Istighfar
Salam
Kita boleh buat istighfar dalam banyak aspek. Istighfar — kita menyesal dengan tindaktanduk kita satu masa yang lalu.
Hari ni nak tulis pasal tanggungjawab kita masing masing.
1. tugasan , tugas harian kita sebagai penjawat awam
A) Dalam perguruan, kita diminta bersiap sedia untuk mengajar
dalam semua segi. Pertama pemakaian kita. Kedua , bahan untuk mengajar.
Ketiga, proses memeriksa kerja pelajar ( homework). Keempat, pertuturan kita dan tingkahlaku kita.
Kalau tidak betul
eloklah kita istighfar banyak banyak.
Bila tak betul
rezeki kita tak 100% bersih.
Maka hukumnya mengambil gaji dari ATM dan makan minum mungkin haram.
Kita makan benda haram.
Dalam kepolisan pun sama.
Kita diminta bertugas dari jam tertentu hingga satu jam yang tertentu.Jika kita tertidur maka kita lalai dalam tugasan kita.
Waktu terlalai itu ..tak bagus untuk .. mengambil upah dari kerajaan.
Eloklah kita istighfar banyak banyak.
1B) tutututan palsu
kita menggunakan kereta ayah ibu C.C besar . Kita boleh claim Kelas ‘A’" ni.
tetapi dalam borang tuntutan , kita mengaku k 2000 c.c. Kereta itu kepunyaan kita sendiri.
Oleh itu kita terbuat sesuatu yang tak betul mengikut hukum syarak.
Menipu!
Payah bukan?
Sebab itu kita perlu buat istighfar banyak banyak.
2. tanggungjawab sebagai ayah dan ibu
Kita tak prihatin pasal ibadat solat anak anak kita sejak mereka berumur di peringkat kanak kanak hinggalah dewasa.
Begitu juga ibadat puasa. Dasyat! Kita biarkan mereka makan minum tanpa had sejak mereka kecil hingga semua sudah menjadi keras seperti batu. Hati batu!
Sekarang nasi sudah menjadi bubur.
Mereka derhaka kepada kita dalam banyak skop kehidupan. Pertama mereka memilih pasangan hidup tanpa mendapat restu kita sebagai ibu bapa mereka.
Kedua, mereka menggunakan rumah kita sebagai ..opis atau tempat untuk berlepak sesuka hati mereka. Kasihan kpd tuan dan puan.
Oleh itu kita mesti buat istighfar sebanyak banyaknya.
3. tanggungjawab sebagai menteri
Sebagai menteri
kita kena sedar kita dipilih olel rakyat untuk
menjaga kepentingan mereka.
Kita buat acuh tak acuh saja semasa menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri.
Sekarang baru ada keinsafan sejak memasuki parti pembangkang.
Bila insaf
jom kita buat istighfar dan taubat banyak banyak.
Boleh?
- Tanggungjawab sebagai ketua
Kita dilantik sebagai ketua dan dalam perkhidmatan kerajaan
ada elaun ketua.
Sedap jadi ketua kerana
elaun ketua jabatan besar juga.
Kalau tak silap ..
RM6000 setahun.
Kalau 2 tahun RM12000. Sudah cukup bina garaj di hadapan rumah berbatu bata mahal.
Tetapi ..bila dilantik ketua
kita bertindak macam pegawai biasa sahaja.
Kita tak ambil pusing
orang orang yang memonteng kerja, mengeluarkan kualiti kerja yang rendah
dan macam macam lagi.
Oleh itu
kita diminta istighfar banyak banyak. Allah pasti murka kepada mu KJ!!!
5. kita adalah guru, pensyarah.
Pelajar amoi dari Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam tak pakai elok elok ..menutup aurat.
Payah nak kawal mata jantan ini maklumlah kita dari benua arab 20 tahun sudah.
Sampai di Malaysia
kita diberi peluang jadi pensyarah.
Habis ..mata ini digunakan melihat itu dan ini si amoi dari semua tempat , penjuru dan ketika.
oleh itu sang arab
marilah kita beristighfar banyak banyak.
Mohon ampun dari tuhan Allah Robbul Alamin.
Buat lah refleksi. Banyak benda kita buat tak betul kan?
Sebab itu tuhan hantar banyak peringatan kat kita sewaktu kita hidup ini.
Banyak penyakit seperti ghout, darah tinggi dan barah. Sepatutnya kita mati selepas bersara , tetapi ada tu ..belum 55 tahun pun ..dah meninggal dunia dari penyakit moden stroke dan stride.
Banyak bala bencana dalam keluarga. Satu dari nya kemalangan maut sana dan sini.
Astaghfirullah hal azeeem. La hau lawalla ..ku wa tailla billa hil azeem.
Nabi Muhammad s.a.w. beristighafar 1000 kali sehari semalam.
Bagaimana kita yer?
Sekian.
Wasallam.
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2017/07/istighfar.html