jaga otak


Update terakhir:

Salam

Semalam saya ada menulis dgn tajuk ' jaga diri'.

Hari ni izinkan saya menulis mengenai  jaga otak.

Aset terpenting manusia selepas jantung, ialah kesihatan otaknya.  Fakta otak ialah:  otak adalah organ paling banyak menggunakan oksigen.
golongan intelek memerlukan bekalan oksigen yg banyak.  Bila saluran tersumbat , orang orang tua banyak lupa itudan ini.

Nak sihat otak lakukan 3 perkara

Pertama, pergi sekolah kita fikir sekolah sudahlah. Waktu mengajar, masuklah kita ke bilik darjah. Buatlah sesuatu terbaik. Jadilah guru terbaik. Bila PdP kita cemerlang, semua orang gembira. Mereka doakan gurunya sampai bila bila. Lambat mati.

Kedua kita guru.  Fikiran kita biarlah mencerminkan  guru.
 Jgn fikir mcm org jual ikan, ayam, dedak ayam, kereta dan mcm mcm.  Dengan cara begini, rezeki kita halal. Jgn ikut sgt falsafah buat 5,6  kerja dalam 1 masa.  Bahaya cikgu.  Nanti jantung kita pecah.  Kita mati.  Susah nanti.

kawan kawan kita yg mati muda ..jika ditanya waris warisnya mesti mereka kata

si mati sibuk tuisyen siang dan malam, open bisnes plan.  Tengok tanah nak jual dan macam macam lagi.  Tidak ada kaitan dgn profesion guru pun. Sibuk kejar mengejar masa yg tersuntuk dan penatkan diri sahaja.

Ketiga..jaga mata. Baca al quraan. Faham maknanya. Hayati agama.  Tak faham, belajarlah. Mengapa kata begitu?

Al Quraan adalah kitab Allah.  Di dalamnya tersimpan khazanah kehidupan. Contoh Allah melarang kita berzina, berjudi, boros, mengumpat, mengeji orang lain dan minum arak.
Bagus tak larangan tersebut?  Baguslah. Dari penzinaan mcm mcm penyakit menyerang manusia seperti HIV.  Ada anak zina pun, ramai orang susah nanti waktu dia nak khawin dan waktu bahagi bahagikan
 Harta si mati iaitu ayah dan ibu angkatnya.

Faedah  jangan mengumpat.  Semua orang tak suka dirinya diumpati siang dan mlm.  Ini semua iribhati punya pasallah tu. Dengki org bawak beg terkecil sekali dlm dunia sedangkan diri cikgu bawak 4,5 beg  ke sana sini. Beg sekolah, beg baby, beg susu, puting susu, beg sayur, epal, vitamin dan beg satu lagi mungkin pakaian kotor terbawak juga. Bila hobi pikul beg ..semua beg dalam kereta Proton dibawa turun ke bilik gurunyalah.  Mana lagi?

kalau belajar masters, phd pun kena jaga otak tu.
Baca bnyk bnyk. Tulis summary. Fikir ada kaitan tak dgn Research Question awak tu? Buat jurnal. Rajin rajin g jumpa penyelia. Bincang bincang. Buat eksperimen. Fokus phd masters. Jangan asyik ke klinik  ibu jer. Ibu sakit, anak sakit dan daddy pun sakit. Bila balik malaya bawak balik  phd ..  huhhhhhs ..new baby jer ke?

Ramai baby kerana kita tak stay library universiti lama lama sikit musim winter  else ..selamat.

Begitulah tuan, puan penulisan sy  ni.  Ikutlah  jika ada yg baik.  Jgn ikut jika tak baik ok?  Saya menulis hasil sentuhan mata, tangan jari jemari dan otak dari  4 sumber di bawah sana.  Jom tengoklah.

Insya allah otak kita baik.  Sirim kata alhamdulilah lulus.

Try.

Wasallam

Dr Sazali ( uthm universiti tun hussein onn malaysia johor jer)

Rujukan

DEWAN MASYARAKAT 1978 -2015
AL Quran The Miracle.
ENCYCLOPEADIA HUMAN SCIENCES.  Britainnia
Nota:  Kursus Pra-Persaraan Hushim Motivational n Counseling Consultancy 3 - 5 Ogos 2016 Arrenna Hotel Kuala Lumpur

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/09/jaga-otak.html