Hidup kena banyak bersabar
Salam.
hari ni …saya pergi ke bank. nak tukar duit USD100 ke dalam bentuk RM. Sampai bank jam 1250 minit thari. Ingat semua bank sentiasa bukak opisnya waktu lunch ataupun tidak tetapi kali ini .. seksyen FOREX Break lunch jam 100 hingga 200.
Tungu punya tunggu .. kerani FOREX datang jam 236 ptg. Alahhh.. kenapa jadi begini hah? Tengok pada tuannya nampak baru sapu bedak kat muka dia. Catik bertudung kuning. tak kata maaf pun kat kita yang dah lama menunggu dia. Mesti baru lepas sembahyang zohor dan macam-macam ini. Isunya kenapa bukak lewat opis FOREX ini? Kan dah tulis .. jam 100 hingga 200 jer waktu lunch?
Saya rasa ramai orang di kalangan kita akan menggunakan alasan agama sebagai sebab mengapa dia lambat dan berbagai-bagai lagi. Contoh: students saya jika pada bulan puasa Ramadhan yang mulia . kelas tak dapat dimulakan dengan jam 0800 pagi. Mengapa? drebar van tak ready lagi lah.. students bangun lewat lah ke kuliah lah .. technician mari lewat untuk set up alat-alat komputer dan OHP dan bermacam2 lagi. Ada staf datang lewat kerana menghantar isteri dan anak-anak ke sekolah dan .. macam-macam lagi lah. Sakit hati jika menunggu mereka begitu lama di counter counter perkhidmatan jika kita lihat senario ini. Itu baru bahagian students di universiti. Belum lagi .. bahagian bahagian lain. Satu lagi kes ..ceramah agama .. mana ada ceramah start tepat pada waktunya. Ada sahaja yang lewat. Jika Pak Mufti yang tak lewat ..penceramah jemputan dari Putrajaya pulak yang lewat. Wak hasilnya lambat ini sudah sebati dgn kehebatan hidup org2 kita islam.
Saya rasa .. (maaf) .. kita tak yah pakai jam lah. Kita ikut terik atau tidak cahaya matahari di atas kepala kita masing-masing. Jika terasa sangat panasnya .mungkin dah jam 1200 tengah hari. If banyak redup dan nampak banyak bayang-bayang yang panjang ..mungkin dah melebihi asar jam 500 ptg. Begitulah adanya.
Sebagai penutup , saya rasa bersyukur jugak bekerja di Malaysia.. semua berjalan ikut sedap kita jer. Markah exam di sekolah sekolah pun payah jugak Pengetua nak aturkan ..bila nak umumkan result akhir tahun kat anak-anak dan ibu bapa masing-masing. Ada saja ..guru-guru yang lewat .. menanda kertas jawapan students dan berbagai-bagai lagi. Betul kata arwah kawan saya Allaharyam Prof Madya Dr Ad Ghani Kamaruddin UM “..if i were born a hindu .. i do not see any beauty behind the life of muslims in malaysia or any other places on this earth… here is no urgency of us doing anything ..Can you argue this statement my readers?”
TQ. Jom kita fikir-fikirkan lah. wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/07/hidup-kena-banyak-bersabar.html