Hikmah @ wisdom


Update terakhir:

Salam

Semalam semasa memandu , kami mendengar tazkirah dari IKIM pasal hikmah dari seorang ustazah.

Dia ada menyebut mengenai doa seorang Nabi  iaitu Ibrahim a.s. 

doanya bermaksud O Allah berikan aku ilmu/hikmah dan masukkan aku dalam golongan orang yang solehin (orang baik baik beriman).

Rujuk Surah AZ Syu’ara'  ayat 83 - 85.

Pagi ni dalam Watapps .. kalangan murid murid tua TMS 1969-1974
aku bertanya rakan rakan apakah makna ‘hikmah’?

Ada memberi jawapan .. tetapi mereka memberi contoh kehidupan mereka sahaja.

Oleh itu apakah maksud hikmah?  Nak rujuk Kamus Dewan tak? malasnya…

Dalam tazkirah IKIM , ustazah yang mulia itu ada bercakap bahawa
hikmah itu adalah ilmu.

Aku?
Entahlah.


Apa yang aku tahu ..orang melayu selalu berpesan kpd aku ..
jangan lawan kata orang orang tua.

Kerana  orang tua bila berbuat sesuatu ..mereka ada hikmah melalui pengalaman hidup.  Kerana ilmu itu adalah koleksi pengalaman hidup kita satu masyarakat bersama sama.


Dalam dakwah di Montreal , Canada
aku sempat mendengar brother Abil (asalnya Pakistan maghi  tetapi menjadi rakyat Kanada sudah  )  berdakwah
dia menyebut
" jangan kau ingat sesuatu yang kau suka itu ..cukup bagus untuk mu
sedangkan dalam kebagusan itu ada terkandung ketidakbaikan perkara tersebut.

Begitu juga perkara yang kau tak suka,

jangan kau ingat Sesutu itu tak bagus untuk mu hari ini .. sedangkan benda itu jugalah terkandung di dalamnya seribu satu macam kebaikan untukmu di hari hari muka."

Oh cukup berfalsafah sekali brother Abil di satu surau moden di Montreal Canada tahun 1979.

Aku mengambil masa yang lama ..
memikirr ayat ayat dari bro Abil tersebut sewaktu aku terbang pulang dari dakwah 2 bulan di Kanada dari Markaz Dewsbury, Yorkshire, England.  Waktu itu aku masih menuntut pengajian S1 (degree) di Leeds, England.  Waktu cuti summerlah itu.  Syukur ..dapat juga aku gunakan masa mudaku untuk tujuan terbesar ..dakwah fil islam tabligh di Montreal, Cambridge dan Univ Mc Gill. 


Summary/ Rumusan:
dalam kebaikan ..terkandung satu muslihat yang merosakkan.

dalam keburukan sesuatu ..terkandung banyak kebaikan untuk mu ..jika engkau mengetahui nya satu hari nanti.


Betul ka?

Jom kita lihat zaman sekarang anak anak muda bermain gadget / handset

mereka leka banyak perkara.  Antaranya:

  1. solat mereka
    2)  pengajian agama mereka ( Al Quraan & Al Hadith)
    3)  akhlak mereka bila bersama dengan ibu ayah tercinta
  2. akhlak mereka bila bersama dengan sanak saudara di hari Raya Aidil Fitri yg mulia
  3. budi bicara mereka
    6)  sikap mereka
    7)  bangun lewat; tak mandi wajib lagi ; baru habis tempoh haid tetapi mandinya esok esok esok ..  cuai dalam aktivitas agama berpusatkan Allah Yang Maha Esa dan macam macam lagi

Sekarang orang tua banyak memberi hadiah melampau lampau kpd anak anak nya.
Tak perform exam pun ada hadiah.
Tak berpuasa cukup 30 hari pun ada hadiah.
Tak pergi ziarah di pusara nenek pun ada yang dapat hadiah.
Akibat kemewahan .. anak sanggup buat video lucah di Amerika ..adaker patut?
The biggest hadiah ..naik Form 6 ..dihadiahkan Proton Exora Gold.
Satu hari ..si budak itu membawa kawan kawan nya bersiar siar waktu malam/pagi di Lembah Klang

apa jadi?
senang jer.
Mereka berjumpa kemalangan ngeri.  Semua mati di tempat kejadian.  Dalam keseronokan (kebaikan berkereta EXORA)  terdapat satu tragedy (kejahatan).  Itulah wisdom/ hikmah
yang terkandung dalam peristiwa tersebut.

2)  aku dapat tawaran bekerja di PERNAS EDAR 1983.  Gaji engineer computer hari itu RM1800 tak termasuk elaun elaun lain tetapi aku  tetap kekal belajar Diploma Perguruan di Pulau PInang.  Ikut kata ayah katakan!

Selepas 30 tahun ..  aku dapat anak semuanya  ngaji elok elok  di university dalam keadaan aman dan selesa.

Sedangkan rakan karibku yang menniggalkan kursus Dip Edu dan mengambil tawaran PERNAS EDAR

dari jauh aku terdengar ..dia telah berpindah randah lebih dari 15 kali atas maksud bertugas demi PERNAS yag tercinta.  Kasihan mereka. Kasihan anak anak mereka .. sekejap belajaar di Kedah/ sekejap masa lain mereka berpindah semula ke Trengganu sana.  Mana stabil otak anak anak jika begitu ..bukan?

Sekian.
Renungkanlah ..  apa maksud yang tersurat dan tersirat dalam qada' dan qadar Allah pada diri kita masing masing.  Tidak ada jawapan .. hanya tuan /puan sahaja lah yang mengetahui hikmah terjadi sesuatu itu ..secara pantas atau perlahan.  Jangan lupa sebutlah Alhamdulilah banyak banyak .. ini zikir kita pada Allah.

Wallahu aklam bis sawabbb.
Al Fatihah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/hikmah-wisdom.html