ilmu untuk dikongsikan
Salam
Ilmu itu penting.
Orang cina faham perkara berkenaan dengan ilmu ini.
Orang india pun begitu.
Apatah lagi orang melayu kita semua.
Merujuk kepada perkara di atas
Dalam tempoh masa 12 jam
Sy diberi peluang berada dalam 2 majlis ilmu.
Satu ustaz kelantan memberi sedikit ceramah ilmu dalam loghat kelantan selepas solat maghrib
Dan satu lagi ustaz johor dakwah memberi fikir tentang kerja agama selepas solat subuh.
- sebagai anak tempatan (kelantan)
Saya faham ceramah pertama tetapi saya khuatir
Dengan pendengar dari Kluang, Johor seramai 20 orang
Yg sedang belajar berdakwah 40 hari di sini.
Istilah yg digunakan dalam ceramah ini adalah seperti
2.1 royak = memberitahu
2.2 lorak = berkejar kejar , gopoh gapah
2.3 seghoti = betul betul sah; confirm asli
2.4 dan banyak lagi
Kasihan adik adik yg mendengar ceramah ini
Cepat putus hati, fed up
Kerana besar kemungkinan tak faham
Dengan istilah yg dipakai oleh imam masjid @ustaz pertama.
Saya tak boleh salahkan sesiapa.
Semua betul.
Ustaz betul mengajar kitab dgn loghat kelate pekat seghotinya
Dan adik adik dari jamaah johor fed up
Tak faham dgn ceramah orang tua berkenaan dengan fikir
Kebesaran tuhan dan kekuasaan tuhan.
Intisari ceramah ustaz pertama ialah
Tuhan minta kita fikir zat zat berkenaan dgn ciptaannya sahaja seperti gagah, lemah; panas lawannya sejuk; manis lawannya tawar sedangkan
Jangan fikir terlalu jauh sehingga satu titik kepada
Siapa menciptakan tuhan ini. Ini haram mengikut kitab ustaz ini.
- Selepas subuh
Ustaz dari jamaah dakwah bercakap dgn bahasa johor.
Syukur saya faham semua benda yg disentuhnya.
Berkenaan dengan apa?
3.1 Allah sayang kepada manusia yg melakonkan 3 benda
Yg telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail
Alaihis salam
Apakah lakonan tersebut
3.1.1 kurban masa, tenaga, duit untuk agama
3.1.2 berserah diri tawakal pada tuhan semata mata dan
3.1.3 bersabar ( selama 9 tahun ) ditinggalkan oleh suaminya Nabi Ibrahim a. S.
Hasil pengorbanan ini
Datangnya agama islam yang suci murni, usaha agama
Dan air zam zam untuk minuman orang orang yg berada di Mekah waktu ibadat haji dan umrah bahkan sekarang air zam zam boleh diminum
Oleh semua manusia di seluruh dunia.
Saya seronok mendengar aleem dari johor ni
kerana percakapannya ada al quraan, al hadith dan bahasa yg disampaikan
dibuat dgn tujuan
biar semua orang faham.
INI berbeza dgn tok imam kelantan
dia mengajar dgn andaian
bahawa semua orang sedunia
boleh ikut bahasa kelantan (german)nya sahaja.
kitab kelate banyak sangat ‘nyo’.
Asyik nyo melata lata. Ini stail kitab lama.
cepat pening kerana istilah nya ini merujuk kepada siapa niii???
adakah nya1 , nya2, nya3
merujuk kpd
tuhan atau
agama islam
atau ciptaan tuhan.
Confuse kan?
sebab itu sesetengah masjid tak ramai orang ingin menadah telinga
lagu ‘nya’ tak best, tak faham
dengan selera orang orang muda zaman sekarang.
Sebagai penutup sesuatu
pengajaran kenalah menggunakan satu bahasa yg mana semua orang
senang memahami isi kandungan pengajaran tersebut.
itu sahajalah.
Syukur Allah
terima kasih ya Allah .. kau beri aku nikmat
berada dlm 2 majlis berbeza tetapi dlm 1 masjid yg sama.
Alhamdulilah.
ini sudah saya kongsikan dgn pembaca pembaca yg budiman.
Sekian.
Wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/12/ilmu-untuk-dikongsikan.html