Ibu misali
Salam
DUGAAN ibu sangatlah besar.
Waktu ibu muda, banyak masa terbuang. Melawa kan?
Bila dapat abang, satu hari terus khawin dan beranak satu demi satu.
Semalam saya membaca sejarah sirah anak Nabi Muhammad s.a.w.
Namanya Siti Fatimah Zahrah (r. anha).
Aku selak selak (belik belik ) buku tersebut.
Banyak sifat mulia Sayyiditina Siti Fatimah (. anha) ini.
Mula mula dia seorang orator. Tahu hukum hakam agama. Diberi peluang bercakap, percakapannya lancar dan kemas sekali - menunjukkan dia benar benar berilmu dan sangat faham selok belok agama kita yg suci.
Selain itu, dia zuhud. Tak banyak masa dihabiskan untuk memakai pakaian yg cantik cantik. Makan ala kadar sahaja. Kadang kadang makan. Kadang berlapar. Kehidupannya dgn Sayidina Ali r.an hu …susah. begitu juga anak anak mereka hasan dan hussein.
Bila susah, hati senang belajar agama. Macam macam ayat al Quraan boleh dihafalkan dengan mudah mudah.
Sayiditina Fatimah (r. anha) kuat beribadat di waktu malam. Selepas isya, dia merancang nak bangun tahajud dan baca Al Quraan sehingga subuh.
Satu hari dia merasa sangatlah penat. Maklumlah ..kara air telaga yg dalam dalam, pikul kayu api ..ternak kambing, peroh susu kambing ..
Penatlah dia. Oleh sebab dia anak Nabi ..maka dia datang berceritakan tentang tubuhnya yg sakit dan tapak tangan yg sangat keras dan kasaq kepada ayah tercintanya. Dia memohon seorang bibik. Pembantu. Tuan tahu ..apa berlaku selepas itu. Betul. Nabi Muhammad s.a.w tak gembira langsung mengenai perancangan ini …tetapi disebabkan sayang ..maka Nabi Muhammad s.a.w turunkan satu tasbih istimewa bergelar Tasbeeh Fatimah sebelum mu masuk tidur di waktu malam gelap gelita.
Apa itu? 33 kali subhanallah. 33 kali alhamdulilah dan 34 kali allahu akbar. Tiup ke atas tapak kedua dua tangan ..dan kasi sapu seluruh badan kecuali kawasan segi3 rahsia wanita mu itu. Insya allah hilanglah semua penat lelah mu itu ibu. Yakinlah dengan janji janji Allah. Tak yeh vitamin B dan C complex pun?
Satu lagi sifat mulianya ialah .. Siti Fatimah Zahrah r. anha suka memberi derma kpd org org yg susah seperti balu para para shahid dlm peperangan yg lepas lepas. Dia tak ada rantai dan gelang emas sewaktu dia terbaring sakit dan terus meninggalkan kita semua. Tidak ada papers pembankan dan saham dunia. Tidak ada aset property apa apa dari kawasan segi3 emas Kotaraya Mekah dan Madinah. Yang ada hanyalah satu …reda Allah, reda suami dan reda ayahandanya Rasulullah s.a.w. begitulah adik.
Puteri kesayangan Nabi ini ialah ..dia berani memasuki medan peperangan. Membantu ayah yg luka luka berat dan ringan disebabkan berperang.
Sayiditina Fatimah Zahrah meninggal dunia dikala umur 30 tahun sahaja. Walaupun umurnya pendek ..kesan peribadinya cukup agung.
Nah tengoklah ..peribadi ibu misali zaman dahulu. Buatlah ini sebagai teladan.
Buat perbandingan dgn org org zaman sekarang.
Kita penat bukan kerana beribadat. Maaf bu. Ramai penat kerana tak cukup tidur ..penat di opis, penat di jalan raya dan ..mcm mcm penat mata main cellphone, gadgets, aghhh ..mcm mcm kan?
Kita makan bnyk. Di rumah makan. Dlm meeting makan. Kedai kita makan. Hairannya ..tubuh kita tak sihat sihat juga.
Marilah kita betulkan sedikit kompas hidup ini. Bnykkan masa belajar agama dan cipta sendiri masa ini untuk tahajud, witir, zikirullah dan membaca al quraan bnyk bnyk hingga satu tahap opis mate kata kita gila (can?). Bila kita buat begini setiap hari, senang sikit kita didik anak anak kita pasal Tuhan dan nabi.
Betul kan?
Anak anak payah nak paham cerita syurga neraka, dosa dan pahala kerana kat rumah ..tidak ada contoh yg boleh digunapakai. Kasihan depa semua kan? Ibu solat lewat lewat waktu ..ayah solat depan TV di waktu World Cup hari itu.
Oleh itu, ayuh buatlah sesuatu. Jadi lah ibu dan ayah misali untuk ke destinasi bergelar syurga idaman kekal abadi.
Ambik iktibar dari 2 paragraf di atas pasal anak kesayangan Nabi Muhammad s.a.w dengan Sayiditina Siti Khadijah r. Anha ..isteri paling nabi sayang. O yes ..dengan Sayiditina Aisyah .. nabi tak leh anak.
Allahu Akbar. Tuhan itu Maha Kuasa.
Sekian. Wallahu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/ibu-misali.html