Jangan jadi dirimu seperti se ekor keldai kurus
Salam
Minat membeli kitab kitab memang wujud dalam masyarakat (warga tua) di negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang sepanjang masa.
Banyak kitab kitab agama di sana. Salah sebuah gudang tersohor ialah ‘Jafar Rawas’ jalan doktor, kota bharu. Post Code 15000 dalam pusat bandar. Berdekatan sangat dengan Kelab Pas Kelantan di mana TGNA akan memberi ceramah agama setiap hari Jumaat , tak kira hujan, ribut atau panas. Peminatnya beribu-ribu , tua dan mudo.
Tetapi dengar dan beli kitab tak cukup. Ada orang datang , nak jumpa kawan kawan lamanya. O ada lagi mu. Ingat mu dah mati? (ketawa). Selalu yang datang adalah .. warga pencen ..dulu penjawat awam kerajaan seperti guru guru, tok nazir sekolah, PPD dan JPNK. Aku adalah salah seorang dari mereka itu. Warga guru.
Orang tua aku bilang kat aku (arwah TOK KI YAAKOB..tok guru Quraan ) ..kalau beli kitab banyak , dengar banyak tetapi tak amal sikit habuk pun .. jadilah kau se ekor keldai kurus .. asyik tukang pikul sahaja kitab kitab mu dok beli tu dari mudo sampai ke tua. Kita perlu hidayah dan taufik banyak banyak dari Allah Taala untuk mengamalkan ilmu yg kita tahu. Seperti amalan sembahyang sunat DHUHA dan sembahyang sunat TAHAJUD. Para para anbiya NABI Nabi … wajah mereka ada janggut .. in fact semua nabi ..nabi ada janggut. He..he.. wajah demor gunao wer?
Nabi Muhhammad s.a.w. akan kenal umat nya ..dari wajah dan amalan amalan yg kita bawak kat dio .. macam MANCHESTER UNITED kelab bola sepak tersohor di dunia ni .. dio kenal peminat dio dari ..sifat sifat .. tertentu ..peminat setia dio. Ada scarf, pakai, ada jersey, pakai ..
Mu faham kor analogy aku we ni? Kalau tak faham .. mu keno ngaji lagi dan lagi. He..he.. jgn putus asa.
Sekian. Buat renungan bersama.
TQ. wasallam
Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2013/07/jangan-jadi-dirimu-seperti-se-ekor.html