Hujung minggu dengan cucu-cucu kami


Update terakhir:

Salam. Saya mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu ini dengan melawat cucu-cucu kami di J. Bharu selama 24 jam. Melepaskan rindu kata orang. Mungkin bila atuk dan nenek berjumpa cucu-cucu nya, tension mengajar pelajar-pelajar univ dapat dikurangkan ketahap paling minima. Insya allah. Tetapi saya ada pasang niat juga iaitu pada petang sabtu, saya akan menghadhirkan diri ke markaz dakwah di Batu Pahat, Jln Limpoon. Ada majlis fikir iman dan amal. Muga-muga Allah memberikan saya hidayat dan taufik untuk mengamalkan agama dalam tempoh masa .. saki baki kehidupan saya. Saya rasa … tempoh hidup tidak berapa lama lagi dah. Maklumlah dalam zone 50 ~ 60 tahun. Banyak dah tuhan memberikan peluang untuk kita membina kehidupan agar diredhai oleh NYA. Dijemput semua. Jam 0600 ptg ~ 1000 mlm. Kita sama-sama kurban masa , harta, jiwa raga untuk menaikkan syiar agama islam kita. Insya allah. Sekian. Didoakan kalian sihat dan berbahagia. Ameen.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2011/04/hujung-minggu-dengan-cucu-cucu-kami.html