Istighfar banyak banyak


Update terakhir:

Salam

Kita sebagai insan tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dosa.

Ada yang berbentuk ..sesuatu kesilapan yg boleh dimaafkan oleh manusia dan ada yg tidak.

Contoh kesilapan (dosa) yg tidak dapat dimaafkan ialah:

  1.  rasuah
  2.  membunuh
  3.  berzina
  4.  menipu dalam kancah politik , perniagaan, muamalat seharian dgn manusia lain
  5.  melakukan zalim dan khianat
  6.  fitnah  dan lain-lain lagi.

Kesilapan kecil ialah terlupa Pin Number untuk urusan di tepi dinding bank di waktu subuh, terlupa membeli ikan bawal kegemaran isteri , silap memberikan baki wang dan macam macam lagi muamalat sesama manusia.

Kesilapan kecil kita boleh mohon maaf seperti ' minta maaf kak ..  silap menyiram pokok bunga tadi … tetapi siraman itu terkena kasut tinggi kakak merah menyala itu…' maaf yer.

He..he..he.. [ sengajalah itu, ada sebab nak bercakap dgn kakak sebelah. Awas kak.]

Dalam islam, kita mesti memohon maaf jika melakukan kesalahan sesama manusia.  ini dilakukan dalam musim puasa dan berhari raya.  Tetapi hutang itu elok jelaskan dan paling bagus ..tambah sedikit hadiah kerana terlewat.  Ini untuk menjaga hati kawan.  Ini kerana RM500 hutang pada tahun 2000 sudah lain ..  nilainya dengan RM500 pada tahun 2016 ini.  Lagipun ..mu gi manor adik ..tak bayar bayar hutang orang?

Kalau berdosa besar, kita kena bertaubat nasuha.  Azam tidak menggulangi lagi dosa begini, sebutkan astaghfirullah hal azeem beribu ribu kali dan tunjukkan wajah kesalan tak sudah sudah  dan terus meninggalkan semua perkara yg menjerumuskan diri kita ke dunia maksiat.  Stop pergi ke tempat tempat yg ..  bahaya.  Stop beli tiket t/harga murah ke Vietnam, Thailand, Myangmar dan …

Ingat kita boleh mati pada bila bila masa sahaja.  Rugi benarlah kita mati dalam keadaan berdosa besar apatah lagi mati atas perut Vietkong.  Bila mati, tidak ada orang dpt membantu kita beristighfar hatta anak anak isteri kita sendiri yg tercinta.  Di akhirat esok, kita dibangkitkan atas perut orang tersebut.  Aduhai …malunya ..

Sekian.
Wallahu aklam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/istighfar-banyak-banyak.html