Hidup biar cerdik
Salam.
Ada beza perkataan bijak dengan ‘cerdik’.
Dalam kelas matematik jika saya soal se orang pelajar ‘2 darab 5’ berapa Aman? Dia jawab 10. Maka dengan spontan saya ucapkan ‘BIJAK KAU aman’. Mengapa bijak? Kerana jawapannya tepat dan betul. Itu pun jika dia jawab dalam 2 saat selepas saya bertanya. Jika dia jawab 10 dalam tempoh masa 2 hari .. saya tak fikir saya akan kata dia bijak kerana .. penat menunggu dia proses kira-kira itu.
Kawan-kawan dia pun fed-up menunggu jawapan betul dalam masa 2 hari. Silap silap .. bijak sudah bertukar ‘bodoh’ oleh kawan kawan sedarjah dengannya.
Bagaimana pula dengan perkataan cerdik?
Adakah cerdik sama sifat dengan perkataan bijak?
- orang bijak itu ramai tetapi ada orang bijak yg merokok. Adakah merokok itu satu amalan yg bijak? Budak budak sekolah rendah darjah 3 pun akan berkata .. tak cerdik dio cikgu. Kenapa? Dia ‘bodoh’ cikgu .. kerana membakar duitnya sendiri. Tadi saya mintak duit dari ayah nak beli buku tulis .. belajar matematik ..dia kata ..tak ada pitih (syiling) ..tetapi sekejap selepas itu .. saya nampak dia menghisap rokok DunHill. Mari mana duit itu? .. tadi tak ada pitih. Sekarang dah bakar pitih. Banyak benar dia bakar pitih. Nak tidur dengan mak pun dia bakar pitih jugak. Sudah tentu ayah tak cerdik. Jatuh ke bodoh orang balasoh kato. ( itu ucapan org kelantan lah).
** orang bijak itu ramai sekeliling kita tetapi ada mereka tak cukup pitih. Bahkan se orang akauntan pun tak cukup pitih. Padahal .. dia selalu check akaun balance sheet orang debit dan kredit. Duit 1000 ringgit masuk , keluar 800 ringgit ..maka balance mestilah RM200. SEpanjang masa dia dok kira pitih orang , syarikat orang , .. tetapi dia tak khabar .. dia banyak hutang yg belum settle settle lagi. Adakah dia tak cerdik? Bijak akauntan ..tetapi tak cerdik dio ..kerana hutang sendiri tak leh uruskan dengan baik. Ada akauntan yg mati , dengan hutang bertimbun-timbun banyaknya. Bagaimana tu? kalau dia cerdik ..dia jago .. hidup dio ..jangan berhutang terlampau banyak sehinggakan ..isteri dan anak anak tak leh settle hutang dia dari sekarang sampai semua mereka dah mati pun. Ikut kitab-kitab lama org org wara' di wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan ..org berhutang .. tak leh masuk syurga. How? hutang 10 sen tak leh masuk syurga ..apa lagi dengan org hutang bank 3 - 4 juta RM. Pelik bukan?
*** negara kita pun ada ramai orang bijak pandai. Bukan setakat mereka gi belajar di negara ini tetapi ada juga .. ramai yg bergraduat dari Harvard, Oxford , cambridge, Tokyo dan Hong Kong. Tetapi hutang negara mungkin sudah mencapai 0.3 trilion ringgit. Macam mana itu ? Hutang berlaku bila export kito ke luar negara tak leh menampung kos barangan-barangan import ke dalam negara kita Malaysia. Orang pandai ekonomik, akauntansi, komputer, matematik, biologi, fizik, .. , gapo dio lagi .. di Malaysia ini, tak beri ke nasihat ko kat ketua kito tu? .. sampaikan hutang negara sudah terlalu banyak nak kiro. Ini ilmu matematik yg mudah lah. Bukan matematik. Ilmu kira-kira. Ilmu Hisab jari jari manis kito tok nenek kito dalam kelas zaman dahulu kala. Mu ada RM1 bilion belanja kurang dari 1 bilion sudah tentu kita semua ..bahagia. So pendek kata .. bijak tak sama dengan cerdik. Orang cerdik ialah orang yg tahu menguruskan dirinya sendiri mengikut ajaran kitab agama dari ustaz-ustaz lillah hi taala punya. Jangan sampai ah long dan company dio cari kita siang dan malam. Bila itu berlaku .. kencing pun tak terasa kencing. Silap silap kita kencing berdarah. Why? tak lena tidur sejak dahulu lagi. He..he..
Gitu lah kelas matematik saya. Simple tapi .. orang pandai sure payah nak faham. Yang boleh faham ialah orang orang cerdik sahaja. Cerdik itu kurniaan Allah. Bukan gitu kah anak anak murid ku sekalian?
Wallahu aklam. Yang bagus dari Allah .. dan yang tak bunyi cerdik ..itu .. kelemahan saya sendiri.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2012/04/hidup-biar-cerdik.html