Hujan turun
Lebat hujan hari ni. Tanda ada orang memerlukan hujan .. mungkin untuk tanam-tanamannya. Pekebun memerlukan hujan .. supaya ladangnya menjadi. Bayangkan ladangnya dipenuhi dengan tanaman-tanaman menghijau sejauh mata memandang. Betapa gembiranya.
-
Jika dibiarkan nanti pada satu masa dipanggil musim menuai .. banyaklah hasil kebunnya .. dapat dihantarkan ke pekan, dapat pasarkan , .. dan dapat duitlah dia. Dengan hujan.. allah datangkan duit. Syukurlah.
-
Begitu juga kita sebagai seorang pelajar. Kita memerlukan stamina untuk belajar, membaca nota dan .. fikir mencari penyelesaian .. problem solving.. dan nanti bila habis belajar .. duit dtang kepada kita melalui pekerjaan. Tuhan menurunkan idea kepada kita dan stamina kepada kita seperti tuhan turunkan hujan kepada pohon dan tanaman-tanaman di ladang untuk memberi rezki kepada sipetani/ pekebun/ dan lain-lain lagi. bayangkan jika tuhan tidak turunkan hujan ini untuk manusia dan makhluk2nya yang lain termasuk pohon dan tanam-tanaman di merata-rata dunia ini. Bayangkan jika tuhan tidak memberi idea, stamina untuk kita berjuang di dalam dunia universiti. Ke mana kita mahu cari ini semua? Sebab itulah kita perlu mohon dari tuhan hujan, hujan n hujan. Hujan di sini adalah metafor (bayangan)untuk sesuatu target yg kita cari. Target di sini ialah hasil ladang atau hasil pengajian degree, masters dan phd. Kita memerlukan Allah sepanjang masa.
Mengapa? Dari Allah datangnya hujan. Sila rujuk ayat-ayat terakhir Surah Al Mulk di mana Allah mencabar makhluknya mendatangkan hujan, menciptakan air, air mani, sumber kehidupan .. air mani pun ada komposisi air .. sumber kehidupan .. jika kau mampu berbuat demikian. Betapa besarnya kekuasaan Allah. Ayuh patuhlah kepada nya sahaja. Selamat.
Sekian.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/04/hujan-turun.html