if young again


Update terakhir:

Salam

Orang tua .. if tanya .mesti mahu kelihatan muda lagi dan lagi.
Ada beberapa cara orang tua boleh kelihatan muda :

  1.  pakai serba baru setiap waktu

  2.  berkawan dengan orang orang muda seperti ikut bas sokong Selangor/ Kedah
    Kalau org muda panjat dawai berduri nak tengok bola,  atuk pun buat begitu juga

  3. kahwin dengan isteri jauh lebih muda dari umur atuk sendiri

  4.  fikir macam orang muda seperti ..main facebook, google itu dan ini dan macam macam lagi .. baca novel cinta khusus untuk warga universiti umur 18 - 25 tahun.

  5.  exercise lebih lebih sedikit seperti menaiki bukit dan bukau ; terjun sungai sana dan sini ; kayuh basikal 7 gear ..  wow ..mudalah awak ini

  6.  makan minum .. madu lebah, telur ayam 2 biji separuh masak, lada hitam, garam, habatus sodda , air halia, tongkat ali kali ini …

  7. ambik gambar, elok bergambar dgn geng muda muda. Nampak masih gagah je.

Bagus kan?


 Orng muda tak gemar menghampiri geng masjid kerana:

Mengapa?

  1.  geng masjid mesti bercakap ..kau tak ingat mati lagi Dol, hajah khatijohh?
  2.  geng masjid .. suka hadhir program ..ratip di rumah si mati .. berwirid itu dan ini
  3. geng masjid .. selalu berwajah tua sedangkan mereka tidaklah setua mana pun ..tetapi berlakon macam orang tua yg sudah berputus asa. Wajah sedih ..  banyak cerita sedih ..  banjirlah, hilang semua harta benda dia lah ,  semua harta sudah hanyut di bawa arus dan ..  pendek kata .. tak seronok bercakap dengan org org begini
  4. geng masjid ..bercakap hanya solat, al quraan, solat, ada orang mati , pegang buku .. semua pasal agama sahaja berceritakan tentang sejarah nabi , sahabat nabi , isteri nabi Khatidah r,anha , Aisyah r. anha , musuh nabi Abu Jahal , Abu Lahab .. dan al kesah org ahli syurga dan ahli neraka.
    Istilah mereka .. tertumpu kepada syurga, neraka, amal dunia dan amal akhirat .. mereka ini selalu menangis ..berdoa siit pun menangis; doa banyak banyak pun mereka menangis ; dosa apa lah mereka warga tua-tua ini?
  5. purata umur org masjid 50 - 60 tahun; baru jer pencen dari perkhidmatan kerajaan atau industri
  6. ada sesetengah org masjid .bawa kerusi ..  tak leh berdiri solat lama lama punya pasal .. kadang kadang mata jadi gelap
  7.  orang masjid berjalan tak pantas ..  tanda mereka dah tua
  8. jika khatib ..org org tua .. baca teks khutbah pun ..tak leh sebut .. konvension, konvokesyen, selibriti, universiti, PTPTN, BRIM, 1MDB.  Waktu khutbah .. teks patut selesai baca 10 minit .. dilanjutkan 25 minit ..maklumlah bacaan itu tersangkut sangkut ..gagap ..
  9. kadang kadang orang masjid nampak muda sikit kerana ..gigi mereka plastik ..
  10. aduhai ..nasib..warga tua banyak penyakit ..darah tinggi, jantung , kencing tak smooth, buasir, kencing manis, sakit pinggang, sakit fasa 2,3 dan 4 ..

Dirumuskan .. dunia ini ada 2 pasukan sahaja.

Pilihlah yang mana anda mahukan.
Camp pertama atau camp kedua.

Saya duduk antara dua. Waktu pagi ..saya baca akhbar di kedai kopi, tengah hari baca baca di universiti library dan .. waktu malam .. tadah sedikit telinga ..dengar orang mengajar.  Balance sikit hidup ku ini.  Jangan ikut sangat perasaan.  Jangan bersedih.  Kita bukan berhutang banyak pun .. sedangkan negara ini berhutang RM600 bilion .. tengok!

org cekap ..tak lah berhutang sebegini banyak .. orang lembab jer ..  yg tak tahu .. baca hutang semakin melarat. He..he..he..

Sekian.  Fikir fikirkanlah.

Wallahu aklam .

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/12/if-young-again.html