Ibu dan anak-anaknya


Update terakhir:

Salam

Dalam hidup ini, semua kita berasal dari perut ibu.  Bila kita keluar dari perutnya, kita dipermudahkan dengan sajian susu asli terkhasiat sekali dari bekalan ibu dengan izin Allah Taala.

dari sehari ke sehari, kita menghisap susu segar ibu.
Ibu melayan kita tak kenal waktu.  Semua kehendak kita, ibu akan layan .. tak kira dia cukup tidur atau pun tidak.  Semua emak buat untuk kita atas prinsip kasih sayang tidak berbelah bahagi.

Jika, emak tak larat menyusukan kita, ayah akan ke kedai .. beli susu alternatif seperti susu tepung yg banyak bahan-bahan kimia.  Hari demi hari , bekalan susu kita adalah dari 2 punca.  Satu ORI dan satu bukan ori lagi.  Tak kesah, mulut kita sebagai bayi sentiasa terbukak .. mintak susu ..sambil menangis atau pun tidak.  Kadang-kadang buah d*da emak FOC orang lain dapat tengok ..  why?  nak susukan kita.  kasihanilah emak kita.  Kadangkadang tubuh emak tak segemuk mana ..tetapi bekalan susu penuh khasiat tak habis habis juga.  Kadang-kadang ada ibu badannya besar tetapi ..  susu tak ada.  Kadang-kadang susunya pahit mungkin..  tak sedap .. untuk bayinya seorang .  Why?  ini semua kerja tuhan.

  1.  Bila dah besar, kita masuk sekolah, kolej, politeknik dan universiti.  Alhamdulilah, kita dapat kerja di sektor kerajaan/ sektor/ usahawan berjaya.  Sebagai anak ..  sepatutnya kita menghargai jasa ibu dan ayah kita itu.  Tanpa mereka , siapalah kita bukan?

kita pandai pun..  adalah berpunca dari susu ORI ibu.  Kalau tak ori , ayah pun mengambil peranan beli susu tepung dan ..puting susu.  Eloklah kita menghargai jasa jasa mereka dengan :

2.1  bina rumah untuk mereka
2.2  hantar elaun bulanan untuk mereka. Tak banyak tak apa .. hantar apa apa yg mampu oleh kita nor?
2.3 hantar mereka ke Mekah/ Madinah ..naik haji
2.4  melawat mereka waktu cuti
2.5  mendoakan kesejahteraan mereka siang dan malam atau
2.6  menelefon menanya khabar mereka.  Kasihan mereka tau?  Dah3 hari tak makan (iklan TV1,2)


Saya perhatikan orang orang yg menjaga hal ehwal ibu bapa mereka bersungguh-sungguh, rezeki mereka cukuplah luas.  Cepat naik pangkat dan rumah tangga mereka cukuplah aman.  Anak anak isteri hormat kpd ketua keluarga walaupun ketua kelaurga tak ada degree, masters, Ph.D.

Lain pulak dgn orang orang yg semi-semi jaga hal ehwal ibu bapa mereka.  Banyak rezeki tuhan hanya semi-semi  jugak datang .  Orang lain naik pangkat ..  awal awal kerjaya pun dah rasa naik pangkat.  Kita yang semi semi dan miss miss jagaan mak ayah ini .. dekat dekat nak pencen .. barulah merasa kenaikan pangkat itu dan ini.  Itu pun nasib baik ..belas ikhsan tuhan kpd kita kerana sifat ‘semi-semi, quarter, a sixth, an eigth,  dan lain lain peratusan semakin kecil-kecilan’.  Ada kalangan kita langsung tak peduli mak ayah mereka.  Tak patut kawan?

Satu hari saya terlihat ibu kucing di depan rumah saya.  Dalam keadaan hujan lebat dan petir kilat sambung menyambung …  saya perhatikan ibu kucing cekap mengatur langkah .. menyelamatkan anak anaknya ..   bernama anak kuching ..  . Bulu badannya habis basah ..mengigil dan mengeletar kesejukan ibu kuching ini di hadapan mata saya ..  why?  kasih sayang ibu kuching kpd anak anaknya.  Takada kelas motivasi , tak ada ustaz ASTRO mengajarnya buat itu dan ini.  Semua dia buat di depan mata saya. ikhsan Allah kpdsaya ..dipertontonkan khas untuk saya yg ada otak dan perasaan.  Why?  kasih sayangnya kpd anak anak penuh kotak di depan rumah saya.  Aduhai.. banyak benda aku belajar hari itu.

Apatah lagi .  .. ibu kita.  Ibu banyak dah bersusah payah untuk kita.  Setelah mengalami .. pengalaman membesarkan anak anak seramai 6 orang .. saya dah lihat betapa tak mampunya seorang bayi untuk mengelak bahaya seperti serangan nyamuk atau gigitan semut hitam, merah, gatal dan lainlain.  Semua dijaga oleh ibu ayah kita kerana ..  ikhsan Allah mencampakkan rasa kasih kepada kita .. sebagai anak anaknya.  Hasil jagaan mereka , kita dah berjaya menjadi profesor, YB YB BN, YB YB PKR,  dan macam macam lagi jawatan.  KIta dah terbang ke luar negara, kerja tinggi tinggi di petronas tower , KL Suria, KLIA..  aghhh..tanpa khidmat ibu ayah ,  besar kemungkinan kita sudah lama mati.

Sekarang ada orang tergamak membunuh dan membuang anak anak mereka sendiri sesuka hati.  Bila melakukan perkara itu  sifat tersebut jauh lebih buruk/ dasyat  dari  se ekor kuching / anjing/ harimau/ lembu/ kerbau ..  macam macam.  Marilah kita jaga anak anak kita baik baik .. dan jaga mak ayah kita yg semakin tua ini.  Jangan kita berkira sangat .. bila membelanjakan wang lebih lebih sedikit untuk mak ayah kita kerana dahulu pun .. depa tak kira mengira pun tempoh masa berjaga malam berhari hari .. merawat kita sakit siang dan malam.  Ada masa itu, dia tak sempat pakai bra bre ..pun dia bawak kita ke klinik putra di tengah tengah malam.  Waktu kita ke universiti, susah payah mereka mengikat perut ..mencari wang RM1000 - RM2000 untuk buat kita belanja di semester 1,2 , tahun 1 ,2 .  di IPTA/IPTS dan macam macam lagi.

Hargailah pengorbanan mereka sayangku.  Walaupun depa tak tahu calculus, discrete matematik, statistik, undang-undang, OOP, OS, fluid mechanic, numerical methods, simulation, simplex method, pemasaran international, programming, balance sheet debit credit   dan macam macam ..  ketumbukan ilmu .. mereka tetap ayah ibu kita seorang.  Kalu kita terlantar kat hospital mereka jugalah  yg pertama meluru kat katil ward hospital itu tanpa dijemput apa apapun bertanya khabar dan merawat kita.  Bukan kawan kawan kita dari padang golf, BP Mall, universiti kita yg kita dok puja siang dan malam..  Tanpa ibu ayah, siapalah kita bukan?

Sekian.  Jangan lupa itu wahai kawan.  Sayangilah ibu ayah kita tanpa had sewaktu mereka masih ada di samping kita.  Sempena Hari Kurban ini ..elok eloklah calling calling mereka .. Tanya ..mak ayah nak apa  mak?  Kalau kau buat gitu ..sure Tuhan sayangkan kau anak.  kau tahu tak,?kasih sayang Allah kpd makhluknya 70 kali ganda kasih sayang mak ayah kpd engkau orang. Sebab itu Allah hantarkan nabi nabi dan rasul rasul kat manusia .. dia mahu kau masuk syurga.  Itu jer.
 
Saya sampaikan pesanan mereka jer memandangkan saya pun mempunyai  anak anak dan cucu cucu juga.  Tak ramai.  Sekali dgn menantu 13 orang. Alhamdulilah.  Syukur banyak-banyak wahai Allah Robul Alameen.

Wallahuu aklam bis sawabbb.  Al Fatihah.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/10/ibu-dan-anak-anaknya.html