home stay
Salam
Sekarang ramai kalangan kita berstatus mewah. Suami isteri semua bergaji. SUAMI 2 3 jenis kerja, isteri bukak pusat tadika. Pitih belana. Oleh yang demikian,
Jika ke mana mana, kita mahu home stay atau hotel sahaja.
Tak payah ganggu sesiapa.
Faedah home stay dan hotel adalah
- Kita control bangun tido kita dan anak anak
- Makan minum pun ikut selera kitalah
- Solat? No problem kita buat dalam keadaan senyap tapi selesa.
Tetapi jika ada saudara mara di kawasan itu
Mungkin ..dia fikir lain, lain dan lain lain.
Terutama jika pak ngah dan mak uteh masih ada.
payah payah jika main dgn hati orang tua tua kita.
Fikir mereka mungkin
- Tak sudi kah kau datang ke sini bawak anok bini mu itu?
Pondok buruk kah ini? - Mesti kau dah kaya ni ..
Kami yg miskin .. kau tolak ke tepi norh.
makanan kampung kami ..tak best lah ni.
he..he..he..
1 malam home stay baru rm200
ada tu tak sampai rm100 pun 1 malam. Bilik pun banyak.
Dulu musim payah tahun 1970 hingga 2000
bila menumpang rumah saudara di Merbuk, Kedah
jam 300 pg tuan rumah dah bangun.
buat apa?
tumbuk sambal, ada batu lesung dan batu giling
buat nasi lemak. Bising sikit lah.
tandas tak cukup.
sebuah belakang rumah dia pulak tu ..
dekat pinggir hutan ada jamban
payah payah jika anak dara nak g kencing atau pu pu
ada hantu ka?
ada jembalang dlm tandas ka
ada ular bah
tandas tak terang .. bulb lampu ..ada rosak lah
bising
nak tidor pun payah. Nyamuk ada abah. Banyak helikopter ni ..sial.
jika rumah pak ngah banyak bilik ok lah
tetapi kalau tak ada ..payah kan?
bini aku .. baca banyak dan ikut orang arqam dulu
semua aurat bah
selak kain sikit susah
selak kain banyak ..lagi lah dia bising. Lagi pun dia dari negeri di bawah bayu sedangkan aku orang selalu dilanda banjir (bah). Stail kami ada sedikit lain.
ha..ha..ha
ditelan pahit dibuang sayang.
pandai pandailah.
keburukan jika selalu berlakon sebagai penginap hotel
- Anak anak bini kurang kenal saudara mara di sebelah kitalah,
- Bila kita mati kes kapal terbang jatuh dekat vietnam ke,
anak anak akan membawa diri mereka sendiri.
orang kampung payah dah sukar nak mesra mesra dengan mereka. - Kita bina kasta sendiri sektor Brahmin lawan sektor Pariaa
- Kadang kadang budaya maksiat subur bila ada homestay atau hotel2 ni.
mana ada tuan rumah tanya benda berikut:
tengok jap surat nikah kalian?
Kamu ni laki bini yang sah ke?
kau tua 60 tahun, pompuan ni baru 29 ni?
mereka fikir duit masuk cuti sekolah ini..
duit jgn ditolak.
pahala dosa ..itu urusan orang di langit.
betul tak?
jom renung sekejap. Adakah kita membawa anak bini ke syurga atau sekadar ke neraka sahaja?
tahap keimanan dan ketakwaan kitalah yang memisahkan
halal dan haram ini.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/02/home-stay.html