ilmu sekarang


Update terakhir:

Salam

Kita dituntut berilmu.
Mencari ilmu adalah wajib.
Tanpa ilmu kita mudah ditipu.
Semakin banyak kita tidak tahu, semakin banyak kita ditipu.

Tetapi sayangnya ilmu sekarang banyak berkaitan dengan ilmu perbandingan.
Bila banyak sangat kita buat perbandingan semakin sukar kita
Mencapai satu titik kepuasan.

Sebab itulah ramai antara kita mati dalam ketidakpuasan.
Tanda awal ialah kita kurang tidur.
Payah nak tidur. Malam tadi payah, malam ni pun mungkin payah.
Bila kurang tidur, badan kita cepat penat dan dari jauh
Kita selalu tidak bertenaga.

  1.  pelajar lelaki penat.
    Pelajar perempuan letih.
    Guru guru mereka pun apa kurangnya dalam aspek keletihan.
    Guru Besar dan Pengetua letih.
    Hatta satu sekolah pun letih.
    Kasihan?

  2.  bukti soalan zaman sekarang?
    Mengapa negeri Kelantan ditimpa banjir saban tahun?
    Jawapan ialah

Kita gunakan faktor geografi.
Kelantan terdedah dengan angin monsoon dan banyak lagi.
Selepas itu kita gunakan faktor sistem perparitan dan saliran.
Banyak air tersumbat.
bila tersumbat air dalam parit kecil dan besar
maka air terus melimpah tanpa dapat dibendung lagi.
Contoh Banjir Tahun 2014.

banyak kawasan perumahan di bandaraya islamik kota bharu yang ditenggelami air.
Walaupun islamik , bila sistem parit dan saliran tidak mantap
maka berlakulah banjir.
banyak harta benda penduduk bandar yang musnah.

ini berbeza dengan negara Holland.
Sistem peparitan dan saliran mereka mantap dan diuruskan dengan baik.
Walaupun Holland di kelilingi air dan parit
jarang kita mendengar , negara itu dilanda banjir.

Sekarang kerajaan Kelantan
memperuntukkan RM800 juta untuk mengatasi masalah banjir.

Menyebut pasal Kelantan dan Holland
ini adalah contoh ilmu perbandingan.

Itu baru di atas kertas soalan
pelajar pelajar dididik dengan ilmu perbandingan.

Belum lagi kita menyentuh pengguna jalanraya PLUS
tiap tiap hari mereka melihat 1 perkara.

Soalan:  mengapa aku menggunakan Proton sedangkan member aku
memandu Volkswagon ?

mulalah ..  dia rasa tercabar.
rasa teruja..
rasa tak puas hati
kena pulak dia dah lama bekerja
sedangkan member dia baru jer disahkan jawatan.

Begitulah ilmu
yang ada pada zaman la ni.
Kasihan.
Pelajar berumur 20 tahun tak happy
pegawai kerajaan pun ada yg tak merasa happy
walaupun status kerja mereka tetap dan berpencen.

Hadiah kepada sistem tak rasa puas hati
ialah bila banyak klinik swasta
dan hospital pakar swasta dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Jika dibuat kajian terperinci
ramai pesakit
menderita kerana
mereka kurang berpuas hati dengan 1001 nikmat yg ada dengan mereka.

  1.  cara mengatasi?
    Trend sekarang ramai ibu bapa profesional dan mukmin mukminah
    mengambil keputusan
    menghantar anak anak mereka belajar di sekolah berjenis pondok tahfiz.

Mereka dibesarkan dengan sistem pendidikan
yang menekankan aspek kerohanian beragama.

Rezeki graduan di sini
melimpah ruah.
Cuba tengok dan buatlah penyelidikan.

Insya allah apa yang ditulis adalah benar.

Mereka belajar redha.
Mereka belajar sabar.
Mereka belajar apa itu sifat Qanaah.
Mereka tahu takwa.
Mereka tahu sifat 20 Allah Yang Punya.

Dengan ini kehidupan mereka tenang.
Solat mereka khusuk dan khuduk.
He..he..he..

bila hati tenang
mereka tak perlu banyak menelan paracetamol,
ubat batuk, ubat penenang dan food supplement.

ini berbeza dengan sistem sekolah

murid tak tenang
kejar mengejar kecemerlangan
UPSR, PT3, SPM tuisyen siang malam

berlumba berhutang
PTPTN
dan tiba tiba
70,000 graduan masih tak bekerja youuu.

Murid tak tenang
kerana guru guru mereka pun tak tenanglah sangat.
pagi pagi kejar mengejar
petang petang pun
mengamuk dlm sistem jalanraya trafik jam, sesak menyesak
parit tersumbat, banjir kilat.

Oh tuhan
adakah ini ilmu?

ilmu kita terlampau takzub dengan sistem ilmu ala barat 100%
Mereka tak percayakan tuhan sedangkan
kita bagaimana?

Mereka menyanyi happy birthday, kita pun menyanyi juga.
Mereka sambut hari jadi, kita buat juga
Mereka menaiki bukit sebagai rekreasi, kita pun apa kurangnya.
Mereka pakai topi, kita pun pakai juga
Sayang kita berpuasa, mereka tidak.
Mereka makan macam macam, kita mula sangsi halal dan haram
Mereka gila bola, kita pun satu geng yg sama
Mereka tidur waktu siang, kita anak beranak sudah lama mengamalkan rutin yg sama
Kasihan kita berdoa

Ampunkan kami.
Tolonglah kami

tetapi hidup kita banyak tiru macam depa.

Betulkah sistem ilmu dan sistem hidup kita ni?
Kita mahu fly ke syurga
tetapi ilmu dan gaya hidup nampak nampaknya
tidak menunjukkan kita nak fly fly fly ke sana pun.

Bawalah berfikir sejenak. Adakah kita berada pada jalan yg betul?
Tanyalah diri ini betul betul.  Ke mana you mau pergi?
 Maaf jika ada yang tersilap sama ada tersurat atau tersirat.

Ameen.
Wasallam

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/01/ilmu-sekarang.html