Jadi ayah best ker tidak?
Tanggungjawab se orang bapa di zaman moden
Banyak tanggungjawab aku. Di antaranya ialah:
· Besarkan mereka dalam kefahaman agama islam
· Didik mereka dalam agama dan ketoleransi sebuah masyarakat malaysia yang majmuk
· Contohi mereka dengan prinsip ‘masa itu emas’
· Jauhkan mereka dari budaya ‘lebih kita dari mat salleh’
· Bawa mereka melawat orang-orang yang lebih susah dari kehidupan kami
· Belanja yang bersederhana
· Belajar dengan bersungguh-sungguh hati kerana kelebihan orang melayu semakin hari semakin berkurangan
· Dedahkan mereka kepada stail hidup yang ‘selesa’ bertunjangkan paksi agama dan budget ‘seorang ayah sahaja yang bekerja’
· Utamakan produk Malaysia seperti Proton
· Ambil bahasa inggeris sabagai bahasa ilmu yang utama
· Ambil bahasa arab sebagai bahasa untuk memahami ilmu al-quraan
· Ambil bahasa melayu sebagai bahasa ‘indah budi kerana bahasa’
· Menghargai kehadhiran ibu ayah sebelum mereka mati
· Melawat tanah pusara nenek moyang supaya kita sedar di sinilah tempat kita pada satu hari nanti
· Jihad dalam agama. Keluar dakwah 3 hari sebulan; 40 hari setahun; 4 bulan sekali seumur hidup
· Kurangkan bersosial dengan orang-orang yang terlampau mewah kerana anak-anak orang mewah kurang prihatin dengan masalah hidup orang-orang tempatan
· Membaca Al-Quran sehelai sehari secara konsisten
· Berdoa di waktu awal-awal pagi dan hujung-hujung petang sebelum masuknya maghrib
· Laburkan wang untuk mencari ilmu
· Laburkan wang untuk sedekah dan menolong orang-orang yang susah
· Laburkan wang untuk emak abah dan adik-adik kita terlebih dahulu sebelum kita menolong orang-orang lain
· Berkerja keras dalam semua aspek kehidupan dan
· Berdoa muga-muga Allah redha kepada kehidupan kita yang sementara
- Takut teramat sangat lah bila abah fikir-fikir sesuatu hal iaitu '..nanti Allah tanya .. why anak-anak you all .. masuk neraka .. awak sebagai ayah ..tidak ajar ker?'. Jika jawapan tidak so convincing .. kita jugak akan join mereka dalam api yang menyala .. di mana bahan api itu terdiri dari manusia dan syaitan sahaja. A u zubilah ..
Sekian. Wallahu aklam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2010/12/jadi-ayah-best-ker-tidak.html