Hidup ini kena banyak bersabar


Update terakhir:

Salam

Sempena ..ketibaan bulan Ramadhan yg mubarak ..  elok saya menulis untuk diri sendiri dan ..  pelajar pelajar saya ..  mengapa kita perlu bersabar banyak banyak ..  bila berhadapan dgn bulan ramadhan.

(1)  waktu makan

Waktu makan .. sudah berlainan .. jika dibandingkan dengan bulan bulan yg lain.  Berbuka puasa jam 0730 ptg dan bersahur jam 0500pagi.  Selalunya ..  kita makan malam jam 0800 mlm dan bersarapan jam 0700 pagi sebelum ke universiti.

Bila ini berlaku ..  perut akan terkejut maklumlah ..sepanjang hari kita tak makan minum apa apa.

(2)  waktu belajar

Waktu belajar pun kita ..kena buat sedikit ubah suai di sana sini.  Dulu .. kita study jam 1000 malam - 300 pagi.  Lepas itu kita tidur dan bangun solat subuh jam 0600 pagi dan terus ke kuliah jam 0800 pagi untuk tidur dan aktiviti seterusnya.

Bila ini berlaku ..  mungkin .. otak kita kena buat ubah suai di sana sini.   Maklumlah .. kita buat amalan sunnat sembahyang terawih 23 rakaat (bercampur witir) dan .. banyaklah tenaga muda kita .. kita gunakan untuk memeriahkan ‘masjid rumah Allah ' setahun sekali.  Tahap iman dan tenaga kita cukup tinggi pada masa ini bersekali dengan bacaan Al Quraan tak putus putus sejak berbukak puasa hinggalah .. sembahyang .. terawih tersebut.

Tetapi kita kena ingat ..simpan sikit tenaga muda mu itu untuk study .. bang/ kakak.  Tak leh lawan dgn orang kampung .. kerana mereka bukan belajar engineering dan IT pun.  Kalau kita lawan juga ..dgn orang kampung beribadat .. bila habis tenaga ..  kita cepat tidur bila mengadap buku, tutorial dan assignments.  Susah nanti.  Bersabarlah!

(3)  waktu memandu motosikal dan kenderaan lain

Ramai kita terlibat dengan kemalangan pada musim puasa.  Maklumlah . ada penunggang motor .. enjin motor berjalan ..tetapi mata dia 50% pejam.  Oleh itu ..ada motosikal .. masuk di bawah perut lori , longkang dan sebagainya.

So bersabarlah ..  jangan bawak motor , kereta ..jika mata terlampau mengantuk .  Membahayakan diri sendiri.  Kita berkeadaan begini .. bila .. waktu tidur dan makan kita .. terganggu kerana suruhan TUhan Robbul Alameen.

Kita kena bersabar banyak banyak bila membawa kenderaan ke universiti, politeknik dan sekolah jam 0730 - 0800 pagi.  Semua orang nak bergegas sampai ke opis untuk sambung tidur kot.  

(4)  cabaran seorang ibu/ wanita islam

Waktu puasa .. kaum wanitalah .. yg paling banyak buat pahala.  Kenapa tidak .. dia uruskan makanan makanan untuk berbuka dan bersahur keluarganya.  Ada ramai kalangan hawa ..memasak sendiri untuk berjimat cermat maklumlah .. langsir nak tukar baru,  kusyen nak tukar baru, kereta MYVI nak tukar juga .. so ..sabar sabar ..kita kena masak sendiri sepanjang .. bulan ramadhan ini.  Kira kira dengan memasak sendiri ..ada keluarga bahagia sudah berjimat sebanyak RM2000 … untuk diserahkan kpd .. mamak karpet, SINGER, COURT MAMMOTH , PERODUA ..  2 3 hari sebelum masuk bulan Syawal dan lagu lagu raya ..   cukup ke tu?

Waktu puasa ..  ibu kena kejut abah/ ayah.  Kena kejut dengan romantik sedikit kerana ..  mamat itu habis tenaga dah ..  bersolat terawih dan berlepak kat kedai mamak .. sepanjang malam itu jam 1200 - 0400 pagi tadi.  Orang sepatutnya ..  membaca Al Quraan banyak banyak ..dan berzikir .. mintak ampun dgn tuhan ..dosa dosa yg telah dilakukan sengaja atau tak sengaja ..  di luar bulan ramadhan ..

Ada famili bergaduh dan bermasam muka kerana ..

tersalah cara mengejut .. si ayah
tersalah cara mengejut ..si ayah untuk bersahur

dan .. ibu tak kejut kejut siapa siapa ..kerana dia pun penat ..  dan terbangun jam 0730 pagi.

So sehari selepas itu ..  bekerja .. di opis tanpa .. bersahurlah.  Penat .. tetapi kita kena sabar banyak banyak ibu dan ayah.  Sabar itu separuh dari iman.

Ada famili ..bercerai berai ..kerana kes kes makan minum bulan puasa ..  maklumlah ..  temperament (tahap bertimbang rasa , kasih sayang)  si ayah .. bukan masuk piawai sirim pun ..  selalu cepat panas baran jer.  Silap sikit pukul si isterinya dan ada yg setengah zalim … sepak isteri nya.  Dasyat makhluk haiwan  bertopengkan manusia ini.  Ingat Rasullullah s.a.w pernah bersabda .. “..sebaik baik kamu ialah .. se se orang yg melayan isterinya setiap haridgn baik dan bertimbang rasa.  Tak ada manusia lg sebaik Rasulullah s.a.w. untuk kita sama sama contohi di dunia ini sama ada bulan puasa ataupun tidak.

Sekian dulu.  Buatlah renungan bersama-sama. Hidup kena berpakat pakat dgn baik agar semua berharmoni dan berjalan dgn aman bahagia.

Bulan puasa sepatutnya ..banyakkan sabar bukan bergaduh .. bercerai berai dan ada yg mati kerana ter-accident tak cukup tidur atas jalan raya besar dan jalan kampung.

Kasihan./…  al fatihah.

Bersabarlah  jgn gopoh gapah.

Sekian.

Wallahu hu aklam. ..  bis sawab.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/hidup-ini-kena-banyak-bersabar.html