istilah 'otak'


Update terakhir:

Salam

Bahasa Melayu mempunyai banyak istilah berkaitan dengan ‘otak manusia’ ini.

Berikut adalah beberapa contoh:

  1.  otak udang  -  merujuk kepada kebodohan seseorang.  Dalam keadaan marah, ada orang menggunakan istilah ini.  Satu bentuk penghinaan!

  2.  otak geliga  -   kepandaian seseorang seperti Hang Nadim dengan ikan todak di Singapura.

contoh ayat:

Perdana Menteri kita mempunyai otak geliga.  Dalam diam-diam pun, dia boleh mendapat sumbangan berbilion bilion ringgit dari pesakit arab yang terkenal kaya.  Cerita orang berotak geliga ini sudah tersohor ke seluruh dunia.

  1.  otak power -  tiba-tiba datangnya idea yang bernas

  2.  otak tumpul  -  lemah untuk seseorang memikir satu satu perkara di luar skop bidangnya.

contoh ayat:

“kini kemasukan pekerja asing dengan jumlah yang ramai menunjukkan betapa tumpulnya otak pe##impin kita ..”

Ini adalah kerana kedatangan pekerja ini akan menimbulkan suasana bahaya kepada masyarakat tempatan lagipun pekerja asing tidak memahami budaya kehidupan rakyat di sini yang terkenal dengan adab, budi dan bahasa.

Jika tidak dilihat secara menyeluruh, mungkin akan menimbulkan pergaduhan dan masalah sosial.

Begitulah sedikit sebanyak penulisan dari saya.

Sekian.

Wasallam

Rujukan:

A. Kadir Jasin (2016).  Menonton wayang dulu dan kini.

Dewan Masyarakat,  Febuari 2016.  Kuala Lumpur: DBP

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/02/istilah-otak.html