indahnya bahasa kita _ b.m
Salam
SEmalam kami ke u.k.m bangi. Saja saja melawat tempat ini untuk sarapan dan beberapa lg urusan peribadi.
Tidak semena mena terbaca ungkapan ini berbunyi ilmu, mutu dan budi. Itulah haga diri kamu
tepat kata-kata itu.
dalam dunia ini kita diwajibkan berilmu. Hendpak hidup bahagia di dunia kita memerlukan ilmu. Hendak beribadat pun kita merlukan sangat brrilmu. Tanpa ilmu susah kita bukan? Tanpa ilmu , kita membenarka kiri kita mudah tertipu. contoh berumah tangga dgn pendatang asing. Kita tidak kenal dia 10100%. Kita seorang sahaja yg mengenali dia. Entah entah dia sudah mempunyai anak dan isteri di kampung asalnya. Aghh payah bukan? Kita mampu membuat kembuat keputusan yg tepat dgn bantuan ilmu. Sekarang ada orang melakukan solat istikharah bermalam malam lamanya. Mintak bantuan petunjuk tuhan tetapi pokoknya hatinya berkata yes. He is the one always. Bagaimana? Ada wanita bangsa kita tertipu. Selang beberapa tahun, semua benda kelemahan suami mula mula terselah, terselak dan kita juga yang menerima akibatnya. Kita kalah dlm proses menguruskan rumah tangga dan ekonomi kerana kita kurang sangat berilmu.
Begitu juga aspek mutu atau istilah moden disebut kualiti. Ramai kita tahu benda ini dari aspek benda yg nampak jelas pada pandangan mata. Contoh makanan restoran melayu tidak dijaga mutunya. Persembahan restoran kita tidak diaturkan dgn baik. Hal ehwal pengurusan dan perkhidmatN layan kita pada customer dibuat acuh tak acuh sahaja. Perniagaam restoran hanya bersandarkan semangat kenegerian sahaja bukan pada mutu makanan dan layanan . Udah tentu perniagaan melayu kalah dan terus hilang dalam prrsaingan industri restoran. Yang menang hanya restoran yg mengamalkan konsep makan bagus, cepat dan tinggi layananya. Oleh itu mutu tersangat penting diamalkan dalam kehidupan sepanjang masa.
perkara ketiga ialah budi kita. Cara kita berbahasa. Bukan setakat ayah ibu berbahasa tetapi semua anak, kita jaga bahasa mereka. Bila semua ahli keluarga berbahasa dengan baik dan berbudi akhlak yg baik maka orang lain melihat kita memandang tinggi kepada kita. Dalam resoran melayu, kadang kadang kita tewas perniagaan kerana amalan berbahasa kita sesama staff, pelanggan dan lain lain. Kita tidak ada rubrik berbahasa dan berbudi yg baik. Kalau ada pun, kita tidak berjaya mengamalkannya. Sekarang cita rasa pelanggan sudah berubah dan perubahan terus berlaku dgn cepatnya tanpa disangka-sangka. Oleh itu perniagaan melayu terus tewas satu demi satu. Di england, bangsa inggeris bila berniaga dalam bidang ilmu (menerima pendaftaran pelajar luar ) cara mereka berurusan selalu cemerlang. Sebab itu industri perindustrian ilmunya (sambutan pelajar luar) boleh bertahan lama sejak berabad abad lamanya. Bjkan setakat datuk belajar di england, anak anak dan cucunya tetap mahu dan percaya belajar di england lebih bagus dan bermutu tinggi. Reputasi dan goodwill proses pembelajaran pengajaran institusi di englang mempunyai niche/ kelebihan dari kita dalam banyak segi. Ilmu, mtu dan budi. Staf bawahan mereka bekerja jauh lain dari kita. Mereka tidak cepat putus asa membantu pelajar jika ada masalah mencari sesuatu bahan di perpustakaan. Mereka memikir jauh ke hadapan demi kesejahteraan dan kepuasan pelanggan apa tah lagi pelajar luar negara. Kalau tidak selesai berurusan pd hari ini, staf bawahan akan terus mencari, mencadankan sesuatu dan akhirnya terbinalah satu hubungan profesional brrmutu tinggi antara warga universiti dgn pihak luar negara. Kadang kadang benda yg kecil kecil ini akan berjaya menambat hati mereka dan oleh itu mereka berduyun duyun mahu belajar di universiti tersebut. Bukan setakat datuk memuji mutu pendidikan universiti di sana tetapi anak dan cucu cucunya berkata benda yg sama.
bila ini berlaku, inilah harga diri kita sebenarnya.
bila semua ahli masyarakat menamalkan ilmu, mutu dan budi makan terbinalah satu budaya ilmu yg agung.
itulah harga diri kita tuan hamba. Kita tidak perlu berkata panjang tentang sesuatu .. amalan hidup ini membuktikan apa yg agama islam tuntutkan. Jkm kita amalkan benda benda ini secara ikhlas dan secara sedar bahawa amalan kitalah agama kita.
Itulah harga diri kita mukmin, mukminat , muslim muslimat.
hidup ini satu perniagaan. Jika berniaga semua kita mahu keuntungan begitu jugalah ..bila kita pulang ke pangkuan tuhan. Biarlah kita pulang kpdnya sebagai orang orang yg beruntung.
Ayuh.
wallahu aklam bis sawab
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/09/indahnya-bahasa-kita-bm.html