jawatan tukang sapu


Update terakhir:

Salam

Hari ini akhbar U.M memuat cerita berkenaan jawatan tukang sapu di Uttar Pradesh, India.

Cerita kedua ialah keadaan trafik yg gila (kesesakan lalu lintas) di sana.

Komen.

  1.  india sebuah negara Asia dgn populasi seramai 1 bilion. Dengan keadaan geografi dan ekonomi yg kurang menarik, populasi seramai itu mengundang berbagai bagai masalah. Di sini ..mencari pekerjaan selepas bergelar graduan merupakan satu trend semula jadi.

Di sebabkan kekurangan pekerjaan, merrka sanggup melakukan apa saja ..semata mata mencari wang untuk keluarga.

Ini termasuk pekerjaan sebagai penyapu sampah. Gaji sekitar RM1000 sebulan.

Di Malaysia, tak ramai graduan berkeadaan begini.
Mengapa? Mungkin sosial ekonomi ibu ayah di negara bertuah ini belum mencapai tahap kebuluran dan papa kedana. Syukurlah.

Di India, trend penduduk mereka suka berhijrah ke luar negara. Bila mereka merasai sedap tinggal di Kanada dan Amerika Syarikat … mereka tidak teragak agak untuk terus tinggal di bumi baru tersebut.  Salah satu destinasi mereka di rantau ini ialah Malaysia. Di sebsbkan mereka sudah lali dgn pekerjaan menyapu sampah …pekerjaan memotong rumput di lebuhraya timur barat negara ini bukanlah sesuatu yg menyukarkan untuk mereka. Lagi pun, majikan di sini turut menyediakan tempat tinggal dan makan minum setiap hari untuk mereka.

Oleh yg demikian, crrita tukang sapu sampah bukan satu yg menarik pun. Bila ini berlaku penjualan harian akhbar U.M tidak akan meningkat secara drastik dan cukup membanggakan pun.

  1.  cerita kedua ialah keadaan trafik di India.

Disebabkan jumlah penduduk India terlampau tinggi, keadaan trafik pun saban hari bertambahlah gila. Lagipun, status temparamen penduduk mrreka. Lagipun, cuaca di sana tersangatlah panas.

bila bilangan pengguna jalanraya terlampau tinggi dan cuaca panas pun tidak menolong mereka ..pemandu India di benua besar tersebut  kurang mengamalkan sifat berhemah tinggi seperti bertoleransi dan penyabar. Filem brutal india (mirip kepada cerita ganas di Amerika)
Banyak membantu menyokong keterangan ini.

oleh itu secara logik, keadaan trafik di India (original) sudah gurantee berstatus kelam kabut di luar tabiii.

laporan begini di dada akhbar terkemuka negaraku Malaysia langsung tidak membantu menaikkan prestasi jualan akhbar U.M kita. Kasihan.

penutup

untuk menaikkan prestasi jualan .. akhbar U.M kena fikir lebih sedikitlah stail reporting lagipun akhbar ini nadi maklumat geng geng UMNO di Malaysia. Untuk menarik bilangan cerdik pandai menyertai Umno ..saya berpendapat … mereka kena buat muhasabah diri masing masing.  Adakah berita ini terbaik untuk diet pemuda pemudi terpelajar di sini? Jika tidak, hujah hujah pak menteri tidak mencerminkan sebuah negara membangun pun bila 2020 menjelang tiba. Wallahu aklam.

sekian.
wasallam.

Original link: https://nenez9595.blogspot.com/2016/01/jawatan-tukang-sapu.html