Jangan bersedih lagi 1
Salam
Sebagai manusia kita mengalami banyak saat kebahagiaan dan kesedihan. Lepas sebabak sebabak. Kita tak boleh lari dari itu. SEmalam mungkin kita dapat imbuhan yang besar dan pagi ini .. kereta kita dilanggar orang. Maka hilanglah sedikit imbuhan wang yang kita ada semalam. Betullah orang alim ada mengatakan bahawa tidak ada yg kekal di dunia ini.
Seronok macam mana kita mendirikan rumahtangga dengan anak bangsawan sekali pun …akan tiba satu ketika kita akan berpisah juga. Perpisahan mungkin kerana:
(i) perceraian (tidak ada lagi titik persefahaman)
(ii) mati tubuh dan jasad
Melalui kedua dua insiden ini , manusia akan bersedih kerana ..
kita tak menyangka bahawa kematian boleh menjenguk kita. Dulu kita asyik dengar berita kematian si anu dan si anu . tidak terlintas dalam hati kita .. pada satu hari mati akan datang kepada kita juga. Mati akan datang pada kita di saat saat tak terduga oleh kita. Ada orang mati dalam kebahagiaan rumah tangga, ada mati dalam saat puncak kejayaan , kekayaan bisnes yg besar besar … dan ada yg mati tercekik dek tulang ikan terebuk banyak tulang nyorrr.
Pada saat ini, .. , aku sudah mula membilang jumlah hari aku akan bersama dengan pangkat sebagai seorang ahli akademik di sebuah universiti IPTA Malaysia. Aku di titik paling kemuncak .. memberi syarahan, menerima hadiah dan sanjungan ramai ..tetapi aku dah sedar semua ini akan berakhir … satu hari nanti .. tak lama dah.
Kalau kita tak bersedia ..dengan perjumpaan hari terakhir perkhidmatan kerajaan ini .. kita akan mula jadi gila maklumlah .. sudah hilang semua hilai-ketawa pendengar pendengar kita yg budiman, berseronok antara guru dan murid-muridnya, sudah tiada lagi keperluan mendadak untuk memikul komputer riba ke sana sini .. yang tinggal hanya memori indah di persada antarabangsa dan kebangsaan sahaja. Kita akan bergelar ‘pesara kerajaan’. Sanjungan sudah bertukar dari manis kepada sesuatu sifat hambar sahaja.
Di Kelantan .. masyarakat di sana suka menggunakan istilah ‘jah’. In English .. jah means something of a small size, small nature , a bit only, meagre sum only/ something physically not much to shout at. Nothing great you know? IKutilah contoh-contoh ayat ayat ini ..jah adalah imbuhan di mana orang sedang memperlekehkan orang lain.
Dia guru jah.
Dia pensyarah matematik jah.
Dia gaji rendah jah.
Viosnya kecil jah.
Gemuloh ayoh nya polis prebet jah.
Anak dia enam orang jah ..
Orang tino dio suri rumoh jahhhh..
dan …
tak lama selepas itu deng deng deng
lubang kubur dio ..sempit jahhhhhhhhhh , tak dalam mano pun ! ( kasihan …tak bawak dio rumahnya yg besar itu, kereto galor yg besar dio tu, org tino lawa dio tu .. semua dio tinggal .. sian kat dio nyorrrrrrrrrr ).
- Dalam hati saya , syukurlah.. tuhan memberi saya ikhsan bergelar taufik dan hidayah untuk membuat sedikit sebanyak persiapan untuk berdepan dengan perkataan ‘jah’ ini bila berada di kampung halaman saya sendiri di Gaal, Pasir Puteh.
Yang penting .. selepas solat ku di surau, masjid, rumah .. aku akan akhiri ibadat itu.. doa ku dengan satu paragraf
" Ya ROOBB tuhanku .. biarlah aku redha dengan segala bentuk nikmat yg telah kau kurniakan kpd ku selama ini .. dan biarlah . kau redha dengan kehidupanku yang serba kekurangan ini. Ini jah yang aku mampu lakukan di kala hayat masih ada dikandung badan.. ampunilah segala dosa dosaku yg telah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja .. dan .. biarlah secebis ilmu yang telah aku sampaikan kpd anak anak murid ku . selama ini akan membantu aku menemui mu dalam keadaan kau redha dgn diri ku .. Ya Robb .. tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang .. ampunilah diriku ini bersama sama ibu ayah ku yg telah banyak berjasa kpd ku sejak aku kecil kecil dahulu ….pandanglah mereka dgn pandangan kasih sayang sebagaimana mereka telah menyayangi ku tanpa paksa / upahan … kasihanilah mereka .. Ameen ya robbbal alameen'.
Wallahu aklam. Al Fatihah.
p/s: Nabi Muhammad s.a.w berpesan ..'..orang paling pandai antara mu adalah org yg selalu ingat pasal kematiannya.'
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/03/jangan-bersedih-lagi-1.html