Hidup dan mati di tangan Allah
Salam
Semalam saya mendapat berita teramat sedih. Suami pada bekas pelajar terbaik saya meninggal dunia kerana serangan jantung. Tiba-tiba..
baru jer kita umat islam seronok berhari raya.
Al Fatihah.
- Betullah orang alim kata ..hidup dan mati kita semua di tangan Allah.
Kita tak leh lari dari qada' dan qadar Allah.
Allah memberikan kita rezeki ..dan Allah akan menamatkan kita pada bila bila masa.
Apa yg kita boleh buat ialah : mantapkan keimanan kita , tambahkan amalan amalan kita dan .. beristighfarlah banyak banyak ..taubat pun kena jika kita telah melakukan dosa dosa besar seperti
2.1 berzina
2.2 menipu hak orang
2.3 merompak hak orang
2.4 membunuh
2.5 menciptakan fitnah untuk menjatuhkan maruah seseorang
dan lain-lain lagi.
Jika bertaubat .. pasang niat sungguh sungguh ..tak akan buat lagi maksiat tersebut mulai hari ini.
- oh yer ..arwah muda lagi. Berumur 30’an .. tetapi mati ini ..tak mengenal tua dan muda. Kadang kadang yg sihat pun ..tuhan ambik terlebih dahulu dari si sakit. Tengok saja lah .. di USM Hospital. Si sakit terbaring sejak dulu lagi ..tetapi tukang jaganya sudah pun mati kerana kemalangan, serangan jantung dan mcm mcm lagi. Mati tetap datang .. tanpa kita menduganya sedikit pun.
Oleh itu ..marilah kita mengingati Allah banyak banyak ..lagi pun hari ni ..Hari Jumaat yg mulia.
Perbanyakkan salawat kpd junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w
Al Fatihah
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/07/hidup-dan-mati-di-tangan-allah.html