .. ramai pasangan muslim bercerai berai hatta anak anak ustaz, ustazah pun terlibat sama. Kita kena ikut formula Allah .. kekasihnya ialah rasulullah s.a.w. Dengan kita meniru bulat bulat stail dakwah seperti rasulullah dan para para sahabatnya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali r.a. .. insya allah sinar cahaya islam akan mula terpancar dlm rumah tangga kita sendiri ..dan beransur anur terang ke dalam rumah tangga orang orang lain seluruh dunia. 4) how? korbankan masa , harta, wang ringgit , nyawa ..berjuang.. dlm medan dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Ganjarannya? syurga firdaus abadi abada. Insya allah. 1500 tahun yg lalu .. para para sahabat ..berjuang bermati-matian .. sebar dakwah .. hasilnya 3/4 dunia ditakluki oleh mereka. Sekarang benua india dan China ..ramai umat islam. Sedangkan .. kita berdakwah dalam Astro .. dan pendengar mendengar dakwah ..dlm rumah tangga berair cond , kerusi empuk .. sambil sambil makan buah kurma negara arab , kacang dari Sudan .. kita hanya angguk faham jer ..apa yg diperkatakan. Kefahaman itu tak akan dpt dijelmakan dalam bentuk amalan amalan yg membawa kpd turunnya taufiq dan hidayah Allah. Proof? Bukti? tengok sahaja ..cara anak anak muda kita berpakaian … tengok cara tidur bangun anak anak dara kita di rumah … stail ini .. adakah akan menarik kasih sayang Allah Taala ..ke dalam rumah tangga kita sendiri. Tidur lewat ..bangun pun lewat .. memasak tak reti .. semua masak memasak ibu yg lakukan ..sampai si ibu mati tergolek dlm dapur serba canggih .. hutang bank untuk dapur tak langsaikan lagi .. ayuh ..ayuh … tuan hamba .. berubahlah. Kita sama sama terjun dlm dunia dakwah .. tabligh .. kita pergi membawa .. mesej .. Allah Maha Kuasa ..makhluk tidak ada kuasa sedikit habuk pun .. tengok episod MH370 itu. Jika seluruh dunia membantu negara ini mencari bangkai kapalterbang itu tanpa izin Allah .. tak terjumpa pun apa apa .. kita kena membaiki tahap keimanan kita masing masing .. bila iman kita naik mencacang .. barulah ..Allah bantu kita di mana mana sahaja kita berada. Sekian. Yang baik Allah punya ..yg lemah itu semua kelemahan saya sendiri. Kita tak leh baiki tahap iman kita dgn mendengar syarahan agama dalam rumah sendiri. Itu bukan sunnah para para anbiya' alai his salam tus wasalam. Kita mesti berhijrah jauh jauh dari katil dan dakapan isteri tercinta, Ayuh tuan hamba. Sri Petaling please?
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2014/03/hebatnya-pencipta-agung-ini.html