ikhlas itu apa yer?


Update terakhir:

SAlam

Saya mula-mula berkenalan dengan perkataan melayu ‘ikhlas’ semasa belajar menulis surat kiriman dalam kelas Darjah 5 Penilaian Darjah Lima pada tahun 1968.  Cikgu Aripin (TMS Besut) menggunakan “yang ikhlas” sebelum kita turunkan tandatangan keramat masing-masing.

Di surau/ masjid .. pak imam selalu menyebut benda alah ini .. semua amalan mesti ikhlas.  Buat untuk Allah Taala sahaja semata-mata.  Bukan untuk nama, sanjungan orang ramai dlm bentuk pujian menggunung tinggi melangit ..  dan mcm mcm faedah dunia.

Tetapi ..di dinding masjid tertulis .. masjid ini dibuka dengan rasmi oleh ..si pulan bin si pulan .. wat gapo tulih kalau nak maintain ikhlas bukan?  Sekejap gitu dan sekejap gini.  Tidak ada rubrik dlm ikhlas.

  1. Begitu juga musim banjir di Kelantan la ni.

Ramai orang datang membantu kami mangsa-mangsa banjir.

Ada yg datang secara bersendirian dan ada yang datang secara konvoi mengggunakan mesin MPV 4 roda yg besar-besar siap dgn bendera masing-masing.

Pelajar universiti pun .. datang membantu tetapi di belakang baju - t mereka berchop nama institusi masing-masing.

So ..apakah gerangan kerja amal ini - ikhlaskah kita?

  1.  Ikhlas ini payah.  Tukang sebut payah, tukang beramal dgnnya pun payah.  Silap silap tidak ada pahala apa apa dari Allah Taala.  Oleh itu kita mesti berhati-hati.  Bila kita berhati-hati , duit pun tak habis dan masa pun selamat.

  2. Musim susah ramai orang persendirian timbul mengutip derma untuk tujuan 1001 jenis. Membesarkan masjid, membantu tahfiz Al -AlQuraan , membina masjid di Padang Sahara Afrika ..membina kilang roti di Palestin dan macam-macam.

Semua itu melibatkan sumbangan duit orang ramai.

Saya perhatikan org org melayu cepat cair bila berdepan dengan situasi orang meminta-minta derma.  Kita cair kerana kita selalu teringat ..  ajaran Nabi Muhammad s.a.w.  dalam hadith hadithnya ..dan ayat ayat perintah dari Allah dalam dada Al Quraan nur -kareem .. bantulah orang orang miskin dan  anak anak yatim/ isteri kematian suami peperangan Badar dan Uhud dan macam macam cerita lain datang langsuung dari tanah padang pasir Arab zaman dahulu kala 1460 tahun.

Sebenarnya zaman sekarang .. orang jahat dah tahu .. tahap kecairan basah jiwa jiwa melayu ini. Rumusan ialah ..mereka senang menipu si melayu ini.. semakin lebat janggut melayu semakin senang ditipu dgn apa helah sekali pun .. semakin hitam dahi si melayu kerana kuat solat di waktu malam  semakin senang orang orang begini menelan cerita sedih sedih dan lenyaplah duit nya RM1 - RM100 .. semakin kuat dia menggontel buah tasbih semakin senang simpanannya bertukar bentuk kpd sumbangan banjir Kelantan.  Jiwa orang ni bersih ..

Tak percaya?  jumpo anda tengok di R&R … si peminta bantuan .X.  siapakah yg akan ditujunya dahulu .. dalam R&R jika diberi 2 opsyion .. satu bapa berjanggut dan berserban dengan satu bapa yg memakai tali pinggang BONIA dan rambutnya berchat merah?

Betul ..jawapannya ialah ..kasihan ..kasihan sungguh ..  sibapa berjanggut dan berserban itulah yg ditujui orang orang si peminta sumbangan untuk anak-anak yatim dan orang orang kehilangan rumah kerana kes kebakaran atau dibawa air deras dalam satu kebanjiran.

Kasihan bukan?

Rumusan:

4.1  ikhlas itu susah
4.2 kita senang dicairkan dgn cerita sedih dan kesan itu ..duit kita bertukar bentuk dari simpanan kepada bantuan banjir…
4.3  tetapi jika teringat kembali balasan Allah ..sekecil kecil sumbangan sekali pun.. malaikat akan rekodkan .. maka  kita akan pulang dengan hati yg tenang.
4.4 esok kena gi ATM lagi lah nampaknya

Sekian.

Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2015/01/ikhlas-itu-apa-yer.html