Ikan pulang ke lubuk
Salam
Alhamdulilah .. saya sudah pulang ke tempat bertugas. hari itu saya di UNITEN.. ada meeting dgn org org Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM .. politeknik. Seronok dapat berjumpa lagi dgn rakan rakan lama dari Politeknik Kota Bharu , Politeknik Kuala Terengganu, Poli Dungun dan .. dapat berkenalan dgn lecturers maths yg muda muda .. dari banyak politeknik seluruh negara. Rasa muda sekali lagi lah . ikan pulang ke lubuk , katakan …. He..he.. tiga politeknik premier akan menjalan kursus ijazah teknologi kejuruteraan lah .. insya allah Sept 2013.
- Esok , saya plan nak mengajar statistik di tempat universiti saya ini tetapi .. banyak benda kalkulus yg akan dipersembahkan kerana probability density function p.d.f melibatkan integration.
Kena banyak bersabar kerana .. students saya bukan macam students Cambridge dan Harvard. He..he..
why? mereka bukan berkulit putih, mata biru dan rambut bukan blond. He..he..
tetapi sebagai guru ..kita kena menerima pelajar-pelajar ini se ada-adanya kerana tanpa mereka ..
sudah tentu kami tidak akan berada di tempat ini. Betul tak?
he..he..
- Dari titik ini .. kita bersama sama memberi ilmu dan berbincang pasal ilmu semuga .. rakyat Malaysia, Yaman, Pakistan, India, Indonesia , Nigeria ..dapat terus maju kehadapan setanding dgn negara negara lain di bawah naungan rahmat Allah Taala.
Ilmu ini .. walau banyak mana pun .. tidak leh lawan ilmu Allah .. walaupun tempat saya sudah ada 200 orang yg memegang skrol Ph.D sekali pun.
Lagi pun ..ilmu yg kita ada ..tidak akan bertahan lama ..terutama ilmu I.T. Sekarang Java terlalu famous ..tetapi lambat laun .. software itu akan diganti dgn benda baru yg lebih hebat. So org org yg cari makan dengan cara ‘Java’ la ni .. pada satu masa nanti .. dia akan kehilangan .. bisanya. Sebab itu .. kerajaan memberi option ‘pencen’. Boleh berehat di rumah, dlm kebun sawit , atau ..naik bukit turun bukit .. semata mata nak buat muhasabah diri sebelum berjumpa tuhan robbal alameeen.
Betullah org alim kata .. ilmu dan dunia ini adalah sementara. Dulu saya ada guru BM yg cantik .. tetapi selepas 40 tahun .. bila saya terjumpa dia … saya rasa .. kecantikan dia sudah pun berlalu ditelan masa. Bayangkan bila umur dah 65 - 75 tahun .. mana ada ‘lawa’ lg bukan? betullah .. Yg kekal hanya .. Allah Taala sahaja.
Sekian.
Bila ada guru kita belajar dgn tekun dan bersungguh-sungguh kerana .. ilmu itu penyuluh kehidupan kita semua. Bersyukur kita ada guru dan kita ada pelajar-pelajar seluruh dunia. Alhamdulilah. Be grateful with what u have. I am an old teacher .. as compared to those who just join the teaching profession yesterday. ‘old’ is relative to whom u r comparing to. If u r 50 years old and you compare with someone .. 90 years old .. then mathematically u r so much younger / fitter/ smarter … betul ke ini? (laugh)
Waallah hu aklam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/sudah-pulang-ke-tempat-bertugas.html